Kak Yani orang Kelantan, mengambil jurusan Undang-Undang. Tua setahun, dek kerana kelas peralihan semasa belajar di sekolah agama Maahad Muhammadi (P), Kelantan. Macam biasa orang Kelate kalau kecek memang lembut. Anggapnya sebagai kakak. Terma-terma law habis semua diperkenalkan dan kalau tidak faham perkataan Arab boleh rujuk Kak Yani, Al-maklum pelajar undang-undang belajar bahasa Arab sampai ke level 4. Alhamdulillah.
Huda orang Kedah, mengambil jurusan Bahasa Arab. Selalu ajar saya bahasa Al-Quran. Manja orangnya. Berkongsi hampir semua barang dengan kami. Sayang huda! Teringat pula sewaktu berkunjung ke UIA Gombak tahun lepas dek kerana tuntutan satu program, Huda luangkan satu malam membawa saya berjalan-jalan di sekitar UIA dan yang paling seronok Huda perkenalkan saya dengan Kuliyyahnya. Bangga dengannya yang memegang jawatan dalam organisasi yang disertainya. Dahulu di matrikulasi Huda langsung tidak berminat. Nanti keluar Huda jadi Guru Bahasa Arab yang berjaya ok?:)
Fizah orang Negeri Sembilan. Sama jurusan dengan saya, tetapi lain-lain kelas. Habis semua kawan Fizah saya dah kenal. Ada sahaja cerita setiap kali pulang dari kelas. Urusan jemaah dan persatuan semuanya saya ceritakan padanya. Huda pun tumpang dengar. Kenangan dengan Fizah paling manis kerana sesuatu telah berlaku sewaktu sem terakhir di matrikulasi. Subhanallah, kesan daripada peristiwa tersebut ukhwah kami semakin rapat. Allah sayangkan hamba-hamba-Nya. Terima kasih Allah untuk sebuah ukhwah!
Huda, Kak yani dan Fizah. 2 tahun kita bersama. Saat-saat manis yang memang ct tidak dapat lupakan. Rasa 2 tahun itu tempoh yang lama sebab kita sangat rapat. Hampir 4 tahun di Kuantan tetapi masih tidak mampu menandingi apa yang berlaku semasa zaman matrikulasi. Sungguh ct rindu. Entri ini khas buat kalian. Semoga Allah pelihara kalian dan yang paling penting Allah beri kita kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Terima kasih Allah sebab masih menghubungkan kita walaupun berjauhan. Semoga berjaya dalam kehidupan masing-masing dan jangan lupa redha-Nya yang kita dambakan. Allahu Allah, sudah hampir ke penghujung semester pertama untuk tahun akhir. Satu semester berbaki, insyaAllah.
Rindu ini kerana-Nya. Semoga bertemu di Jannah kelak. Ameen Ya Rabb!
No comments:
Post a Comment