Thursday, December 8, 2011

Life without You is nothing



...."hidup suburkan hati ini dengan makrifat tentangMu"...

Bait doa tersebut selalu sahaja kita ulang-ulang di dalam doa Rabitah. Sama ada kita perasan atau pun tidak. Kalau membaca Mathurat, seeloknya biarlah meresap di jiwa, fahami 'modul' dari Allah yang ingin disampaikan. Sejujurnya lebih selesa membacanya sendirian berbanding baca beramai-ramai dengan nada yang laju.

Semakin taqarrub (dekat) kita dengan Pencipta insyaAllah semakin kuat ingatan dan kebergantungan kita pada-Nya. Hati kecil kita tahu bahawa ujian dunia ini hanyalah sedikit berbanding ujian di sana. Kita maklum balasan Allah untuk hamba-hamba-Nya yang sabar. Kita maklum sabar itu indah. Dan kita tahu dunia bukan untuk berseronok, tetapi untuk mengumpul bekalan untuk negeri kekal abadi kelak. Tetapi bisikan syaitan kadang-kadang lebih kuat dari iman. Maka, positifkanlah semula!:)

Entah bila maut bakal bertamu. Dunia yang penuh dengan kejahatan, ketamakan, kedurjanaan. Oh, ini bukan falsafah. Umat Islam semakin hari semakin malas. Malas dan malas. Tidak mahu ambil iktibar sejarah Islam. Tidak mahu mengkaji. Sudah pasti tidak kesemuanya. Barangkali kitalah golongan itu. Ya Allah, tuntun kami ke jalan yang Engkau redhai.

Kita pernah tak terfikir esok pagi kita masih lagi hidup? Pernah tak terfikir esok kita akan kehilangan anggota? Mungkin kita hanya fikir esok kita ingin lakukan ini dan itu yang perencanaanya tiada kaitan langsung dengan tujuan mencari redha Allah. Tiada kaitan dengan kepentingan Allah. Maka, ubahlah segalanya. Yang memberi kemudahan itu Allah.

Oh, sejak sibuk dengan menulis draft thesis dan pengurusan FYP sedikit sibuk. Sedikit sahaja ye. Ilmuwan Islam dulu lagi hebat dan dasyat. Setakat jalan kaki ulang alik KOS dan KAHS apalah sangat. Bandingkan sahaja dengan pengorbanan ulama dan ilmuwan Islam. Sejarah tetap sejarah, tinggal kita yang perlu naikkan Islam, bukan hanya berbangga dengan sejarah dahulu.

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga bagi nasihat pada diri dengan entri. Jom kita sama-sama muhasabah dan pertingkatkan amal.

Yang paling saya cinta saat ini Allah, Rasul dan emak. Mak nak peluk mak!T_T

No comments: