Tuesday, December 30, 2008

Sem baru

Salam 'alaik...
Lama juga blog ini tidak diupdate...Pelbagai perkara yang ingin dinukilkan...
Sem baru azam baru????Yang pasti setiap hari perbetulkan niat dan azam saya supaya belajar dengan lebih bersungguh2 dan mendapat keputusan yang lebih baik daripada sebelum ini, dan harus diingat bahawa niat mestilah keranaNya, segalanya datang dari Allah s.w.t, usaha+doa+tawakal....gembirakan mak dan abah yang sudah memberi diri ini macam2, terima kasih mak abah!Hanya Allah yang mampu membalas jasa antum berdua.
Tidak lupa juga urusan2 keranaNya, bukan mudah untuk istiqamah dalam sesuatu perkara. Moga Allah kuatkan diri hambaNya yang lemah ini. Selagi kita masih seorang pelajar di sebuah universiti, laksanakanlah taggungjawab semampunya tanpa mengabaikan urusan ummat yang kian meruncing..
Salam maal hijrah, tahun baru...ya kita semakin mendekati kematian...Bila?Bagaimanakah khatimah kita..Mohon padaNya moga khatimah kita baik....Kita hanya hamba yang hina yang setiap hari melakukan dosa.Jangan lupa ye sebelum tidur solat sunat taubat + al-mulk...teruskan istiqamah ya sahabat2...
Biarlah segala azam dilaksanakan sebaik mungkin dan jangan kita tangguh2 kerana sampai suatu saat hati kita kan menjadi keras...Pada sahabat2 yang menempuh kegagalan, ingatlah ianya suatu ujian dariNya...jangan kita tewas, Allah tidak memandang pada outcome tetapi pada usahamu!
Bagi yang terlibat dengan kerja2 dakwah jangan memandang enteng pada pelajaran, usaha perlu dilebihkan kerana apabila sudah tahu setiap hujung minggu akan sibuk pastikan belajar secara konsisten dan siapkan tugasan secepat mungkin!
Risau juga dengan keadaan sekarang.Sama2 solat hajat untuk ummat islam di seluruh negara. Moga apa yang mereka perjuangkan mendapat bantuan dari Allah s.w.t..
last but not least...
Thanks Ya Allah for the great life....Alhamdulillah ala kulli hal...

Friday, December 19, 2008

Ukhwah islamiyyah dalam perjuangan

Salam alaik...

Suka untuk saya kongsikan dengan sahabat2 semua berkisar pengisian yang adik saya dapat semasa menyertai tamrin di Johor yang dikendalikan oleh beberapa mahasiswa Persatuan Mahasiswa Islam UTM, Skudai, Johor. Agak seronok mendengar cerita adik mengenai pengisian dan flow program tersebut. Program tersebut diadakan di sebuah madrasah yang agak usang di Simpang Renggam, Johor pada 12,13 dan 14 Disember 2008 yang lepas. Adik saya baru sahaja tamat peperiksaan SPM dan kebetulan dia merupakan salah seorang pimpinan Persatuan Amal Islami di maktab. Kerap juga dia bercerita mengenai ustaz yang menjadi penasihat kepada persatuan tersebut. Tambahan pula, ustaz tersebut juga merupakan orang jemaah dan kerap menasihati adik saya dan sahabat2nya.

Thursday, December 18, 2008

Coret-coret

Cuti 5 minggu semakin hampir ke penghujungnya. Sabtu ini, jika tiada aral saya bakal pulang semula ke kuantan untuk meneruskan perjuangan di sana bersama2 sahabat2 yang lain..Alhamdulillah, walaupun masih tidak puas dengan cuti ini, namun saya masih boleh menarik nafas lega kerana dapat menyertai program2 yang saya kira dpt menambahkan pengalaman dan ilmu saya yang agak cetek.

Wednesday, December 10, 2008

Tanggungjawab pemimpin, ingatkan rakyat pada kematian

"Maka, hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku, dan sunnah para khulafa' ar-Rasyidin al-Mahdiyyin dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." --- Abu Daud dan Tirmizi.

Kalau kita melihat perkembangan hari ini, masyarakat kita sudah jauh daripada agama. Dan, sifat menjauhi agama ini adalah sikap orang-orang yang suka menjauhi akhirat. Sedangkan kewujudan akhirat itu adalah suatu kepastian.

Sunday, December 7, 2008

Erti pengorbanan sebenar

Salam 'alaik..

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaNya kerana dengan limpah dan kurniaNya kita berpeluang menyambut perayaan terbesar umat islam iaitu hari raya Aidiladha..Allahuakbar!!!
Sinonim dengan Hari Raya Korban, Hari Raya Aidiladha disambut pada hari ke 10 bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir pada kelendar Hijrah Islam.Erm, pagi raya insyaAllah saya dan keluarga akan pulang ke kampung halaman bagi meraikannya bersama dengan sanak saudara.

[baca seterusnya]

Modul menyedihkan!


Alhamdulillah wa syukurillah...

Akhirnya terubat juga rindu ingin menyertai program fasi, sudah lama tidak menyertai program sebegini sejak menjejakkan kaki ke kampus Kuantan.Alhamdulillah, gembira rasanya menjadi fasi kepada adik2 yang berumur dari 7-9 tahun..petah betul budak2 ni.Program yang berlangsung pada 1-3 Dis yang lepas bertempat di Surau Makmur berdekatan dengan rumah kak hawa..terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada family kak hawa kerana menyediakan tempat tinggal untuk kami fasilitator2 perempuan dan peserta2 perempuan di rumah kak hawa sendiri.

[baca seterusnya]

Friday, December 5, 2008

1.12.2008

Salam rindu salam hari jadi pada birthday girl...syukur moga dipanjangkan umur dapat berbakti pada ibu bapa juga islam terutamanya..emuah..

Moga2 Allah jadikan pagimu cahaya,zohormu gembira,asarmu bahagia,maghribmu keampunan,isyakmu keberkatan dan doamu tidak ditolak dan diluaskan rezkimu serta ianya tidak diambil balik,& dibuka pada mu pintu syurga tanpa sempadan.SLMT HR LHIR..

Sabda Nabi SAW:Cinta terhadap apa yang dicintai Allah dan benci kerana Allah adalah termasuk daripada iman~Riwayat Bukhari.slmt hr jd yg ke 20 ct.moga kamu dipanjangkan umo dan diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.lov n miz u so much.

Thursday, November 27, 2008

Bingkisan buatmu mujahidah

Adapun orang yang beriman dengan iman yang benar, yang telah berjanji dengan Allah untuk bekerja di jalan da'wah, maka sesungguhnya dia akan beriltizam dengan Sunnah Rasulullah saw, lalu dia berikhtiar sebaik-baiknya untuk memilih isteri yang solehah, yang akan menolongnya melaksanakan tugasnya di dalam urusan da'wah Islam dan bukan merintangi aktivitinya.
Isteri inilah yang akan bekerjasama dan membentuk zuriat (generasi) yang baik untuk menjadi penyejuk mata dan menggembirakan hati. Anak ini nanti yang akan memuliakan agama Allah dan membangunkan Daulah Islamiyah di muka bumi.

Tuesday, November 25, 2008

Al-kisah asma

Ct anak ke berapa?"...tanya doktor pada saya.

"Anak ke-3 dari 11"...jawab saya dengan muka yang masam(icon gelak2).

"Dalam family siapa lagi yang kena lelah?"...doktor bertanya lagi.

"Saya sorang je..mewarisi penyakit atuk"(gelak dalam hati)....jawab saya lagi sambil dalam hati berkata banyak tanya pula doktor nie..hehe...doktor hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

[baca seterusnya]

Monday, November 24, 2008

Parlimen oh parlimen

Saya tersenyum sendirian melihat gelagat para pemimpin kita semasa melontarkan "bara" sewaktu bersidang di parlimen.Bukan saya sahaja yang geli hati menyaksikan lagak dan gaya mereka di televisyen malah adik2 saya yang kecil juga turut sama berasa sedemikian.Tanpa segan silu pemimpin A meninggikan suara pada pemimpin B sambil membuat gesture yang tidak sepatutnya dizahirkan oleh seorang pemimpin negara. Pada masa yang sama ada pula yang saling menyalahkan antara satu sama lain.Apa yang paling kasihan,Speaker Dewan Rakyat pun disalahkannya.Di manakah perginya Qudwah Hasanah yang wajar ditonjolkan oleh setiap pemimpin islam?

Sunday, November 23, 2008

Takdir atau kebetulan

Assalamualaikum

Moga kita sentiasa berada dalam iman dan tergolong dalam golongan hamba2Nya yang bersyukur kerana dalam hidup ini jarang sekali kita bersyukur seperti yang telah dinyatakan dalam kalam suci Al-Quran .Dalam hidup ini tiada yang berlaku secara kebetulan melainkan ianya adalah takdir Allah swt.

"Eh awk ni tiru je saya pakai baju colour purple..(sambil gelak2)"kata saya pada roommate.."Taklah saya mmg nak pakai baju colour nie tgk awk dh pakai..kebetulan la(dia pun tersengih2)"....

[baca seterusnya]

Thursday, November 20, 2008

Zainab Al-Ghazali

Beliau merupakan tulang belakang kepada gerakan Islam muslimat di dunia Arab merentasi beberapa buah negara Arab dan Islam sepanjang kerjaya sebagai pendakwah Islam sepenuh masa.

Baliau yang dilahirkan pada 2 Januari 1917 di sebuah perkampungan di wilayah al-Buhairah (utara kota Kaherah), daripada keluarga yang berpegang kuat kepada ajaran Islam, kerana bapanya adalah salah seorang ulama’ al-Azhar yang cukup berpengaruh.

[baca seterusnya]

Monday, November 17, 2008

Nukilan

Anak-anak amanah Allah s.w.t


Tadi tengok berita, harga minyak dah turun 15 sen bermakna harga baru RM2.00 seliter.Alhamdulillah, sekurang2nya ringan beban rakyat yang kurang berkemampuan dari segi perbelanjaan minyak yang sebelum ini naik mendadak.Syukurlah...bak kata ustaz Muhadir semasa Tamrin Qiyadi Kebangsaan yang lepas, "minyak naik pun, alhamdulillah..."huhu...betullah tu, ingat janji Allah bahawa Dia akan tambah nikmat selagi kita bersyukur, rindu nak dengar pengisian dari ustaz Muhadir...best!!! Erm, apa pun bukanlah perihal harga minyak turun yang ingin saya sentuh. Pagi tadi masa tengah tengok tv ada pula iklan idola kecil....

Saturday, November 15, 2008

Bicara jihad Imam Samudra

Tiada perjuagan tanpa pengorbanan....

Jom tengok video menarik nie, ucapan Imam Samudra-Amrozi-Mukhlas
Klik di sini

Tuesday, November 11, 2008

Gugurnya Muhammad di pelukan ummi

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru . Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi...

[baca seterusnya]

Kubur Tempat Terbaik

Suatu malam Imam Ibrahim bin Adham sedang berada di luar rumah. Seorang askar yang menunggang kuda dan pasukannya berkhemah di sekitar tempat itu dan kebetulan mendapat cuti, datang mendekatinya, lalu bertanya: “Hai orang tua, di daerah ini, di manakah ada tempat bersenang-senang, tempat yang paling indah?”

[baca seterusnya]

Monday, November 3, 2008

Celoteh

Assalamualaikum..

Alhamdulillah lega rasanya berada di rumah, setelah penat memerah otak beberapa minggu ni..Abang yang menjemput dengan membuka bermacam2 cerita, membuatkan saya sedikit gembira.Maklumlah lama tidak sembang2 begini.7hb ini insyaAllah abang saya yang sulung bakal pulang kembali ke Mesir untuk meneruskan perjuangannya..Wahhh, bilalah mau kembali..katanya 2 tahun tidak akan pulang..Mak juga mahu abang fokus pada pelajarannya.Tak pelah, pejam celik pejam celik sudah pun dua tahun di mana kita sendiri sudah tua dan kematian menghampiri kita yang terkadang leka dan lalai..Astargfirullahalazim....

[baca seterusnya]

Friday, October 24, 2008

Final exam

Assalamualaikum…

Selamat menempuh ujian dunia buat sahabat2 sekalian…

Bitaufik wan najah fil imtihan...

Doakan kejayaan bersama=)

Luahan hati di kala sepi

Assalamualaikum wbt..

Pasti ada sahabat2 yang masih sibuk beraya di rumah sahabat2 yang lain..maaf yang tidak terhingga kepada dua orang sahabatku yang dirindui, syira dan asila kerana tidak dapat menghadiri jamuan raya yang shabat2 adakan…ditakdirkan kak ira datang senyap2 ke kuantan tanpa memaklumkan diri ini (geram juga). Kedatangan kak ira sedikit sebanyak mengubat rindu saya pada sahabat2 semua yang berada di PJ mahupun di Gombak…masa mengatasi segalanya…walaupun sahabat2 berdua jauh dari pandangan mata tetapi antum semua tetap berada dekat di hati…hanya maut yang memisahkan kita.

[baca seterusnya]

Friday, October 3, 2008

Apa Khabar Hari-hari Dakwahmu, Saudariku?

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Mungkin hari-hari yang kau lalui penuh dengan ujian dan rintangan. Mungkin kau terpaksa mengorbankan waktu istirehatmu untuk merencanakan kerja2 dakwah. Atau kau terpaksa mengorbankan waktu kuliahmu kerana tidak ada yang bersedia mengalah untuk mengorbankan waktu kuliahnya ketika koordinasi dakwah harus dilakukan segera.

[baca seterusnya]

Tuesday, September 30, 2008

Eid mubarak!

Assalamualaikum wbt...

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam aidilfitri buat semua yang menatap blog ini dan buat sahabat2 semua maafkan diri ini andai sepanjang persahabatan ada yang terasa hati dengan saya, sesungguhnya saya hanyalah insan yang hina...Raikan syawal dengan penuh kesyukuran pada Yang Esa...Teruskan beramal keranaNya!

Ambil peluang ini untuk menziarahi antara satu sama lain..ada jodoh kita jumpa lagi, insyaAllah=)

Sunday, September 28, 2008

Ramadhan kian melabuhkan tirainya=(

Apabila berakhir
malam bulan Ramadhan, menangislah 7 petala langit dan 7 petala bumi dan segala
Malaikat, kerana berlalu Ramadhan bermaksud berlalulah kelebihannya.
“Sebab
ianya musibah bagi umatku dan terduduk segala Malaikat bagi musibah”.

Orang
bertanya: “Ya Rasulullah, apa itu musibah?”

Jawab
Rasulullah s.a.w: “Kerana segala doa padanya itu mustajab, sedekah makbul,
segala kebajikan digandakan dan siksa kubur terangkat, maka apakah musibah yang
terlebih besar daripada ini bagi umatku?”


Salam...

Sedar atau tidak Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Apakah perasaan kita??Saya yakin sahabat2 pasti menangisi pemergian Ramadhan...


[baca seterusnya]

Monday, September 15, 2008

Ramadhan yang menguji iman!

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).



Marhaban Ya Ramadhan...
Agak lama diri ini tidak menulis..Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang sungguh bermakna sekali buat diri ini. pelbagai peristiwa pahit dan manis yang berlaku sejak akhir2 ini...

[baca seterusnya]

Thursday, August 21, 2008

Rindu sih




Rindu teramat kat adam,dzakwan dan aiman..Lagi beberapa hari nak balik=)
Begitu indah... begitu mudah kulafazkan kata-kata. Namun, tidak mudah pula untuk melaksanakannya. Hikpokritkah aku? Astaghfirullahal'azim... jauhilah diri ini dari kemurkaanMu, Ya Allah. Bantulah diri ini, pimpinlah langkahku ini, agar bisaku terus menyusur laluan di hadapan ini dengan penuh cahaya. Mampu, membawa orang lain bersama-sama....Amiiiinnn

Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat?=)
Terkenang kembali detik2 yang berlangsung semasa Kem Jalinan Kasih anjuran bersama PKPIM-UM dan PKPIM-PAUIAM pada akhir bulan januari yang lepas.
Objektif utama kem ini adalah untuk melahirkan muslimah yang berketerampilan, berkarisma, berakhlak dan bersahsiah mulia.Alhamdulillah program ini banyak memberi input yang penting kepada saya. Kem ini banyak diisi dengan slot2 kerohanian dan semua aktiviti dibuat secara santai.Terasa ukhwah di antara kami sangat rapat.Rindu sungguh saat2 bersama kakak2 dari UM..kak fiza,kak has,kak pijot,kak akma,kakak2 yang tak disebut namanya dan juga sahabat2 dan adik2 yang mengikuti program tersebut, saya tetap merindui kalian. Banyak yang dipelajari sepanjang program berlangsung.
Slot yang paling saya gemari adalah semasa perkongsian pengalaman bersama kak shazni,doktor perubatan di kem tentera lumut,bekas amirah um(lupa namanya..hehe) dan seorang lagi doktor perubatan sepanjang keterlibatan mereka di dalam jemaah...Menaikkan lagi semangat saya untuk terus istiqamah di jalanNya.Bukan senang jalan yang dipilih, tentangan keluargan,rakan2 dan tidak kurang juga orang sekeliling.Mudah2han keluarga merestui pilihan saya untuk berada di dalam jemaah.Ya Allah perkuatkanlah semangat kami agar ianya tidak pudar dan moga2 langkahan kami adalah langkah seorang mujahidah yang setabah Sumayyah..Amiin Ya Rabbal Alamin...

Tuesday, August 5, 2008

PKPIM; Perjuangan Ulama dan Dasar Ilmu Islam Yang Dilupa

Teringat penulis kepada penyataan oleh Almarhum Tuan Syeikh Niamat Yusof, antara tokoh ulama penting dalam penubuhan PKPIM dan ABIM, yang suatu ketika dahulu pernah mengingatkan golongan muda;


“Saya berharap golongan muda dalam ABIM perlu ingat bahawa pada awalnya, penubuhan ABIM penuh dengan liku dan ranjau. Jadi, untuk menjaga dan memastikan kesinambungan ABIM, generasi muda perlu melihat ke belakang bagaimana ABIM telah memainkan peranan melahirkan tokoh-tokoh ulama dan intelektual yang melibatkan diri dalam gerakan Islam melalui pelbagai institusi. Gerakan ini perlu dipertahankan untuk memastikan masa hadapan ummah ”


Almarhum Syeikh Niamat Yusof jika diimbau perjuangannya dalam menegakkan kebenaran dan keadilan di bumi bertuah Malaysia ini amat sukar perjalanannya. Beliau merupakan mudir pertama di Maahad Tarbiyyah Islamiah (Pondok Dehrang), Dehrang, Pokok Sena, Kedah.


[baca seterusnya]

Thursday, July 17, 2008

Alangkah bahagianya wanita yang beriman

Such an interesting article to share with..Moga kita tergolong dalam golongan orang2 yg soleh di akhirat kelak...ameen ya rabbal alamin...
Sekiranya seorang wanita itu berakhlak dan menghiasi dirinya dengan sifat-sifat berikut, maka bergembiralah dia dengan syurga yang dijanjikan oleh Allah untuknya. Yang pertama adalah Keimanan dan taqwa kepada Allah serta kecintaannya kepada Rasul :selawat

First lecture

Salamualaik..
Baru sahaja balik dari bilik ustaz untuk bertanya kepadanya tentang kekosongan kelas tilawah al-quran. Sebaik sahaja saya dapat tahu daripada kawan bahawa ustaz akan membuka satu lagi kelas untuk tilwah saya terus bersiap2 untuk berjumpa dengan ustaz usai solat zohor.Malangnya, ustaz tiada di biliknya. Erm, esok sahajalah kami ke bilik ustaz.


[baca seterusnya]

Friday, July 11, 2008

Serah jawatan 2010, Umno dan BN dalam kedudukan terancam

Dua perkara berlaku dalam masa terdekat, pertama Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) telah memasang golnya sendiri bahawa beliau masih mahu kekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sehingga Jun 2010.
Kedua, Pakatan Rakyat di Parlimen telah mengemukakan notis usul undi tidak percaya kepada Pak Lah sebagai Perdana Menteri dan akan ditentukan usul itu oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Isnin ini sama ada ia diterima ataupun ditolak.

Monday, July 7, 2008

Campus life

Assalamulaikum...
Erm, kekeringan idea untuk menulis. Barangkali ini cuma alasan. Selama seminggu lebih di Bumi UIA Kuantan ini saya sudah dapat membiasakan diri di sini walaupun agak kekok sedikit kerana masih lagi tidak "master" selok belok di Kuliyyah of Medicine di mana di sini merupakan central bagi UIA Kuantan..


[baca seterusnya]

Friday, June 27, 2008

KU-ONE-TAN

Assalamualaikum, syukur pada Ilahi Rabbi kerana kita masih lagi diberi nikmat iman dan Islam. Mudah2han kita tergolong dalam golongan org2 yang beruntung...ameen..Kalau dulu semasa masih lagi menuntut di pusat asasi uia saya dan rakan2 yg lain tidak sabar2 ingin menamatkan pengajian di sana dan ingin ke kampus kuantan. Terasa baru beberapa minggu lepas saya menuntut di sana..sekarang???erm..sememangnya masa begitu cepat berlalu, benarlah bahawa kiamat itu semakin hampir dengan kita. Moga kita mengambil iktibar dari setiap saat dan detik kehidupan yang kita lalui.Moga dipenuhi dengan perkara2 yang berfaedah yakni perkara2 yg mendekatkan diri kita dengan Yang Esa.
Cepatnya masa berlalu..ahad ini sudah ingin berangkat ke kuantan, walaupun barang ada yan tak dibeli lagi.he3..inilah kalau preparation last minute...padahnya pada diri sendiri.Saya kira ini satu perubahan fasa kehidupan sebagai seorang pelajar, Yelah, nak jadi mahasiswa la katakan..hu3...seribu satu cabaran dan dugaan yang menanti di hadapan. Saya sudah pun mengambil keputusan nekad untuk meneruskan pengajian dalam bidang Sains Bioperubatan. Setelah meneliti subjek2 yg bakal diambil, saya kira agak tough. Semalam sembang agak lama dengan naqibah usrah saya semasa first sem di pusat asasi, acik nad. Terima kasih pada acik kerana dialah insan pertama yang mengenalkan saya pada usrah.Di saat2 awal di matrik sememangnya saya tidak tahu menahu langsung mengenai usrah.Syukran kasiran ya ukhti.Kebetulan dia merupakan salah seorang komiti taaruf week yang bakal berlangsung selama 2 hari sahaja katanya. Erm, dia kata subjek ini memang tough, lebih kurang macam medic. Dia menasihati saya untuk tidak terperap dalam bilik,study dan study sebaliknya get involved dengan aktiviti kampus. Sememangnya saya setuju dengan acik. Lama juga kami bersembang, maklumlah kami sebaya tetapi dia ke sana lebih awal memandangkan dia budak lompat.
Erm, masih lagi tidak dapat membayangkan keadaan di sana. Kampus, suasana belajar yg sy pasti sangat menyeronokkan(sunyi tempatnya)...he3...seronok ke??Apa pun moga segalanya dipermudahkanNya dan moga Allah tetapkan hati ini untuk terus berada dalam jalan dakwah. Bagi sahabat2 yg sebelum ini merasakan keputusan di matrik tidak memberangsangkan, jangan putus asa, ingatlah dengan menjejakkan kaki ke alam universiti kita semua adalah sama.Bermula dari zero. Usahalah semampu yang mungkin. Jangan mudah mengalah. Setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya. Berbaik sangkalah dengan Allah kerana dia adalah sebaik2 perancang. Bahagikan masa sebaiknya dan cuba untuk belajar secara konsisten di samping fokus semasa kuliah, kerap bertanya dan berdiskusi dengan pensyarah. Sama2 amalkan...insyaAllah Dia sentiasa menolong hambaNya yang berusaha...Chaiyok2...

Malam berganti siang

4.05 a.m-alhamdulillah, just finished typing my mum's assignment, one more thing to be settled, i've to find introduction for "test and evaluation" topic. Well, it's just copy and paste from the internet...he3..eloklah kiranya tuan punya badan buat qiam terus..hu3...

4.10 a.m
28.6.08
rasah kemayan

Monday, June 23, 2008

Wanita penghuni syurga

Buku "Khadijah Cinta sejati Rasulullah" karangan Abdul Mu'in Muhammad sangat menarik. Penulis buku tersebut telah banyak melakukan kajian sebelum menulis buku tersebut.Khadijah merupakan insan yang selalu disebut2 namanya oleh Rasullullah s.a.w setelah beliau pergi meninggalkan Nabi dan anak-anaknya untuk bertemu yang Esa.Keadaan ini menimbulkan kecemburuan yang tidak terhingga di hati Aisyah r.a...Banyak keistimewan wanita yang menjadi tonggak pada kejayaan dakwah Rasulullah s.a.w ini. WANITA penghuni syurga yang paling mulia ada empat orang, iaitu Khadijah binti Khuwalid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiyah isteri Firaun," sabda Rasulullah s.a.w. sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Terdapat ramai wanita utama di dunia ini, tetapi mengapa Allah memilih empat peribadi ini?

Monday, June 16, 2008

Pesanan terakhir

Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini
Dan Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan
Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana
Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.
Sayyid Qutub-1966

Friday, June 13, 2008

Susahkah memberi pendidikan percuma???

Susahkah???
Persoalan ini acap kali bermain di fikiran saya.Susahkah negara kita memberi pendidikan percuma pada rakyatnya?Entahlah...hanya kerajaan yang mampu memberikan jawapan kepada persoalan ramai ini...Di manakah wang kerajaan yang berbilion2 ringgit itu disalurkan??

Friday, June 6, 2008

Kepentingan Tarbiyyah

Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyhur pernah menyebut;

Tarbiyyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah. Oleh itu kita bersyukur kerana telah dipilih oleh Allah swt untuk berada di medan tarbiyyah. Suatu medan yang kita harapkan untuk membina kefahaman dan keyakinan terhadap Islam yang merupakan anugerah Allah yang terbesar.

'UIA pusat gerakan anti-kerajaan'

Berikut sedutan bahagian-bahagian utama kenyataan bertulis Tan Sri Sanusi Junid, setebal 13 halaman, mengenai keengganannya melepaskan jawatan presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
Saya telah meminta kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menyambung jawatan sebagai menteri besar Kedah setelah pilihanraya 1999.

Wednesday, June 4, 2008

Teguran buat mujahidah da'wah

Khas buat mujahidah-mujahidah da'wah yang terkadang merasakan dirinya lemah walaupun sedar akan hakikat bahawa tiada istilah tersebut dalam meneruskan wasilah perjuangan Rasulullah s.a.w..


Seseorang yang ditetapkan Allah (dalam kedudukan) mengurus umat dan dia tidak memberikan nasihat kepada mereka (umat), dia tidak akan mencium bau syurga.” [HR Bukhari]

[baca seterusnya]

Friday, May 30, 2008

30.5.2008

30 haribulan mei 2008. Macam-macam yang terjadi hari ini. Kerenah adik-adik yang pelbagai kadang-kadang membuatkan saya geli hati. Sengaja saya ingin menaip kerana jari ini seperti ingin menaip mengenai kisah hari 'bersejarah" ini. Semua ada di rumah kecuali abang saya yang sulung. Tapi yang pasti hari2 yang mendatang pasti akan ceria.insyaAllah dengan kerenah adik bongsu yang sudah pandai membuat pelbagai aksi yang melucukan kami sekeluarga..Bertuah betul adik yang sorang nie....


[baca seterusnya]

Rasulullah s.a.w seorang kaki perempuan???

Mungkin ada yang terkejut dengan tajuk di atas.Saya tertarik dengan tajuk tersebut.Sudah lama saya membelek-belek isi kandungan artikel tentang tajuk di atas di sebuah blog seorang hamba Allah ini. Ya, inilah salah satu agenda kafir laknatullah. Mereka tidak pernah berhenti daripada memfitnah Rasullullah s.a.w...Bukan ini sahaja tuduhan yang dilemparkan malah banyak lagi...Pernah suatu ketika dahulu, isu mengenai usia Rasululah s.a.w sewaktu berkahwin dengan Khadijah dipertikaikan..agak hangat perbincangan di suatu forum yang saya sertai. Oleh itu, setiap apa yang keluar dari mulut kita haruslah mempunyai dalil-dalil dan sumber yang sahih..
Dengan ini saya sertakan sekali link ke blog seorang hamba Allah yang mengkaji perkara ini..Sama2 berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran. Moga Allah memberi petunjuk kepada kita dalam menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Untuk pengetahuan sahabat2, artikel ini mempunyai 3 siri..Moga perkongsian ini memberi seribu satu manfaat kepada kita semua...insyaAllah...selamat membaca!!!

Monday, May 26, 2008

Muslimat:Baju sekolah memang 'seksi'

Muslimat PAS bersetuju dengan saranan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang menggesa pakaian seragam pelajar perempuan diganti kerana jarang dan boleh mengundang gangguan serta jenayah seks.Bagaimanapun setiausaha dewan itu Aiman Athirah Al Jundi berkata isunya bukan warna baju pelajar itu tetapi jenis kainnya yang jarang dan menarik perhatian.

Saturday, May 17, 2008

Kata-kata tokoh islam

Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemerintah kamu. Padahal aku bukan orang terbaik di kalangan kamu. Jika aku berbuat baik tolnglah daku, dan jika aku berbuat jahat luruskanlah aku.
-Abu Bakar As-Siddiq-
Barang siapa yang ingin menjadikan dirinya pemimpin, ia hendaklah mula-mula memimpin dirinya sendiri sebelum memimpin orang lain.
- Ali bin Abi Talib-
Wahai manusia barang siapa dari kamu melihat sesuatu kebengkokan maka hendaklah ia meluruskannya.
-Umar Al-Khattab-
Maafkanlah dan suruhlah berbuat ma'ruf, lupakanlah apa yang tidak berguna kepadamu dan bersegeralah menyempurnakan tanggungjawab.
-Al-Imam Abu Hanifah Abu Nu'man-

Friday, May 16, 2008

Dunia oh dunia...


Dunia semakin tua, manusia sering bersengketa, kebesaran Allah semakin dilupakan, keegoaan jadi pegangan insan. Dunia pada hari ini memperlihatkan pelbagai tragedi yang bisa menitiskan air mata dan tidak kurang juga yang bisa membuat kita senyum dan ketawa....


Wednesday, May 14, 2008

Renungan bersama...

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

[baca seterusnya]

Wednesday, May 7, 2008

Bangsa Melayu jadi mulia apabila bersatu di bawah Islam

KOTA BHARU, 8 Mei Cadangan pemuafakatan bagi mempertahankan hak-hak orang Melayu di negara ini hendaklah mengambil kira kepentingan pelbagai kaum dan agama seperti dijamin dalam perlembagaan.
Sehubungan itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Ridza Zain berkata, pihaknya tidak mahu pemuafakatan yang dibentuk membangkitkan sikap perkauman dan permusuhan di antara agama.
Pemuafakatan tersebut haruslah menjadikan agama Islam sebagai teras kepada Melayu sebagaimana ditakrifkan dalam Perlembagaan Malaysia

"Penggeledahan" buku

Minggu lepas saya berkesempatan "menggeledah" buku-buku arwah atuk di kampung. Sebelum ini, saya tidak pula rasa ingin menyelongkar...huhu..Sememangnya arwah atuk sangat suka membaca dan arwah banyak buat catatan di mana kebanyakan daripada catatannya ditulis dalam jawi. Agak sukar bagi saya untuk memahami apa yang ditulis kerana tulisan jawinya sangat "advance", maksud saya

Monday, May 5, 2008

The reborn of islam

In the name of Allah The Most Beneficent and The Most Merciful, may He shower His blessings on us, glad to inform you that this is my first article written in English, it's not really an article but there's something that i really want to share with. It's about the reborn of islam...Please don't misunderstand with this topic. Reborn of islam that i'm going to share is about the conversion of non-Muslims to the unvanished religion which is Islam...well, i'm quite ackward to write in English about this topic, but it's the beginning for me to test myself..hopefully this trial can benefit me in the future...

Friday, April 25, 2008

6 perkara yang Allah swt sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud..

[baca seterusnya]

Thursday, April 24, 2008

Peribadi Muslim Sejati




Kita tahu bahawa Islam itu bertolak daripada iman. Namun iman saja tidak mencukupi. Ia perlu juga ilmu dan amal. Islam itu ialah iman, ilmu dan amal. Tanpa ketiga-tiga elemen ini, maka Islam tidak akan terlaksana pada pribadi seorang Muslim. Untuk mencapai tujuan ini, roh dan akal mesti berperanan. Disamping itu seseorang muslim perlu mendapat pimpinan. Ketiga-tiga pengaruh ini wajib ada. Kalau tidak pribadi Muslim itu akan jadi cacat dan tidak sempurna.

Wednesday, April 23, 2008

Dakyah Kristian



Dengan bangganya Anita(bukan nama sebenar) mengisyhtiharkan dirinya bukan lagi seorang Islam. Dia yang dulu bertudung litup dan boleh dikatakan seorang wanita yang berpendidikan agama tinggi kini telah murtad. Dahulu, dialah yang sering menasihati rakan-rakannya tatkala mereka kealpaan. Astargfirullahalazim...

Monday, April 14, 2008

Memori Kampung Rantau

Pada 8-12 Mac 2008 baru-baru ini, saya mengikuti program jalinan kasih kali ke-3 di Kampung Rantau yang terletak di Cameron Highlands. Program ini dianjurkan oleh Kelab Perkim, CFS IIUM. Sememangnya saya ternanti-nanti untuk menjejakkan kaki ke kampung tersebut dan berjumpa dengan komuniti orang asli di sana. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilhai, segalanya berjalan dengan lancar dan perjalanan kami yang sememangnya penuh dengan kenangan yang sukar saya lupai. Seramai 40 orang peserta termasuk barang-barang yang kami bawa dari pusat asasi "disumbat" ke dalam trak. Bayangkan kami terpaksa berhimpit-himpit

[baca seterusnya]

Friday, April 4, 2008

Detik-detik perginya kekasih Allah s.w.t

Sama-sama kita ambil iktibar dari kisah ini...
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku

Tuesday, April 1, 2008

Wanita islam

Tiba-tiba sahaja saya ingin berbicara mengenai wanita. Ya, istimewanya insan yang bergelar wanita bukan?Bersyukurlah kita yang dilahirkan sebagai seorang an-nisa. Banyak hadis Nabi yang ada menyebut mengenai keistimewaan wanita dan alangkah bagusnya jika wanita-wanita akhir zaman ini sentiasa mengislah diri dari semasa ke semasa dengan menjadikan ummul-ummul mukminah sebagai contoh tauladan. Wanita di akhir zaman mencuba untuk menjadi solehah dan saya yakin semua wanita islam punyai cita-cita untuk menjadi wanita solehah dan juga wanita yang mampu menolong agama Allah di samping mujahid. Apabila kita singkap kembali sejarah-sejarah wanita utama Islam, sebagai contoh Fatimah r.a, Aisyah r.a, Khaijah r.a dan juga ummul mukminah yang lain, mereka tidaklah begitu hebat dalam medan dakwah tetapi mereka hebat dalam kerajaan mereka sendiri yakni rumah mereka, tidak kurang juga mereka hebat dalam lapangan isteri dan pandai menjaga maruah. Inilah sebab musabab mereka diagungkan oleh sejarah Islam. Sering kali terdetik di hati ingin menjadi seperti wanita-wanita utama Islam. Tetapi persoalannya mampukah saya menjadi setabah dan secerdik mereka?

Aduhai Sufiah Yusof

Belum lagi reda bahang politik negara, datang lagi satu bahang dari negara luar yang saya kira memalukan orang Islam sendiri. Inilah dia kisah Sufiah Yusof, yang dahulunya seorang budak berumur 13 tahun yang genius Matematik. Kalaulah saya genius Matematik..huhu...saya pun genius juga tapi tidaklah segenius dia...hehe..(gurau je). Saya pasti kita sudah sedia maklum dengan cerita Sufiah Yusof yang agak panas. Dia yang kini sudah berusia 24 tahun menjual badan semata-mata ingin menyara hidup. Sedih juga melihat keadaan Sufiah. Entah di mana silapnya. Adakah keluarganya yang harus dipersalahkan??atau adakah dirinya sendiri yang patut dipersalahkan??

Monday, March 31, 2008

"Fitna" suatu penghinaan pada Islam

Mahathir gesa umat Islam seluruh dunia pulau produk Belanda


KUALA LUMPUR 29 Mac — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan berkesan berikutan sebuah filem Belanda, Fitna, yang mengkritik Al-Quran yang disiarkan di Internet.Beliau berkata pemulauan itu boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.

Saturday, March 29, 2008

Khalifatullah

Masih lagi segar di ingatan saya kata-kata salah seorang peserta Tamrin Qiyadi yang diadakan di Kem Pulara, Trong, Perak pada 1-3 Mac yang lalu. Baris kata-kata yang sememangnya membuatkan saya terharu dan menistiskan air mata."Sebelum nie hidup saya nothing, tapi lepas join program nie barulah saya tau konsep hamba dan khalifah". Kebetulan saya merupakan fasilitator kepada peserta tersebut. Alangkah gembiranya di hati apabila berjaya menerangkan kepadanya serba sedikit tentang tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Moga dengan penerangan yang sedikit itu dapat membantu dia dalam meneruskan wasilah perjuangan Rasulullah s.a.w.

Thursday, March 27, 2008

Panduan Menjadi Imam Solat

Kewajipan imam sebelum solat terbahagi enam perkara iaitu:

1)Jangan mara untuk menjadi imam dari kaum yang membencinya atau tidak disukai mereka. Beri keutamaan kepada orang yang lebih pandai dalam keagamaan, kecuali orang itu menolak dengan menganggap seseorang itu lebih baik untuk menjadi imam. Tetapi, perbuatan menolak itu adalah makruh.
2)Imam perlu menjaga waktu solatnya, jadi hendaklah dia sembahyang di permulaan waktu supaya memperolehi keredaan Allah. Imam tidak patut menunggu sehingga ramai orang datang untuk berjemaah, sebaliknya hendaklah segera bersolat pada permulaan waktu.
3)Ketika menjadi imam, seseorang itu hendaklah berniat dengan ikhlas kerana Allah s. w. t. serta dengan perasaan untuk menunaikan amanat Tuhan, baik dari segi bersuci serta segala syarat solatnya.
4)Jangan tergesa-gesa untuk bertakbir sebelum barisan jemaah yang berada di belakangnya tersusun rapi dan rapat. Jadi, sebaik-baiknya, imam terlebih dulu menoleh ke kanan dan ke kiri, sekiranya ada tempat yang kosong, hendaklah dia menyuruh mereka mengisinya.
5) Imam hendaklah bersuara dengan lantang ketika takbir, sama ada takbiratul ihram atau takbir yang lain-lain. Bagi makmum pula, usah terlampau menguatkan suara, melainkan cukup sekadar didengar oleh dirinya sendiri.
6) Apabila seseorang itu disuruh memilih antara berazan (menjadi bilal) atau menjadi imam, hendaklah dia memilih untuk menjadi imam saja sekiranya sudah mencukupi syaratnya. Setiap tugas itu mempunyai keutamaan sendiri dan tidak elok hanya seorang memikul tugas itu kerana hukumnya makruh.

Imam Muda

Pada 21-24 Mac 2008 yang lepas saya telah menghadiri program Latihan Imam Muda anjuran Unit Gerakan dan Operasi, Sukarelawan Al-Falah, Yayasan Dakwah dan Islamiah Malaysia ( YADIM). Syukur padaNya kerana dengan izinnya saya dapat menghadiri program tersebut tanpa ada halangan, biasalah cuti-cuti begini ada sahaja benda yang mendatang. Itulah dugaan namanya. Banyak ilmu yang ditimba sepanjang 4 hari 3 malam berada di sana. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, program tersebut diadakan di Excel Training Resort, Nilai, Negeri Sembilan dan disertai oleh pelajar-pelajar dari Pusat Asasi UIA, PJ dan juga SMK Seksyen 18, Shah Alam. Sepanjang perjalanan ke sana, diri tertanya-tanya bagaimana cara program ini dikendalikan dan hati ini tidak sabar-sabar untuk sampai ke sana di samping melepaskan kerinduan pada sahabat-sahabat.

First entry

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga menghasilkan blog yang tak seberapa ini setelah blog yang terdahulu "terbengkalai" disebabkan faktor masa dan sikap malas meng"update" blog. Saya masih lagi dalam proses belajar dalam selok belok blog nie, banyak lagi yang perlu saya belek dan ini memakan masa yang agak lama untuk saya menghadap skrin laptop..huhu. Teringat pula sebaik sahaja saya habis SPM, saya banyak belajar cara-cara buat blog dengan hanya membelek-belek apa yang patut dan tak lupa juga menyelongkar "tool" dalam "Adobe Photoshop" selain melayari website yang berkaitan dengannya, memang seronok dan adik saya yang ke-2 paling terror dalam bab-bab nie..hehe, yelah nak dibandingkan dengan yang lain. Sudah lama hasrat ingin menghasilkan blog terbuku di hati, alhamdulillah Allah gerakkan hati dan kudrat untuk menghasilkan blog..hehe, sememangnya dalam menghasilkan blog memerlukan kita untuk sentiasa rajin untuk meng "update", terpulang pada masa individu itu sendiri.