Saya percaya setiap seorang daripada kita punya ayat tersendiri yang dijadikan pegangan dalam kehidupan. Lihat sahaja surah di atas yang selalu dibaca oleh kita. Ayat di dalam surah di atas yang sering kali mengingatkan diri. Kita mungkin menyampaikan mesej-mesej kebaikan atau mesej-mesej Islami kepada orang-orang di luar sana, namun peluang sebegini harus dipraktikkan di kalangan keluarga masing-masing. Sedikit-sedikit insyaAllah, semoga ada sesuatu yang mereka dapat dan mungkin praktikkan. InsyaAllah. Berdoa pada Yang Satu.
9 Zulhijjah 1431, usai solat asar berjemaah berimamkan adik lelaki, saya mencadangan agar kami duduk sebentar untuk usrah bersama. Walaupun abang mengatakan waktu ini tidak sesuai namun saya tetap mahu meneruskannya. Mereka menurutkan sahaja kehendak saya. Hehe. Terima kasih semua! Adik-adik memahami maksud perkataan usrah dek kerana sudah saya biasakan mereka dengan perkataan itu. Kami berlapan, termasuk si kecil Adam memulakan diskusi petang yang indah itu dengan Suratul Fatihah. Saya memulakan diskusi dengan bertanya abang yang kedua apa yang difahaminya dengan perkataan niat. Sambil berseloroh, Amru menjawab
“Niat suci tulus murni”
Kami semua ketawa. Maklumlah, di rumah Amru sangat terkenal dengan sifatnya yang suka mengusik dan melawak. Geli hati dibuatnya. Huhu…Wais pula menambah bahawa niat itu perlu ikhlas. Dzakwan pula khusyuk mendengar sementara Adam pula dengan kerenahnya yang mencuit hati kami.
“Niat tidak perlu untuk dilafazkan cukup sekadar di dalam hati”. Hawa menambah dengan penuh serius. Nabilah hanya menyatakan jawapannya lebih kurang sama dengan Hawa. Saya menggunakan ayat fasi yang terkenal….’Ye betul tu adik-adik”, walaupun dalam diskusi tersebut ada yang lebih tua” (Hehe).
Saya menyentuh Hadis susunan Imam Nawawi yakni hadis pertama yang berkaitan dengan niat.
“Innama al’amalubinniat”
“Segala amal bermula dengan niat. Sebab tulah apa yang kita buat semua kena ada niat, kalau tidak, tak dikiralah amalan kita tue..Contoh kalau Amru nak makan, makan camtu je tapi tak niatkan makan tu sebab nak kuat n sihat supaya dapat buat amal ibadat, kalau tak niat kerana Allah sume tu makan tu tak dapat apa-apa lah, dapat konyang je la…”
Anas menambah sambungan hadis dan menceritakan kepada keami serba sedikit mengenai kisah di zaman Rasulullah yang berkaitan dengan hadis ini. Diskusi diteruskan dengan beberapa persoalan daripada Amru dan Wais. Amru paling banyak tanya. Air mukanya begitu serius ingin tahu.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal, beberapa persoalan terjawab dan saya sangat gembira kerana dapat menyampaikan sesuatu dan masing-masing juga dapat berkongsi. Abah dan mak tiada jika tidak pasti mereka dapat sertai kami. Sahabat-sahabat ada tak tajuk usrah seterusnya yang dirasakan sesuai? Dalam fikiran mahu bahawa hadis ke-2 pula. Mudah-mudahan Allah kurniakan kami semua hidayah-Nya dan rahmati kami sekeluarga. Mahukan yang terbaik buat mereka, sudah tentu itu harapan kalian juga untuk keluarga kalian.
Diskusi petang itu kami tutup dengan bacaan Tasbih Kafarah dan kemudiannya saya bertanyakan setiap seorang mengenai kelebihan Kafaratul Majlis. Berbekalkan ilmu semasa pengajian kitab, saya terpanggil untuk berkongsi. Dengan membaca Tasbih Kaffarah usai sahaja majlis, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita sepanjang majis dan memelihara orang dalam majlis daripada mencela kita. Mereka mengangguk sambil saya mendemokan bacaan. (betul ke ayat ni?)
“Ya Allah kurniakanlah kami ilmu yang bermanfaat, pandula kami ke jalan-Mu Ya Allah, Jauhkan kami daripada cenderung kepada duniamu yang hina ini…”
2 comments:
Bestnyer!!!nak join gak~~~
Buat usrah on9..gune skype..huhu
Haha, gud la idea nur:)
Akan dipertimbangkan, tapi sedar diri u tengah exm..hehe.Salam Aidiladha..mujahadah!!!
Post a Comment