Alhamdulillah. Ucapan syukur selayaknya buat Allahu Rahim. Usai berkampung hampir seminggu di Pusat Pendidikan ABIM Klang bersama-sama dengan Anak Yatim Tabal (AYATA), Tak Bai. Terima kasih kepada Nur, Anuar, Rijal dan Khairul di atas komitmen dan semangat kalian. Saudara Syakir selaku Exco ABIM Klang mengamanahkan saya sebagai head faci dan saya tidak melepaskan peluang ini untuk belajar dan membantu sahabat-sahabat lain yang turut serta kerana ada di antara mereka yang masih baru. InsyaAllah, dengan berbekalkan pengalaman yang sedikit cuma, saya cuba sedaya upaya.
Program ini sebenarnya ingin membantu anak-anak yatim Tabal (AYATA), berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris. Walaupun di sekolah mereka yang dikenali sebagai Nuruddin School sudah ada pengajaran subjek ini, namun mereka gagal memahami dengan baik lantaran teknik mengajar yang tidak berkesan dan menurut anak-anak ini guru di sana hanya menggunakan buku untuk mengajar dan mereka agak sukar untuk memahaminya.
GPM mengambil langkah ke hadapan dengan melaksanakan Projek Mikro Finance untuk Selatan Thailand. Antara tujuannya membantu anak-anak yatim di Selatan Thailand. Mereka tidak mampu menjaga kebajikan semua oleh itu mereka mengambil langkah membantu sebahagian kecil masyarakat di sana. Peserta terdiri daripada 20 orang , dan di antaranya merupakan anak mangsa tragedi Tak Bai dan ada yang datang dari keluarga miskin. Mereka diiringi oleh seorang cikgu dari sana, Ustaz Zulkiflee Yusoh yang merupakan seorang pelajar Mekah yang sedang bercuti.
Menurut Cek Wan, masih terdapat inferiority complex (rasa hina diri) di dalam diri mereka. Penekanan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dilihat sebagai aspek penting yang ditekankan. Agak sukar jika ada orang luar yang mahu berkomunikasi dengan Bahasa Melayu biasa namun mereka tidak memahaminya. Anak-anak ini semuanya bertutur dalam loghat Kelantan. Sedikit sebanyak dapat juga saya belajar dan juga tidak lupa untuk belajar beberapa perkataan Siam daripada adik-adik ini. InsyaAllah, saya mendoakan mereka dapat menjadi pejuang agama dan ummat. Lebih-lebih lagi di negara mereka sendiri.
10 peserta terbaik akan dibawa untuk menyertai MOU, iaitu kemahiran membawa helikopter. Manakala bagi anak-anak yang malas belajar dan lebih suka bekerja di kedai-kedai mereka akan dipilih untuk diihantar ke pusat latihan di Selangor. Program ini adalah program kali ke-3 yang melibatkan anak-anak yatim di sana. Sebelum ini GPM pernah menghantar 2 orang wakil ke Thailand untuk program English Summer Camp di Yala, Thailand.
Bagi ibu-ibu AYATA pula mereka diajar cara-cara membuat kek dan roti. Di sana, mereka memanggil kek sebagai tepung. Jadi kalau anda ke Thailand dan mahu membil kek, jangan lupa memanggilnya tepung. Di sana juga, ajinomoto yang digunakan adalah 99.9% tidak diyakini kehalalannya.
Adik-adik yang baru sampai disambut oleh Cikgu Muslimin dan sahabat-sahabatnya, 12 jam perjalanan...
Sampai sahaja di Pusat Pendidikan ABIM Klang, adik-adik muslimin kelihatan penat sekali ya..huhu
Salah seorang guru Bahasa Inggeris sedang memberi tunjuk ajar..."Saadah, how to spell this?"
Adik-adik muslimin bergambar di hadapan Masjid Taqwa sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah
Cikgu Norezah sedang mengajar, anak-anak ini sangat gembira sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran subjek ini..Alhamdulillah, mereka juga cepat tangkap segala apa yang mereka pelajari, syukur...
Hari seterusnya pula, adik- adik meminta bahan-bahan untuk membuat sardine sandwich, tetapi mereka harus memintanya dengan menggunakan Bahasa Inggeris, jika tidak tiada sebarang bahan akan diberi kepada mereka. Sesi ini sangat menarik, selepas belajar teorinya mereka harus mempraktikkannya pula!Sangat geli hati melihat kerenah mereka yang bermacam-macam. Kelihatan Baiz sedang meminta slices of bread!
Berdasarkan demonstrasi yang telah ditunjukkan cikgu, mereka memulakan perjuangan membuat sandwich sardin. "Mano nak mulo"?
Solat berjemaah Maghrib dan Isyak di Masjid Meru pula pada hari seterusnya. Penyampaian cenderahati kepada wakil pihak masjid oleh Cek Wan dari Global Peace Mission (GPM). Anak-anak ini mendapat pengisian daripada seorang ustaz yang berkongsi mengenai Kewajipan Menuntut Ilmu. Secara tidak langsung saya juga mendengarnya. Salah satu perkongsiannya adalah mengenai jenis-jenis manusia yang ada di muka Bumi.
1. Tidak beriman + Tidak beramal
2. Tidak beriman + Beramal (Contoh : Orang kafir, Buddha, Cina dan India, yang bekerja)
3. Beriman + Tidak beramal (Contoh : Peminta sedekah)
4. Beriman + Beramal (InsyaAllah dijamin syurga)
Ustaz juga berkongsi kisah Imam Syafei yang sudah menghafal Al-Quran semenjak umurnya 9 tahun. Ibu dan ayah Imam Shafei seorang yang kuat beribadah. Ada suatu kisah di mana ayah Imam Syafei bermimpi keluar bintang daripada isterinya yang bertaburan di muka Bumi. Hal ini merujuk kepada Imam Syafei, beliau merupakan seorang yang sangat menghormati guru.MAlah gurunya, Imam Malik juga sangat menghormati anak muridnya. Subhanallah... Adakah kita benar-benar menghormati guru? Pernah tak kita komen guru? Mengajar lambat, tidak faham dan sbagainya? Allahu Allah...
Dari kiri: Che Sulaiman, urhan, Luqman, Haris, Adha, Fitdao, Baiz, Sukonthi, wakil masjid
Duduk dari kiri : Anak ABIM, Rustan, Hafizun, Sompong, Abdunloh dan anak ABIM
Dari kiri: anak wakil masjid, Tasneem, Pattama, Jalilah, isteri wakil masjid, Nur, CT, Ku Sawati, Huda, Ku Lasira, Sapinah
Sebenarnya banyak yang ingin saya sampaikan, namun biarlah memori itu tersemat rapi di ingatan. Antara mereka yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak adalah mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t. Sejak pulang dari sana, selalu sahaja teringat akan saat-saat bersama mereka. Hanya Allah yang tahu betapa rindunya kami kepada mereka. Yang lucunya, adik yang turut serta bersama saya asyik termimpi-mimpikan mereka:). InsyaALlah punya peluang dan ruang dan dipanjangkan umur akan ke Tak Bai pula. Kami semua mengharapkan mereka akan berjaya, kelak merekalah pejuang agama dan ummat ini. InsyaAllah..Allahumma Ameen.
Setiap orang punya peranan masing-masing, guru, jurutera, pengurus dan sebagainya. Malaysia mempunyai potensi di arena dakwah ini kerana Malaysia merupakan antara negara Islam termaju. Sematkan di dalam jiwa bahawa Allah akan terus membantu hamba-Nya selagi mana hamba itu membantu saudaranya. Mudah-mudahan ada nilai di sisi Ilahi. Saya mendoakan projek Mikro Finance GPM ini mendapat sambutan semua pihak dan moga dipimpin Allah Azza wa Jalla. Cukup sekadar itu.
Allahu'alam
Dan (Ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil ( yaitu ) : Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibu bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.
(2:83)
No comments:
Post a Comment