Mesti ada yang tercengang sebentar baca tajuk entri saya?:)
Maksudnya, satu kejahilan hilang, dapat ilmu baru dan dapat tanggungjawab untuk sebarkan ilmu tersebut. Rasa bertanggungjawab untuk berkongsi dan mahu semua pengunjung blog saya yang tidak seberapa ini tahu apa yang saya perolehi.
Al-kisah Sabtu malam (17hb Disember) dengan keadaan yang tidak berapa sihat, gagahkan juga diri pergi Talk Dr. Farid Shahran. Bukan senang Dr. Farid datang Kuantan, inilah masanya ingin mendengar mutiara kata daripada beliau. Boleh google siapakah gerangannya Dr.Farid yang saya maksudkan. Keesokan harinya pula berpeluang mengikuti kelas Teologi secara intensif bersama beliau. Separuh hari sahaja. Alhamdulillah.
Teologi. Apakah itu?? Mesti ada yang cakap "Ah, falsafah sangat".
Teologi berasal daripada perkataan Greek, Theos dan Logos. Ilmu Ketuhanan atau Science of God. Atau dengan kata mudahnya Ilmu Tauhid yang berkaitan dengan akidah. Keesaan Allah yakni iktikad kita bahawa Allah itu Esa, Tunggal, Satu. Seronok dengar talk Dr. Farid, banyak membuka mata saya sendiri sebagai seorang pelajar aliran Sains. Semoga terus "terbuka" la ye^_^.
Kalau berkaitan dengan akidah ada yang mempersoalkan mengenai kewujudan sesuatu. Sebagai contoh cerita Abu Hanifah yang masih kecil pada zaman beliau bersama dengan seorang Atheist (Ad-Dahri). Perdebatan berlaku antara mereka berdua sambil Si Atheist berdiri di atas mimbar dan Abu Hanifah berada di bawahnya. Ad-Dahri memulakan debatnya dengan mengatakan bahawa jika Allah itu wujud di mana tempatnya?
Abu Hanifah memberikan perumpamaan dengan menyuruh Ad-Dahri tersebut melihat dirinya sendiri dengan melontarkan persoalan "Di manakah letak nyawanya?". "Adakah di dada?Kepala?". Kemudiannya Abu Hanifah membawa perumpamaan susu. Di manakah minyak yang berada di dalam susu? Perumpamaan yang sangat jelas!
Kemudiannya Sang Atheist bertanya pula jika Tuhan itu ada apakah yang sedang dilakukannya saat ini?Lantas Abu Hanifah meminta Sang Atheist turun dari mimbar kerana orang yang bertanya seharusnya berada di bawah. Kemudian, Abu Hanifah naik ke atas mimbar lalu berkata "Saat ini Tuhan sedang mengangkat darjat orang yang berilmu".
Subhanallah hebat kan para imam dan sahabat-sahabat Nabi. Iman yang kental, ilmu yang mantap yang dimanfaatkan untuk orang lain, jiwa yang bersih dan sangat hebat kebergantungannya pada Allah. Sebagai contoh Ibn Sina yang seawal usia belasan tahun sudah habis mempelajari semua ilmu dan waktu malam yang dihabiskan membaca kitab. Jika tidak faham sesuatu ilmu Ibn Sina akan ke masjid untuk bermunajat dan memohon pertolongan dari sumber segala ilmu. Allahu Allah. Kemudian Ibn Sina akan berasa kantuk dan tertidur lalu Allah mengurniakan kefahaman kepadanya melalui mimpi.
Banyak sungguh yang harus kita perbaiki lebih-lebih lagi dalam soal menuntut ilmu. Dari segi adab dan juga keyakinan kita pada Allah. Cacat cela yang harus kita jelas dan perbaiki. Kita tidak dikira berilmu dengan hanya mempunyai degree, master dan PhD jika kita masih "bermaksiat". Itu hanya sekadar maklumat yang hadir dalam diri kita kerana ianya tidak mempunyai makna. Maka apakah beza robot yang 90% menyerupai manusia dari segi fizikal dan sistem dalamannya dengan manusia biasa?
Akan bersambung insyaAllah.
No comments:
Post a Comment