Thursday, December 9, 2010

Mencetus tahu


Membaca membuatkan anda tahu , mendebat membuatkan anda cepat dan menulis membuatkan anda tepat. Kata-kata ini dapat sewaktu Kursus Asas Fasilitator untuk adik-adik tempoh hari sewaktu slot Saudara Abu Qassim. Hmm, betul juga..

Alhamdulillah, cuti sebulan ada sesuatu yang saya dapat dan ingin sekali dikongsi bersama sahabat-sahabat buka semester nanti. InsyaAllah. Dapat juga membaca buku tulisan Dr. Danial Zainal Abidin seperti di atas. Sangat bagus untuk mereka yang punya dakwah spirit. Maklumlah, setiap orang kekuatannya berbeza-beza. Cubalah cari buku tersebut sesiapa yang teringin. Kadang-kadang dai'e lupa perkara-perkara yang simple sehinggakan terlalu fokus perkara yang besar-besar. Ini salah satu faktor yang menyumbang ke arah kurangnya keberkesanan dakwah.

Dakwah bil Hikmah, seperti yang tercatat dalam Tafsir Fi Zilalil Quran karangan Syed Qutb, bermaksud kita mengambil kira latar belakang orang yang diseru, mengikut kesesuaian, kalau budak sekolah ada pendekatan tertentu, pendek kata sebagai seorang dai'e penting untuk menguasai bahasa dan komunikasi. Jom sama-sama kita berusaha ke arah itu. Bak kata orang negeri, Hoben Jang Hoben!

Abah selalu beli buku dan anak-anak dia yang selalu curi bawa kampus masing-masing. Kesian abah tercari-cari. Huhu. Minta maaf abah!Kredit buat adikku kerana meminjamkan buku ini. Bila kita dah tahu kena cuba sedaya upaya amalkan, kita tidak mahu menjadi golongan yang dibenci Allah seperti yang sudah dinyatakan dalam Surah As-Soff.

Buat sahabat sekalian, mari kita koreksi diri kita. Untuk membina "the towering personality" memerlukan ilmu dan akhlaq yang mulia. Rasulullah s.a.w merupakan uswatun hasanah, jelas sebagai contoh ikutan terbaik, tinggal lagi kita mahu ikut atau tidak. Banyak cakap banyak juga yang kita kena laksanakan. Sekurang-kurangnya ada usaha. Jangan pula ingin menunggu kesempurnaan diri baru mahu berdakwah. Kalau begitu tiada manusia yang ingin meneruskan perjuangan Baginda.

Ayuh kita membugar budaya ilmu!

No comments: