Kesempatan yang diberi Ilahi untuk menghadiri Induksi bersama pimpinan-pimpinan Pusat pada hari Jumaat lalu yang penuh barokah, saya kira sungguh bermakna. Perkongsian ilmu yang dirasakan begitu segar. Alhamdulillah. Suka sekali untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat yang tidak berpeluang menghadirkan diri. Juga diberi kesempatan bersua muka dan bertanya kabar pelajar-pelajar dari Thailand dan Kemboja. Mereka mengikuti kursus bahasa selama 6 bulan iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan kemudian akan meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing. Selain itu juga sempat mempelajari modul-modul baru, sangat berguna untuk dipraktikkan dalam program-program bersama adik-adik, insyaAllah.
Slot pada hari Jumaat malam bersama Presiden WADAH, Dato' Dr. Siddiq Fadzil selaku Presiden Kolej Dar Hikmah (KDH), tempat di mana program ini berlangsung adalah saat-saat yang dinantikan saya berbanding slot pada keesokan harinya. Dalam ucaptama Dr Siddiq mengenai Fikrah Harakiyyah, beliau berkata bahawa gerakan kemahasiswaan Islam telah mencipta sejarah penting sepanjang abad ke-20. Peristiwa berkaitan keislaman pada awal dan akhir abad ke-20.
Kemerdekaan sepatutnya menjadi peristiwa ke arah perubahan momentum keislaman masyarakat tapi malangnya kemerdekaan itu langsung tidak memberi sebarang kesedaran dan penghayatan Islam. Hanya kira-kira stau dekad selepas itu barulah timbul gerakan kemahasiswaan yang mendalam dan merata. Gerakan kebangkitan dakwah yang lahir dari kampus-kampus. Pada masa itu kampus yang terawal ialah UM. Cuba kalian amati kembali peristiwa gerakan kemahasiswaan yang muncul dari universiti ini. Di sini dapat dilihat semacam satu proses reislamisasi dalam masyarakat. Alhamdulillah, segalanya diilhamkan oleh Allah s.w.t.
Pada awal tahun 70-an, istilah dakwah begitu popular sehinggalah tersalah konteks. Ada yang begitu ghairah dengan istilah itu sehingga apabila ada yang memakai tudung dikatakan tudung dakwah, memasuki persatuan islam dikatakan sebagai orang dakwah. Kebangkitan dakwah dicetuskan oleh kekuatan kemahasiswaan dan majlis-majlis agama Islam tidak begitu memainkan peranan kerana mereka hanya berpegang pada undang-undang. dan tidak bersifat dinamik. Ini semua diakui oleh Dr. Siddiq sendiri, kerana beliau pernah menjadi ahli majlis agama Negeri Perak selama 10 tahun dan tidak banyak perkara yang boleh dilakukan walaupun pada hakikatnya ada menteri-menteri sebagai ahlinya. Semuanya dicetuskan oleh gerakan kemahasiswaan kepemudaan yang "non-govermental".
Gerakan kita rapat dengan pihak pembangkang dan pihak-pihak lain kerana adanya Fikrah Harakiyyah itu. Organisasi yang bersifat angkatan. Pada awal 70-an PKPIM ditubuhkan hanya untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar Islam dan kemudian baru terbentuk fikrah harakiyyah. Nama "Persatuan" hanya pada nama, nama zaman-zaman dulu, tetapi watak sebenar adalah gerakan itu sendiri. Pada saat ini baru saya terfikir hanya PKPIM yang punya nama persatuan di depannya.
Katanya lagi, pada zaman pemerintahan Dr. Mahathir, segala-galanya mahukan Islam, sampai kemuncaknya apabila beliau mengisythiharkan Malaysia sebagai negara Islam seolah-olah mahu pihak yang satu lagi diam dan "mahu apa lagi", sekarang negara sudah Islam. Sedangkan, pada hakikatnya tidak begitu nampak Islam itu. Apabila dulu istilah Islam Hadhari pula muncul, dan kini adakah masih dilaung-laungkan? Semua itu sekadar retorik. Kini sudah terkubur begitu sahaja. Said Ramadhan Al-Booti berkata Negara Islam dianugerahkn Allah kepada yg melaksanakan printah Allah dgn kesabaran ,tahqiq (diakui kebenarannya setelah dilakukan penelitian) ubudiah (pengabdian/penghambaan), suluk yang soleh (perjalanan hidup yang baik sesuai dengan syariat Allah)dan bukan perancangan semata-mata.
Dr Siddiq menambah lagi bahawa dalam membangkitkan gerakan hujung abad ke -20 perlukan matlamat yang komprehensif/syumul, memperjuangkan pendaulatan Islam yang syamil. Selepas kejelasan matlamat, perlukan kejelasan wasilah yakni wasilah dakwah tanpa kita mengetepikan wasilah-wasilah lain sebagai contoh wasilah politik. Teras amal Islami itu sendiri adalah dakwah dan tarbiyyah manakala politik adalah hal smapingan yang perlu juga diberikan perhatian. Bak kata Dr. Said Ramadhan Al-Booti dalam syarahan perdananya malam tadi, politik amat penting tetapi biarlah ahlinya dari tarbiyah Islam.
Katanya lagi, amal Islami teras dalam gerakan kita dan bukan politik. Kita seharusnya sensitif dan responsif dengan keadaan sekeliling. Sebagai sebuah gerakan, ingin berubah perlu bersifat massa/jamahirriyyah. Membawa mesej-mesej Islam atau kebaikan sehingga ke daerah-daerah pedalaman dan tidak berlegar hanya di kalangan elit sahaja. Contoh terbaik adalah dakwah Nabi kita yang melata dan tidak fokus hanya kepada kaum Quraisy. Orang yang boleh menyampaikan adalah orang yang tahu bahasa jika tidak, tidak akan ada penyambung.
Gerakan dinamik hanya akan berlaku jika ada perkaderan dan bukan hanya sekadar berusrah. Tertarik dengan kata-kata beliau mengenai tidak ada pemisah zaman antara keislaman dengan partisipasi. Sebagai contoh Umar al-Khattab yang baru shaja memeluk Islam terus berjuang untuk Islam pada keesokan harinya, tiada alasan. Adakah kita seperti itu? Saya kira kita sendiri punya banyak alasan berbanding dengan kader-kader Rasulullah yang bersimbah darah dan keringat, namun tetap terus bangkit berjuang. Kita demam sedikit, sakit sedikit, sibuk dengan anak-anak dan isteri sudah keluarkan pelbagai alasan. Allah, malu rasanya. Kader-kader Nabi sangat tabah walaupun badan penuh dengan luka.
Katanya lagi, kita perlu mempersiapkan minda andai ianya terjadi kepada kita, maka kita perlu siap untuk menghadapinya. Mohon kekuatan dari Yang Maha Satu. Betapa pentingnya untuk kita tidak hanya berlegar-legar di kalangan kita. Gerakan massa harus mendekati masyarakat, faham dan kenal masyarakat dan barulah proses pengislahan itu berlaku. Teruskan berdoa agar Allah kuatkan kita di jalan-Nya dan diberi kekuatan untuk meneruskan segala perancangan lillahita'ala. Demi ummat dan agama tercinta.
Ya muqallibal qulub Thabit Qulubana 'ala Diinik wa'ala To'atik. Ameen Ya Rabb!

No comments:
Post a Comment