Sunday, December 26, 2010

No words can describe it except...


Alhamdulillah. That's it.

Bersyukur kerana Allah menggerakan hati untuk membaca buku di atas dan memberi kekuatan menghabiskannya. Sejak matrik asyik dengar nama buku tersebut tapi tak pernah langsung nak membacanya sebab bila melihatkan kulit buku yang tak menarik minat. MasyaAllah, rupa-rupanya intipati buku ini sangat-sangat berguna buat diri, insyaAllah akan diamalkan dan sedang diamalkan. Kesannya, sangat positif Alhamdulillah.

Sesiapa yang menggelar dirinya seorang dai'e elok khatam buku ini terlebih dahulu sebelum membaca buku Apa Erti Aku Menganut Agama Islam dari penulis yang sama. Great motivation. Ada hikmah yang tersembunyi dan sudah pasti segalanya punya hikmah tinggal lagi diri kita untuk mencari. Sahabat-sahabat yang belum baca dapatkan ye buku tersebut dan yang dah baca jom sama-sama amalkan.

Terima kasihs sekali lagi buat adikku kerana meminjamkan buku tersebut, akan memilikinya nanti. Semoga kalian terus berperanan demi Islam. Mari sama-sama buang sifat mazmumah dan cuba semai dan tuai sifat-sifat mahmudah dalam diri. Banyakkan istighfar kerana kita bukan insan sempurna. No assumptions and be non-judgmental. Terima kasih tidak terhingga kepada Pensyarah subjek English for Occupational Purposes (EOP) di atas kelas yang sangat memberi motivasi dan inspirasi.

Bersyukur dan terus bersyukur.

Monday, December 13, 2010

"Only hearts know what I'm talking"


Only hearts know what I'm talking (Sami Yusuf, 2010)


"Hear Your Call"

VERSE 1

Don't despair, don't lose hope

Hold on to that rope

Don't let go, don't let go

I hear your call

VERSE 2

Though you feel so cold

Abandoned and alone

But don't let go, don't let go

I hear your call

CHORUS

Give me your hand my brother

I will not let you go

Please don't look back my sister

I swear I hear you call

Give me your hand my brother

I will not let you fall

Please don't look back my sister

Cause I swear I hear your call


VERSE 3

Little boy ask away

"Where are the streets I used play to?"

But don't let go, don't let go

I hear your call

Don't you know we're One

When you hurt I hurt

Don't let go, don't let go

I hear your call


URDU

UMMEDON KO NA TODO
(Do not lose hope)

HAATH MERA THAAM LO
(Hold my hand)

TANHA NAHI SAMJHO TUM
(Do not consider yourself alone)

MERE APNE TUM HO…
(We are a family)


CHORUS

Give me your hand my brother

I will not let you fall

So don't look back my sister

Cause I swear I hear your call


by : Sami Yusuf

Thursday, December 9, 2010

Mencetus tahu


Membaca membuatkan anda tahu , mendebat membuatkan anda cepat dan menulis membuatkan anda tepat. Kata-kata ini dapat sewaktu Kursus Asas Fasilitator untuk adik-adik tempoh hari sewaktu slot Saudara Abu Qassim. Hmm, betul juga..

Alhamdulillah, cuti sebulan ada sesuatu yang saya dapat dan ingin sekali dikongsi bersama sahabat-sahabat buka semester nanti. InsyaAllah. Dapat juga membaca buku tulisan Dr. Danial Zainal Abidin seperti di atas. Sangat bagus untuk mereka yang punya dakwah spirit. Maklumlah, setiap orang kekuatannya berbeza-beza. Cubalah cari buku tersebut sesiapa yang teringin. Kadang-kadang dai'e lupa perkara-perkara yang simple sehinggakan terlalu fokus perkara yang besar-besar. Ini salah satu faktor yang menyumbang ke arah kurangnya keberkesanan dakwah.

Dakwah bil Hikmah, seperti yang tercatat dalam Tafsir Fi Zilalil Quran karangan Syed Qutb, bermaksud kita mengambil kira latar belakang orang yang diseru, mengikut kesesuaian, kalau budak sekolah ada pendekatan tertentu, pendek kata sebagai seorang dai'e penting untuk menguasai bahasa dan komunikasi. Jom sama-sama kita berusaha ke arah itu. Bak kata orang negeri, Hoben Jang Hoben!

Abah selalu beli buku dan anak-anak dia yang selalu curi bawa kampus masing-masing. Kesian abah tercari-cari. Huhu. Minta maaf abah!Kredit buat adikku kerana meminjamkan buku ini. Bila kita dah tahu kena cuba sedaya upaya amalkan, kita tidak mahu menjadi golongan yang dibenci Allah seperti yang sudah dinyatakan dalam Surah As-Soff.

Buat sahabat sekalian, mari kita koreksi diri kita. Untuk membina "the towering personality" memerlukan ilmu dan akhlaq yang mulia. Rasulullah s.a.w merupakan uswatun hasanah, jelas sebagai contoh ikutan terbaik, tinggal lagi kita mahu ikut atau tidak. Banyak cakap banyak juga yang kita kena laksanakan. Sekurang-kurangnya ada usaha. Jangan pula ingin menunggu kesempurnaan diri baru mahu berdakwah. Kalau begitu tiada manusia yang ingin meneruskan perjuangan Baginda.

Ayuh kita membugar budaya ilmu!

Saturday, December 4, 2010

Pemimpin perlu "dipimpin"


Selepas 5 bulan berlalu, rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan isu kenaikan harga petrol dan barang. Jika dahulunya melibatkan 5 dalam 1, tetapi kali ini dengan edisi yang berbeza iaitu 4 dalam 1 yang melibatkan petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula. Saya bukanlah orang politik yang mahu berkempen, bahkan bukan pula penganalisis ekonomi dunia. Saya juga tidak menerima apa-apa elaun dari tulisan ini. Saya adalah rakyat Malaysia yang tidak memiliki rumah banglo mewah. Apatah lagi mewarisi saham syarikat keluarga. Saya hanyalah rakyat marhaen. Suara saya mewakili mereka yang merasai akibat kenaikan harga tersebut.


BUMI BERTUAH
Ketika mula-mula menjejakkan kaki ke bumi anbiya’ Jordan ini, terdetik perasaan alangkah bertuahnya saya lahir di bumi Malaysia. Sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk dan kaya dengan hasil bumi yang pelbagai. Benarlah, “hujan batu di negara sendiri”. Masakan tidak, katakan sahaja apa yang anda mahu makan di Malaysia, semuanya ada. Makanan yang mewakili pelbagai negara seperti Perancis, Itali, India@mamak, Jepun, Cina, Arab, anda memang boleh memperolehinya di Malaysia. Tetapi berbeza dengan keadaannya di tanah arab ini. Anda tidak mempunyai pilihan yang banyak. Anda terpaksa belajar membiasakan diri dengan makanan rutin mereka yang berasaskan gandum iaitu roti.

Thursday, December 2, 2010

Omongan kosong atau tindakan?

10 Muwasafat Tarbiyyah.

Lengkap.

Amalkan tak?

Segalanya menuntut kita untuk muhasabah diri dan mujahadah.

Sudah pasti kita tidak mahu menjadi seorang dai'e yang hanya pandai bercakap.

Biar Allah menilai siapa kita.

Kerana Allah lebih tahu hati setiap hamba-hamba-Nya.

Selangkah menuju redha-Nya.

Moga peroleh rahmat dan keampunan Ilahi.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan kamu satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah swtdan rasulNya serta kamu berjuang pada jalan Allah dengan harta benda dan diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai serta ditempatkan kamu ditmpat-tempat tinggal yang baik dalam syurga adn. Itulah kemenangan yang besar.

(As-soff : 10-11)


Di mana

Di mana taubatmu?

Di mana doamu?

Di mana Quranmu?

Di mana Mathuratmu?

Di mata air mata kerana Allah?

Di mana Dhuhamu?

Di mana isthikarahmu?

Di mana solat malammu?

Di mana senyuman dan manis mukamu?

Di mana husnuzhonmu?

Di mana pedulimu terhadap ummat?

Di mana sedekahmu?

Di mana baktimu buat ayah bonda?

Di mana masamu buat majlis-majlis ilmu?

Di mana akhlakmu?

Di mana sensitif dan responsifmu terhadap keadaan sekeliling?

Soalan-soalan ini bagus untuk saya dan kalian untuk koreksi diri dan nilai peribadi. Semoga saya dan sahabat-sahabat diberi kekuatan. Teringat kata-kata seorang yang lebih senior di lapangan ummat bahawa “dai’e perlu mempunyai keyakinan dan tawakal yang luar biasa”. Benar sekali. Perkataan “mu” merujuk kepada saya, dia, awak, kami, kamu, mereka dan sesiapa sahaja selagi dia adalah seorang hamba yang mencari redha Allah dalam setiap perbuatan. Doakan saya juga kuat ya!

Monday, November 29, 2010

Bicaramu...


Kesempatan yang diberi Ilahi untuk menghadiri Induksi bersama pimpinan-pimpinan Pusat pada hari Jumaat lalu yang penuh barokah, saya kira sungguh bermakna. Perkongsian ilmu yang dirasakan begitu segar. Alhamdulillah. Suka sekali untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat yang tidak berpeluang menghadirkan diri. Juga diberi kesempatan bersua muka dan bertanya kabar pelajar-pelajar dari Thailand dan Kemboja. Mereka mengikuti kursus bahasa selama 6 bulan iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan kemudian akan meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing. Selain itu juga sempat mempelajari modul-modul baru, sangat berguna untuk dipraktikkan dalam program-program bersama adik-adik, insyaAllah.

Slot pada hari Jumaat malam bersama Presiden WADAH, Dato' Dr. Siddiq Fadzil selaku Presiden Kolej Dar Hikmah (KDH), tempat di mana program ini berlangsung adalah saat-saat yang dinantikan saya berbanding slot pada keesokan harinya. Dalam ucaptama Dr Siddiq mengenai Fikrah Harakiyyah, beliau berkata bahawa gerakan kemahasiswaan Islam telah mencipta sejarah penting sepanjang abad ke-20. Peristiwa berkaitan keislaman pada awal dan akhir abad ke-20.

Kemerdekaan sepatutnya menjadi peristiwa ke arah perubahan momentum keislaman masyarakat tapi malangnya kemerdekaan itu langsung tidak memberi sebarang kesedaran dan penghayatan Islam. Hanya kira-kira stau dekad selepas itu barulah timbul gerakan kemahasiswaan yang mendalam dan merata. Gerakan kebangkitan dakwah yang lahir dari kampus-kampus. Pada masa itu kampus yang terawal ialah UM. Cuba kalian amati kembali peristiwa gerakan kemahasiswaan yang muncul dari universiti ini. Di sini dapat dilihat semacam satu proses reislamisasi dalam masyarakat. Alhamdulillah, segalanya diilhamkan oleh Allah s.w.t.

Pada awal tahun 70-an, istilah dakwah begitu popular sehinggalah tersalah konteks. Ada yang begitu ghairah dengan istilah itu sehingga apabila ada yang memakai tudung dikatakan tudung dakwah, memasuki persatuan islam dikatakan sebagai orang dakwah. Kebangkitan dakwah dicetuskan oleh kekuatan kemahasiswaan dan majlis-majlis agama Islam tidak begitu memainkan peranan kerana mereka hanya berpegang pada undang-undang. dan tidak bersifat dinamik. Ini semua diakui oleh Dr. Siddiq sendiri, kerana beliau pernah menjadi ahli majlis agama Negeri Perak selama 10 tahun dan tidak banyak perkara yang boleh dilakukan walaupun pada hakikatnya ada menteri-menteri sebagai ahlinya. Semuanya dicetuskan oleh gerakan kemahasiswaan kepemudaan yang "non-govermental".

Gerakan kita rapat dengan pihak pembangkang dan pihak-pihak lain kerana adanya Fikrah Harakiyyah itu. Organisasi yang bersifat angkatan. Pada awal 70-an PKPIM ditubuhkan hanya untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar Islam dan kemudian baru terbentuk fikrah harakiyyah. Nama "Persatuan" hanya pada nama, nama zaman-zaman dulu, tetapi watak sebenar adalah gerakan itu sendiri. Pada saat ini baru saya terfikir hanya PKPIM yang punya nama persatuan di depannya.

Katanya lagi, pada zaman pemerintahan Dr. Mahathir, segala-galanya mahukan Islam, sampai kemuncaknya apabila beliau mengisythiharkan Malaysia sebagai negara Islam seolah-olah mahu pihak yang satu lagi diam dan "mahu apa lagi", sekarang negara sudah Islam. Sedangkan, pada hakikatnya tidak begitu nampak Islam itu. Apabila dulu istilah Islam Hadhari pula muncul, dan kini adakah masih dilaung-laungkan? Semua itu sekadar retorik. Kini sudah terkubur begitu sahaja
. Said Ramadhan Al-Booti berkata Negara Islam dianugerahkn Allah kepada yg melaksanakan printah Allah dgn kesabaran ,tahqiq (diakui kebenarannya setelah dilakukan penelitian) ubudiah (pengabdian/penghambaan), suluk yang soleh (perjalanan hidup yang baik sesuai dengan syariat Allah)dan bukan perancangan semata-mata.


Dr Siddiq menambah lagi bahawa dalam membangkitkan gerakan hujung abad ke -20 perlukan matlamat yang komprehensif/syumul, memperjuangkan pendaulatan Islam yang syamil. Selepas kejelasan matlamat, perlukan kejelasan wasilah yakni wasilah dakwah tanpa kita mengetepikan wasilah-wasilah lain sebagai contoh wasilah politik. Teras amal Islami itu sendiri adalah dakwah dan tarbiyyah manakala politik adalah hal smapingan yang perlu juga diberikan perhatian. Bak kata Dr. Said Ramadhan Al-Booti dalam syarahan perdananya malam tadi, politik amat penting tetapi biarlah ahlinya dari tarbiyah Islam.

Katanya lagi, amal Islami teras dalam gerakan kita dan bukan politik. Kita seharusnya sensitif dan responsif dengan keadaan sekeliling. Sebagai sebuah gerakan, ingin berubah perlu bersifat massa/jamahirriyyah. Membawa mesej-mesej Islam atau kebaikan sehingga ke daerah-daerah pedalaman dan tidak berlegar hanya di kalangan elit sahaja. Contoh terbaik adalah dakwah Nabi kita yang melata dan tidak fokus hanya kepada kaum Quraisy. Orang yang boleh menyampaikan adalah orang yang tahu bahasa jika tidak, tidak akan ada penyambung.

Gerakan dinamik hanya akan berlaku jika ada perkaderan dan bukan hanya sekadar berusrah. Tertarik dengan kata-kata beliau mengenai tidak ada pemisah zaman antara keislaman dengan partisipasi. Sebagai contoh Umar al-Khattab yang baru shaja memeluk Islam terus berjuang untuk Islam pada keesokan harinya, tiada alasan. Adakah kita seperti itu? Saya kira kita sendiri punya banyak alasan berbanding dengan kader-kader Rasulullah yang bersimbah darah dan keringat, namun tetap terus bangkit berjuang. Kita demam sedikit, sakit sedikit, sibuk dengan anak-anak dan isteri sudah keluarkan pelbagai alasan. Allah, malu rasanya. Kader-kader Nabi sangat tabah walaupun badan penuh dengan luka.

Katanya lagi, kita perlu mempersiapkan minda andai ianya terjadi kepada kita, maka kita perlu siap untuk menghadapinya. Mohon kekuatan dari Yang Maha Satu. Betapa pentingnya untuk kita tidak hanya berlegar-legar di kalangan kita. Gerakan massa harus mendekati masyarakat, faham dan kenal masyarakat dan barulah proses pengislahan itu berlaku. Teruskan berdoa agar Allah kuatkan kita di jalan-Nya dan diberi kekuatan untuk meneruskan segala perancangan lillahita'ala. Demi ummat dan agama tercinta.

Ya muqallibal qulub Thabit Qulubana 'ala Diinik wa'ala To'atik. Ameen Ya Rabb!




Tuesday, November 23, 2010

Mengejar Mahabbah


Dalam mengejar mahabbah kpd ALLAH SWT, 5 perkara yang menjadi tiang:

1) Iman yang benar

2) Amal soleh yang istiqomah

3) Ikhlas dlm segala perkara

4) Sabar atas musibah & dlm melakukan ketaatan

5) Zuhud - menggunakan nikmat dunia utk mencapai kemuliaan di akhirat

(Kuliah Tafsir al-Quran: Surah at-Taubah ayat 100 - 102)

Monday, November 22, 2010

Berkumpul kerana Yang Satu

Alhamdulillah, syukur setinggi-tinggi syukur, perjumpaan keluarga Dato' Maharaja Inda Ujang yang berlangsung di Jelebu pada hari Sabtu, 20hb November 2010. Pertemuan ini bertempat di rumah arwah Wan Lang di Jelebu, Negeri Sembilan. Kampung saya sendiri. Semua yang telah dikesan adalah seramai 174 orang. Namun, tidak semua dapat menghadirkan diri. Yang dipilih Allah ini sahaja dapat bersua muka pada hari tersebut. Memandangkan ada saudara mara yang sedang bertungkus lumus berjuang untuk peperiksaan akhir tahun di universiti masing-masing dan ada satu keluarga yang menghadiri konvokesyen anaknya di Kedah.

Adik beradik wan@nenek yang masih lagi hidup ialah wan saya, Hajah Mariah bt. Ujang (mak kepada abah) dan juga Wan Cu, Hajah Mahani bt. Ujang yang merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Terima kasing kepada Pak Long, Pak Lang Ibrahim dan beberapa Ahli Jawatankuasa yang merancang dan melaksana. Hakikatnya Allah jualah Perancang Yang Maha Hebat. Segala kekurangan dalam program pertama ini diharapkan dapat diperbaiki dan ditambah mutunya untuk perjumpaan akan datang, iaitu seperti yang telah dirancang pada tahun 2012 nanti, insyaAllah. Mengharapkan juga akan diadakan "group binding" untuk lebih mengenali saudara mara. Mohon letak saya sebagai komiti. Hehe. Let the picture tell you the story. Credit to Arief (Pak Lang Ibrahim's son) for all the pictures!

Seronok tengok gambar-gambar lama nie. Khas untuk setiap keluarga. Very nostalgic and classic!


Yang kat tengah-tengah duduk (kot hitam) merupakan arwah Moyang (Dato Maharaja Inda Ujang), tak tahulah kenapa ada panggilan nie dan sebelah atuk tu isteri dia, moyang saya jugalah. Arwah moyang dengan anak-anak, menantu dan cucunya. Tapi dalam gambar ni Wan saya tiada pula.

Keluarga Tok Teh

Wan Cu dan Tok Cu bersama anak, menantu, cucu & cicit :)

Keluarga arwah Wan Lang...dah besar-besar belaka..

Yang nie kalau nak tahu keluarga Wan saya (Wan Ngah). Wan ialah mak kepada abah saya. Faham tak?Hehe..Ada beberapa cucu wan dan cicit yang tiada dalam gambar. Atok dah meninggal. Wan paling ramai cucu (31 orang) dalam keluarganya. Setakat nie cicit baru satu. So, abang-abang, kakak-kakak sila la tambah ye..^_^

Inilah Pak Lang Ibrahim (anak arwah Wan Long), tulang belakang perjumpaan keluarga nie. Beliau selaku Pengerusi Majlis banyak bercerita mengenai keluarga nie. Terima Kasih Pak Lang! Beliau merupakan anak kepada arwah Wan Lang.

Sementara Pak Long berucap, Adam menjalankan operasinya mencuri gula-gula..Hehe...


Perjumpaan Keluarga Dato' Maharaja Inda Ujang Kali Pertama, kali kedua insyaAllah tahun 2012, waktu itu mesti ramai yang dah berkahwin, insyaAllah makin bertambah ahli keluarga...

Inilah Wan Cu, masih lagi sihat dan ayu..Alhamdulillah..

Yang ini pula Wan Ngah, iaitu wan/nenek saya sendiri..Masih lagi sihat dan ayu juga alhamdulillah...


Sebelum majlis bermula, cucu-cucu dan cicit-cicit ada aktiviti menarik, iaitu pertandingan mewarna. Kelihatan ada beberapa juri sedang menilai hasil adik-adik. Dzakwan dapat saguhati, ok lah tu..huhu...sebab dzakwan ni mewarna tak pandai sangat tapi kalau disuruh melukis, macam-macam lukisan dia pandai buat..

My beloved Wan & Wan Cu. Moga umur kalian hingga saat ini diberkati Ilahi. Ameen...

Adam sangat suka dapat kawan baru. Si kecil berbaju ungu itu merupakan cucu kepada Pak Lang Ibrahim. Keletah 2 orang ini penyeri majlis petang itu.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Sunday, November 21, 2010

Perantau

"Perantau-perantau" yang dirindui


Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri

Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desa nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda

engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan

Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang

Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah


Perantau

oleh

The Zikr

Monday, November 15, 2010

Niat : Diskusi 'mesra'

usrah bersama Tok Teh sewaktu Aidilfitri 2010

”Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yangberiman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran”

(Surah Al-'Asr)


Saya percaya setiap seorang daripada kita punya ayat tersendiri yang dijadikan pegangan dalam kehidupan. Lihat sahaja surah di atas yang selalu dibaca oleh kita. Ayat di dalam surah di atas yang sering kali mengingatkan diri. Kita mungkin menyampaikan mesej-mesej kebaikan atau mesej-mesej Islami kepada orang-orang di luar sana, namun peluang sebegini harus dipraktikkan di kalangan keluarga masing-masing. Sedikit-sedikit insyaAllah, semoga ada sesuatu yang mereka dapat dan mungkin praktikkan. InsyaAllah. Berdoa pada Yang Satu.

9 Zulhijjah 1431, usai solat asar berjemaah berimamkan adik lelaki, saya mencadangan agar kami duduk sebentar untuk usrah bersama. Walaupun abang mengatakan waktu ini tidak sesuai namun saya tetap mahu meneruskannya. Mereka menurutkan sahaja kehendak saya. Hehe. Terima kasih semua! Adik-adik memahami maksud perkataan usrah dek kerana sudah saya biasakan mereka dengan perkataan itu. Kami berlapan, termasuk si kecil Adam memulakan diskusi petang yang indah itu dengan Suratul Fatihah. Saya memulakan diskusi dengan bertanya abang yang kedua apa yang difahaminya dengan perkataan niat. Sambil berseloroh, Amru menjawab

“Niat suci tulus murni”

Kami semua ketawa. Maklumlah, di rumah Amru sangat terkenal dengan sifatnya yang suka mengusik dan melawak. Geli hati dibuatnya. Huhu…Wais pula menambah bahawa niat itu perlu ikhlas. Dzakwan pula khusyuk mendengar sementara Adam pula dengan kerenahnya yang mencuit hati kami.

“Niat tidak perlu untuk dilafazkan cukup sekadar di dalam hati”. Hawa menambah dengan penuh serius. Nabilah hanya menyatakan jawapannya lebih kurang sama dengan Hawa. Saya menggunakan ayat fasi yang terkenal….’Ye betul tu adik-adik”, walaupun dalam diskusi tersebut ada yang lebih tua” (Hehe).

Saya menyentuh Hadis susunan Imam Nawawi yakni hadis pertama yang berkaitan dengan niat.

“Innama al’amalubinniat”

“Segala amal bermula dengan niat. Sebab tulah apa yang kita buat semua kena ada niat, kalau tidak, tak dikiralah amalan kita tue..Contoh kalau Amru nak makan, makan camtu je tapi tak niatkan makan tu sebab nak kuat n sihat supaya dapat buat amal ibadat, kalau tak niat kerana Allah sume tu makan tu tak dapat apa-apa lah, dapat konyang je la…”

Anas menambah sambungan hadis dan menceritakan kepada keami serba sedikit mengenai kisah di zaman Rasulullah yang berkaitan dengan hadis ini. Diskusi diteruskan dengan beberapa persoalan daripada Amru dan Wais. Amru paling banyak tanya. Air mukanya begitu serius ingin tahu.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal, beberapa persoalan terjawab dan saya sangat gembira kerana dapat menyampaikan sesuatu dan masing-masing juga dapat berkongsi. Abah dan mak tiada jika tidak pasti mereka dapat sertai kami. Sahabat-sahabat ada tak tajuk usrah seterusnya yang dirasakan sesuai? Dalam fikiran mahu bahawa hadis ke-2 pula. Mudah-mudahan Allah kurniakan kami semua hidayah-Nya dan rahmati kami sekeluarga. Mahukan yang terbaik buat mereka, sudah tentu itu harapan kalian juga untuk keluarga kalian.

Diskusi petang itu kami tutup dengan bacaan Tasbih Kafarah dan kemudiannya saya bertanyakan setiap seorang mengenai kelebihan Kafaratul Majlis. Berbekalkan ilmu semasa pengajian kitab, saya terpanggil untuk berkongsi. Dengan membaca Tasbih Kaffarah usai sahaja majlis, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita sepanjang majis dan memelihara orang dalam majlis daripada mencela kita. Mereka mengangguk sambil saya mendemokan bacaan. (betul ke ayat ni?)

“Ya Allah kurniakanlah kami ilmu yang bermanfaat, pandula kami ke jalan-Mu Ya Allah, Jauhkan kami daripada cenderung kepada duniamu yang hina ini…”





Sunday, October 31, 2010

Penangan imtihan?

Alhamdulillah syukur setinggi syukur buatmu Rabbul ‘Izzah atas setiap kurniaan. Anggota badan yang sempurna, kesenangan hidup, kebahagiaan hidup di dunia dan bagaimana pula dengan kebahagiaan di alam yang kekal itu? Allahu Allah…

Sekadar mahu mencoret sesuatu di laman yang terbiar. Sekarang masing-masing sibuk dengan persediaan Peperiksaan Akhir Semester. Alhamdulillah satu kertas telah selesai semalam. Syukur. Allah sentiasa membantu hamba-Nya. Masih berbaki empat kertas. Semoga Allah membantu. Barangkali ada yang berasa sedih kerana usahanya tidak begitu membuahkan hasil. Dan ada juga yang usahanya sedikit tetapi banyak pula yang Allah beri. Rezeki orang usah kita persoal. Semuanya dating dari Allah. Andai sudah berusaha dengan sebaiknya serah sahaja pada Allah. Kadang-kadang dalam hal seperti ini kita sering lupa akan konsep tawakal. Hanya diaplikasi dalam soal jodoh. Malulah kita di hadapan Pencipta.

Yakinlah dengan bait ayat seribu dinar yang diamalkan. Satu persoalan yang berlegar di ruang minda. Masihkah ada Allah di hatimu tatkala bangun dari tidur? Tatkala usai solat? Jangan terlampau mengejar nota-nota sehingga mengabaikan hubungan dengan Allah. Di sini Allah mahu menguji dan menilai hamba-hamba-Nya. Ingatlah semakin banyak masa yang digunakan untuk “bermanja” dengan-Nya semakin banyak Allah luangkan masa untuk kita. InsyaAllah.

Konteks luangkan masa ini sangat luas. Mungkin Dia membantu kita dengan memberi ketenangan di dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan walaupun pada awalnya kita agak gementar sebelum melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan. Mungkin juga Allah memberi kesenangan, menggerakkan hati dan mengilhamkan kita untuk member jawapan yang terbaik dan kita sangat berpuas hati dengan setiap idea yang dilontarkan. Nah, lihatlah semuanya dari Allah, bukan dari kita! Maka jangan dilupa Allah setiap masa. Apa yang kalian dapat dengan terkejar-kejar membuka nota usai sahaja solat, belajar sehingga lewat pagi. Cuba luangkan masa membaca kitabullah, tahajjud. Dua rakaat yang dilaksanakan hanya kerana Allah semata-mata pasti mendapat ganjaran.

Amalan kita bukanlah penentu kita untuk masuk syurga Allah namun ianya sebagai bukti kesungguhan kita dalam mengejar redha dan rahmat-Nya. Nikmat Allah itu luas, lebih luas dari Bumi nan satu. Carilah rahmat dan kejarlah redha Ilahi sebelum masanya telah tamat. Mohon Allah kuatkan hati dan kita perlu mencari kekuatan itu. Semoga kita juga punya kekuatan melawan nafsu yang bersarang dalam diri.

Mohon maaf atas segala kekhilafan. Salam imtihan dunia wa akhirat.