Thursday, February 23, 2012

Palestin Asia Tenggara

For abah with love



Semoga sama-sama dapat manfaatnya. Syukran kathir sebab kebanyakan buku yang abah beli kami yang rembat:). Sekarang, rasa nak bagi abah buku ini. Tidak sabar untuk pulang dan hadiahkan buku ini untuk abah!


Ya Allah, kau kuatkanlah abahku ini dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup di dunia dan akhirat, tambahkan iman di dalam dirinya, kuatkannya untuk terus beramal ibadat dan membuat kebajikan, dan jadikanlah dia seorang suami dan ayah yang soleh, redhai dan berkatilah dia Ya Allah.

Allahumaa ameen.

Wednesday, February 15, 2012

Diktator dan London


Revolusi kebangkitan rakyat era baru telah menyaksikan penumbangan rejim-rejim diktator seperti Husni Mubarak, Ben Ali dan Muammar Ghadafi. Wayamkuruna wayamkurullah, wallahu khairul makirin! Menantikan episod seterusnya dengan doa. Teruskan menyebar kebenaran demi Islam. Sebarkan video-video yang berkaitan agar dapat mencetus tahu.

Hari ini pula berita yang paling menarik minat saya mengenai Kota London yang dibanjiri dengan Jemaah yang solat Jumaat. Subhanallah. Sesak dengan Jemaah sehingga tidak cukup ruang di dalam masjid. Ada ulama yang menafsirkan tanda kiamat seperti terbitnya matahari di sebelah Barat menandakan Islam akan muncul di Barat. ALlahu'alam.

Kebangkitan Islam di akhir Zaman. Allahu Yuhibbul Muhsinin!


Allahu Ghaffur

Thursday, February 9, 2012

Satu rindu



Penuhi hati ini dengan satu rindu
Rindu untuk mendapatkan cintaMu
Penuhi jiwa ini dengan satu cinta
Cinta untuk mendapatkan rahmatMu


Tuesday, February 7, 2012

Law kana bainana?

Saya suka membaca status-status yang dikongsikan oleh Ustaz Zaharuddin di Facebook. Sungguh tulus dan ikhlas. Hakikat saya tidak tahu keikhlasan seseorang tetapi statusnya cukup membuatkan saya berfikiran sebegitu. Semoga Allah merahmatimu Ustaz.

Medium Facebook sangat berguna untuk perkongsian ilmu-ilmu agama, nasihat, informasi terkini dan sebagainya. Ruang kebaikan itu banyak dan ruang keburukan itu juga banyak. Syaitan akan mencucuk anak Adam sehingga berjaya. Kita lah yang mengikut ajakan syaitan dan bukan syaitan yang salah. Sejauh mana kita berada di bawah pengaruhnya kerana itu sememangnya tugas syaitan dan kaum kerabatnya untuk menyesatkan anak Adam. Maka usah terlalu menyembang kosong. Selain bertanya khabar dan sebagainya manfaatkan ruangan ini untuk amar makruf dan nahi mungkar, insyaALlah. Malaikat sentiasa mencatit amalan kita seharian.

Dua hari lepas merupakan hari kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w walaupun ada ulama sufi yang berpendapat Nabi Muhammad s.a.w lahir pada 9 Rabiulawal. Apa pun bulan ini bulan di mana manusia agung dilahirkan dan membawa cahaya ke seluruh alam. Pastinya kita umat akhir zaman adalah umat yang begitu mendambakan anugerah syafaat dari Baginda di akhirat kelak.

Jika benar kita cinta akan Nabi Muhammad sudah pasti kita laksanakan sunnah-sunnahnya. Jika masih liat manifestasi cinta kita masih lagi samar. Mahabbah yang kita laung-laungkan masih palsu barangkali. Sesuai dengan status Ustaz Zaharuddin di laman Facebook beliau. Sungguh benar. Teringin kongsi di sini. Sama-sama hayati. Buat kita insan yang masih lemah yang cuba mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari segala apa yang ada di Bumi ini.


"Ramai yg berulang2 berkata "Jika Rasulullah bersama kita" seolah-olah semua akan menjadi mukmin/mukminah yang hebat jika Rasulullah masih ada. Namun sedarlah, ramai manusia termasuk orang Islam yang hidup sezaman dengan Baginda, yang rapat dan kerap belajar darin Baginda dipanggil SAHABAT dan mukmin tulen, manakala masih ramai yang hanya digelar muslim biasa dan sebahagiannya dipanggil A'rab atau orang Badwi, ramai pula yang munafik dan penentang Baginda, pembencinya. Justeru, kalau Baginda bersama kita; ilmu, iman dan minda kit ahari ini melayakkan kita masuk dalam kategori mana? Perhatikan majoriti hidup kit anescaya kita akan temui jawapannya. Kalau risalah Baginda pada keutamaan terbawah pada kehidupan, itulah watak munafik, penentang dan pembenci Nabi 1400 tahun dahulu"


Sampaikan walaupun satu ayat.

Antara dirayah dan riwayah

Berpesan Ustaz Raja Mukhlis tentang Kepentingan Sanad dalam Sistem Pembelajaran Islami dan Periwayatan Warisan Islam (Turath Islami) :

"TRADISI Ilmu Islam sangat mementingkan sanad selain daripada kefahaman terhadap isi kandungan kitab kerana ilmu Islam bukan sahaja diwarisi secara dirayah (kefahaman) tetapi juga diwarisi secara riwayah iaitu secara bersanad bagi memastikan kitab-kitab yang diriwayatkan tersebut jelas nisbahnya KEPADA PENULIS ASALnya. seseorang penuntut ilmu agama perlulah mencari guru yang benar-benar mempunyai keahlian dalam ilmu agama, yang mana mereka mewarisi ilmu-ilmu Islam dan hadith-hadith Nabawi secara bersanad dan pernah melalui proses bertalaqqi sebelum itu.

Manhaj ini jika tidak dipelihara akan melahirkan generasi pewaris ilmu agama yang cacat kefahamannya tentang agama itu sendiri, akhirnya mewujudkan KESESATAN dalam masyarakat Islam itu sendiri.Benarlah kata sebahagian salafus-soleh bahawasanya, ilmu agama itu akan lenyap sekiranya budaya meriwayatkan ilmu secara bersanad dan bertalaqqi mula pupus. Fenomena yang BURUK akan wujud disebabkan generasi penutut ilmu tidak mengambil ilmu daripada sumber asalnya secara manhaj islami.

Mana mungkin urusan agama diserahkan kepada golongan yang mengambil ilmu agama daripada buku-buku semata-mata, bahkan ada yang sekadar mengambilnya daripada buku-buku versi terjemahan semata-mata. Ini suatu kepincangan dalam tradisi ilmuan Islam itu sendiri.

Seruan ke arah kembali kepada sistem talaqqi secara bersanad amat diperlukan kerana itulah budaya pembelajaran para salafus-soleh terdahulu. Institusi-institusi yang meneruskan tradisi ini harus dibela dalam rangka menyaingi suatu sistem pembelajaran versi sekular yang tidak lagi mementingkan sanad ilmu, tetapi sekadar mementingkan sijil semata-mata"


Yang kurang rajin atau tidak berkesempatan atau banyak alasan atau sebagainya, cubalah lapangkan masa. Kelapangan masa milik Allah s.w.t. Jika tidak sekarang bila lagi?Bandingkan masa anda untuk majlis-majlis ilmu dengan yang lain? Tidak rugi bukan, malah malaikat turut sama mendokan. InsyaALlah;)