Sunday, November 30, 2014

Fasa pertama



Alhamdulillah. Syukur padaMu Ya Rabb.

5 November 2014 saya mampu menarik sedikit nafas lega setelah menghantar thesis Master untuk sesi viva voce yang dijangka pada bulan Disember ini. Ya, memang sedikit sahaja nafas lega kerana belum tiba masa viva. 

Setiap kali peperiksaan setiap semester pasti sahaja kita wajib bandingkan dengan persediaan kita berhadapan dengan mati. Allah Allah. Lemahnya diri ini. Sebagaimana bersungguh-sungguhnya diri menyiapkan diri untuk menghadapi sebarang peperiksaan atau pembentangan begitu juga MATI! Entah bila datang menjemput, bisa sahaja usai menulis entri ini. 

Tuhan, semoga secebis iman ini mampu membawa diri dekat dengan-Mu. Semoga mati nanti dalam keadaan husnul khatimah. T_T

Menyiapkan thesis ini di samping melayan kerenah anak merupakan satu cabaran! Namun, itu tidak mustahil. Yakin Allah bantu. Perbetulkan niat. Syukur ramai tangan-tangan yang membantu menjaga si kecil. Perasaan malas kadang  menerpa tanpa dipinta, namun kalau dilayan memang malaslah jadinya bukan? Heh, sebenarnya kuncinya fokus sahaja.

Mohon sahabat yang membaca entri ini mendoakan agar sesi viva nanti berjalan dengan lancar dan semoga ilmu ini untuk ummat. InshaAllah.