InsyaAllah esok 10 Zulhijjah adalah Hari Raya Haji. Singkap kembali sejarah Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban. Terkenang zaman nenek moyang kita yang mahu menunaikan ibadah haji terpaksa berada di atas kapal berbulan-bulan lamanya. Meninggalkan keluarga dan pekerjaan di tanah air semata-mata mahu menyahut seruan haji di Baitullah. Kecintaan ummat terdahulu terhadap Allah dan Rasul memungkinkan mereka untuk meninggalkan segala larangan dengan sekelip mata sahaja. Allahu Allah.
Alhamdulillah, selesai usai urusan di dapur. Rendang ayam, kuah kacang dan nasi himpit, trifle air tangan Uwais dan Hawa, dan juga Kek Batik air tangan saya sendiri. Mudah sahaja untuk membuatnya, tambahan memang menjadi kegemaran adik-adik di rumah. Mudah rasanya bahagi-bahagi kerja. Bagaimana agaknya kalau seorang ibu buat kerja seorang diri. Mesti penat bukan. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita, insyaALlah lazimi istighfar sebagai penghapus dosa-dosa kecil.
Pejam celik pejam celik sudah menghampiri penghujung semester. Akhir bulan Disember ini bakal menempuh peperiksaan akhir semester. Selepas Raya Haji ada dua lagi kertas yang harus ditempuhi. Herbal Medicine dan Drug Abuse. Baru selepas membelek jadual Final Exam. Here it is.
Research Methodology - 29 Disember 2011
Herbal Medicine - 5 Januari 2012
Industrial Pharmaceutical Regulation - 9 Januari 2012
Drug Abuse - 13 Januari 2012
Menarik nafas lega. Ada masa yang cukup untuk mengulangkaji, insyaAllah. Terima Kasih Allah. Zaman jarak peperiksaan yang dekat-dekat sudah berakhir. Zaman tahun Empat pengajian ini banyak sungguh kemanisannya yang pastinya akan tersemat kemas di ingatan ini. Buat sahabat-sahabat, semoga berjaya dengan Projek Akhir Tahun. Hasil akhir itu tidak semestinya memuaskan, yang penting bagaimana perjalanan projek itu dilaksanakan dan apa yang kita perolehi sepanjang tempoh tersebut.
Semoga Allah kurniakan kesabaran sepanjang tempoh menuntut ilmu. Ujian dunia sudah pasti jauh bezanya dengan ujian di akhirat kelak. Dalam keadaan bagaimanakah nanti kita meniti titian Sirat, di tangan manakah kita bakal menerima buku amalan, bahagiakah kita di alam barzakh nanti atau sebaliknya? Semoga tergolong dalam golongan mereka yang diputihkan wajahnya di akhirat kelak. Rahmat Allah mengatasi segalanya!
Salam Eidul Adha. Allahu Yuhibbul Muhsinin.
Allahumma najjihna fil kulli imtihan fid dunya walakhirah!
No comments:
Post a Comment