Tiba-tiba sahaja saya ingin berbicara mengenai wanita. Ya, istimewanya insan yang bergelar wanita bukan?Bersyukurlah kita yang dilahirkan sebagai seorang an-nisa. Banyak hadis Nabi yang ada menyebut mengenai keistimewaan wanita dan alangkah bagusnya jika wanita-wanita akhir zaman ini sentiasa mengislah diri dari semasa ke semasa dengan menjadikan ummul-ummul mukminah sebagai contoh tauladan. Wanita di akhir zaman mencuba untuk menjadi solehah dan saya yakin semua wanita islam punyai cita-cita untuk menjadi wanita solehah dan juga wanita yang mampu menolong agama Allah di samping mujahid. Apabila kita singkap kembali sejarah-sejarah wanita utama Islam, sebagai contoh Fatimah r.a, Aisyah r.a, Khaijah r.a dan juga ummul mukminah yang lain, mereka tidaklah begitu hebat dalam medan dakwah tetapi mereka hebat dalam kerajaan mereka sendiri yakni rumah mereka, tidak kurang juga mereka hebat dalam lapangan isteri dan pandai menjaga maruah. Inilah sebab musabab mereka diagungkan oleh sejarah Islam. Sering kali terdetik di hati ingin menjadi seperti wanita-wanita utama Islam. Tetapi persoalannya mampukah saya menjadi setabah dan secerdik mereka?
No comments:
Post a Comment