Sunday, December 11, 2011

Ibrah hujung minggu


Alhamdulillah perjalanan yang memakan masa hampir 7 jam membawa saya dan sahabat-sahabat ke sebuah daerah yang berdekatan dengan Kota Baru, Kelantan. Ya, Besut. Orang-orangnya baik-baik belaka. Lembut-lembut macam orang Kelantan. Kecek Kelate pun dah lembut apatah lagi orangnya. Huhu.

Saya agak berkira-kira mahu ke sini. Sudah memberi nama kemudian terpaksa tarik diri. Pagi Jumaat usai isthikarah menanti jawapan dari Allah sambil menghadapi hari itu seperti biasa. Hari sebelumnya Allah telah memudahkan kerja-kerja. Alhamdulillah hari tersebut juga. Petanda Allah mahu saya pergi!

Kerja di makmal habis seawal jam 4 petang. Selesai bersembang-bersembang dengan Madam Aszida terus pecut balik ke bilik berkemas-kemas dengan semangat yang membara. Huhu.Entah mengapa tidak pasti. Niat diperkemas langkah diatur. Alhamdulillah.

Kekuatan kembali bertamu. Kasih sayang Allah sentiasa ada. Bukankah Allahu Rahman AllahuRahim?Subhanallah. Kita ini kadang-kadang tidak bersyukur. Mungkin ada hikmahnya. Agak terkejut melihat kelibat Firdaus dan Adha. Kami sama-sama tergamam. Huhu.Mereka adalah adik-adik dari rumah anak yatim Tak Bai yang pernah saya ceritakan dalam entri ini. Sudah hampir 2 tahun tidak bertemu. Ada sahaja masa senggang banyak perkara yang kami bualkan. Gembira mendengar khabar bahawa Ustaz Nawawi dan adik-adik perempuan di sana sihat-sihat belaka. Rindu!

Yang pasti banyak sungguh ibrah yang saya dapat hujung minggu baru-baru ini. Saat berada di tengah kegelapan hutan berseorangan dan ditemani angin yang bertiup dari pantai. Subhanallah! Rasa seronok bila ingatan seluruhnya hanya pada-Nya. Semua perasaan takut hilang. Apabila kita kata kita yakin pada Allah kadang-kadang kita sebenarnya belum cukup yakin.

Apabila kita positif kita akan menuju ke arah perkara yang dipositifkan. Pendek kata positiflah dengan Allah! Tarbiyyah Allah sungguh indah, kerana tarbiyyah itu yang menguatkan kita. Feel the difference. Bila agaknya kita akan bergraduasi dari universiti tarbiyyah? Bila kita sudah menghembus nafas terakhir atau bila kita sudah menjejakkan kaki ke syurga-Nya?What say you?

1 comment:

Unknown said...

Terima kasih siti utk post ni =)
very simple, but padat dgn mesej..

Allah dimana-mana.

-Damia-