Thursday, March 27, 2008

Imam Muda

Pada 21-24 Mac 2008 yang lepas saya telah menghadiri program Latihan Imam Muda anjuran Unit Gerakan dan Operasi, Sukarelawan Al-Falah, Yayasan Dakwah dan Islamiah Malaysia ( YADIM). Syukur padaNya kerana dengan izinnya saya dapat menghadiri program tersebut tanpa ada halangan, biasalah cuti-cuti begini ada sahaja benda yang mendatang. Itulah dugaan namanya. Banyak ilmu yang ditimba sepanjang 4 hari 3 malam berada di sana. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, program tersebut diadakan di Excel Training Resort, Nilai, Negeri Sembilan dan disertai oleh pelajar-pelajar dari Pusat Asasi UIA, PJ dan juga SMK Seksyen 18, Shah Alam. Sepanjang perjalanan ke sana, diri tertanya-tanya bagaimana cara program ini dikendalikan dan hati ini tidak sabar-sabar untuk sampai ke sana di samping melepaskan kerinduan pada sahabat-sahabat.