Monday, May 30, 2011

Syafakallah


"Abah, jangan lupa makan kapsul Roselle tu 2 biji lepas abah makan jap g".

Kata saya pada abah selepas beliau pulang dari pejabat. Mukanya kelihatan tidak bermaya. Mungkin penangan Encik Adam yang kejap kebah kejap demam semula. Keceriaan sedikit hilang. Alhamdulillah, pagi-pagi Adam bangun masuk tandas nak ambil wuduk katanya. Comel betul budak kecil sorang ini.

Demam panas adalah ledakan dari api neraka, maka sejukkanlah dengan air. Mak bercerita mengenai kawan di sekolahnya yang kehilangan adiknya baru-baru ini dan minggu lepas baru sahaja arwah ibunya kembali ke rahmatullah. Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah.

Sakit dan sihat. Kedua-duanya ujian untuk kita. Mahu sabar atau tidak? Sejauh mana taqarub kita dengan Allah? Manifestasi kesyukuran kita kepada-Nya ada banyak cara, salah satu caranya dengan beribadah. Ingat, nanti bila sakit baru kita menyesal tidak dapat buat banyak ibadah. Nikmat kesihatan ini harus kita gunakan sebaiknya. Anggap sahaja ajal berada di sebelah kita. Allahuakbar.

Lima perkara sebelum lima perkara. Entri ini khas untuk ingatkan diri saya dan ahli keluarga. To Abah, insyaAllah bangun esok kebah, biiznillah. Teruskan beramal. Selagi nyawa dikandung badan, taat melakukan amal ibadah kepada Allah s.w.t dan tidak lupa amal kebajikan.

Thanks to mak and abah for everyhthing that you have been giving us until this moment. Berkat. InsyaAllah.


Syafakallah Ya Abi!


Saturday, May 28, 2011

29 Mei 1453

Utusan Tuhan Bersabda
Benarkan Satu Ketika
Derapan Kuda kan Tiba
Bebaskan Kota di Roma

Tentera Fateh pun Datang
Hadis Nabi Kuatkan Iman
Layar Kapal Rentas Daratan
Tanduk Emas dibantu Tuhan

70 kapal pun tiba
Byzantin Gegak Gempita
Dua Ratus Ribu Tentera
Mimpi Buruk Sudahpun Tiba

800 Tahun Penantian
Konstantin Akhir di Tawan
Panji Islam dikibar Hasan
Tubuh Syahid Jiwa dikorban

Itulah Si Anak Muda
Beraksi Menggegar Dunia
Itulah Sebaik Raja
Itulah Sebaik Tentera

Ahlan wa Sahlan


Alhamdulillah. A week full of great experience. Selesai Makmal Histopatologi, Isnin ini akan masuk ke Bank Darah pula untuk seminggu. InsyaAllah. Kesimpulannya, tidak kisah sejauh mana kita manjaga kesihatan kita, hakikatnya ujian Allah itu akan datang tanpa diduga. Bila-bila masa tanpa mengira umur. Semoga kita tergolong dalam golongan yang bijak, yang sentiasa membuat persiapan ke arah hari pertemuan hamba-hamba bersama Tuhannya.

Rakan-rakan prakikal sangat peramah dan happening, begitu juga dengan staff di dalam makmal. Terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar. Sometimes we must learn to say no. Muhasabah diri. Pergaulan yang agak bebas kadang-kadang merimaskan, di sini harus berperanan. Menghormati pendirian orang lain, tetapi jika masih tidak faham, kita perlu bersuara penuh hikmah agar tidak ada hati yang tidak terguris. InsyaAllah. Moga Allah pelihara diri. Jika terjebak kita punya masa untuk menjauhkan diri kerana ianya bisa menggelapkan hati.

Ahlan wa Sahlan ya Blood Bank. Sudah bersedia dengan soalan-soalan yang bakal ditanya. Bagaimana pula dengan soalan-soalan di alam barzakh kelak?Allahu Allah.

Carilah hikmah itu


“Ada sahaja mereka yang berkahwin sesama jemaah tetapi tidak menjadi juga, si isteri tidak membenarkan suaminya ke usrah selepas berkahwin”.

“Jika kita berjaya melalui 4 musim cabaran dakwah dan gerakan sewaktu belajar, setelah bekerja, setelah berkahwin, dan yang terakhir setelah mempunyai anak, insyaAllah kita akan istiqamah!”

Antara butir-butir bicara yang acap kali saya dengar jika ke program-program gerakan atau tatkala berdiskusi bersama sahabat-sahabat seusrah. Jika dilihat dari segi bahasa, futur bermaksud putus selepas bersambung. Mengikut kefahaman diri yang dhaif, futur yang dimaksudkan ini adalah lemah. Lemah dalam meneruskan cita-cita ummat dan agama. Luas maknanya bergantung pada keadaan individu tersebut. Bahasa mudahnya adalah futur dalam perjuangan.

Sabda Rasulullah s.a.w

Orang yang pandai adalah orang yang menghisab dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah” (Hadis Riwayat Tarmizi).

Ada di antara senior kita yang di zaman kampusnya sungguh lantang bersuara tetapi sesudah tamat belajar, lenyap begitu sahaja. Batang hidungnya susah sekali kelihatan. Sahabat-sahabat tertanya-tanya. Apakah yang sudah terjadi? Diri cukup bimbang andai tergolong dalam golongan yang hanya tahu bercakap tetapi tidak melaksanakan. Nauzubillah min zalik. bBukankah firman Allah dalam surah As-Saff ayat 2-3 sudah cukup menggerunkan kita?

“Wahai orang-orang yang beriman!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan”

Jangan disalahkan mereka, namun jadikan kisah mereka sebagai pengajaran buat diri kita. Semuanya punya hikmah. Allah s.w.t mahu kita yang masih lagi “hidup” dalam arus gerakan Islam ini supaya terus menyumbang buat agama dan ummat selagi mampu. Terus berusaha melaksanakan segala apa yang kita canang-canangkan pada orang lain. Bukan sekadar melontar bait-bait indah penuh falsafah. Terburu-buru dalam tindakan. Perencanaan yang tidak teratur, pengurusan masa yang tunggang-langgang. Semua itu harus diperbaiki, jika tidak bagaimana kita mahu menunjukkan contoh yang baik pada kader-kader dakwah kita? Bagaimana mahu menjadi tauladan yang baik pada mereka yang tidak menyertai apa-apa gerakan Islam. Seharusnya kita punya kelainan dari segi kekuatan rohani.

Memetik kata-kata Ustaz Badrul Amin, apabila Allah sudah besar di dalam diri, semuanya akan menjadi kecil. Ujian yang datang mampu ditepis dengan iman. Tidak mudah melatah. MasyaAllah, itu yang saya dan sahabat-sahabat mahu bukan? Buat rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian, ayuh sama-sama kita pertingkatkan amalan kerohanian yang menjadi tunjang segala permasalahan kehidupan. Pergantungan pada Allah itu sangat penting dalam konteks mereka yang intima’ dalam gerakan Islam. Elemen-elemen lain akan hadir dengan mudah jika kita sudah punya kekuatan dalaman itu. InsyaAllah, semuanya sudah pasti perlu disusuli dengan rukun mujahadah.

Akhirul kalam, sama-sama kita cakna dengan keadaan sekeliling kita. Dunia kian dihambat dengan seribu satu cabaran yang begitu mudah melemahkan iman. Terus berpegang pada Al-Quran dan Sunnah, insyaAllah kita tidak akan sesat. Kerana itulah yang disabdakan Baginda Nabi Muhammad shollallahu’alaihi wassalam. Apa yang penting buat dai’e adalah solat malam dan saling mengingati antara satu sama lain. Jangan lupa, sahabat-sahabat kita juga adalah mad’u kita.

Salam perjuangan dunia wa akhirat.


Friday, May 27, 2011

Impian saya dan semua

Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara tak pernah padam
Digenggam kukuh sebuah azam

Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara tak pernah padam
Digenggam kukuh sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimah Allah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam

Monday, May 16, 2011

"Ya Thoybah"



"Ya Thoybah Ya Thoybah...Ya Dawal Ayaana… Isytaqnalik...Wal Hawa Nadaana"

Sampai sahaja di perkarangan Surau Sobirin, Taman Tunku Jaafar, Seremban, jelas kedengaran qasidah Ya Thoybah...Rasa berdegup pantas jantung dan kaki terus laju melangkah menuju ke arah surau meninggalkan abang di belakang. Qasidah ini mula-mula didengari sewaktu berprogram di Maahad As-Sofa, Rembau. Di situlah saya mula berjinak-jinak dengan qasidah dan lebih mencintai majlis-majlis ilmu sedemikian. Yang diserikan dengan ulama-ulama. Sungguh terasa auranya. Berada di dalam majlis ilmu pada malam itu terasa meremang bulu roma. Allah..seronok juga dapat berkenalan dengan mak-cik2 yang ada pada malam itu.

Majlis bermula dengan alunan qasidah dan kemudiannya kemunculan yang dinanti-nantikan semua, Sheikh Nuruddin Al-Banjari. Subhanallah, rasa gembira dapat menatap wajah orang soleh ini, sejuk mata memandang dan tidak sabar mendengar bait kata-kata nasihat dari beliau. Sudah lama diri merindui majlis seperti ini. Alhamdulillah, Dia jua yang menggerakkan hati ini. Syukur.

Sheikh Nuruddin menyampaikan mengenai kelebihan lafaz "Aamin". Katanya walaupun bacaan yang dibaca oleh imam sudah cukup cantik dan merdu suaranya, tetapi masih ramai lagi yang tidak mahu meng "amin" kan bacaan. Lafaz "aamin" itu sudah merangkumi kebahagiaan, taufik, sejahtera, qanaah..segala-galanya tersirat di dalam lafaz yang satu itu. Para sahabat sentiasa berkejar-kejar untuk solat jemaah, sehinggakan apabila mereka yang tidak sempat mengikut takbiratulihram yang pertama akan menyedekahkan 60 ekor unta yang sarat dengan barang dagangan. MasyaAllah tabarakallah!!!

Kekuatan beribadah yang sampai ke tahap itu sekali? Bagaimana dengan kita?Bayangkan jika berjemaah di masjid dan tidak sempat masuk takbiratulihram pertama, adakah kita punya niat seperti itu. Mahu bersedekah RM 100 pada masjid sebagai contoh. Banyak betul kelemahan kita berbanding para sahabat. Iman dan ibadat yang sungguh mantap! Kadang-kadang bila kita kerap meghayati sirah Nabi pasti kita punya kekuatan untuk melaksanakan ibadat-ibadat sebagai menzahirkan rasacinta kita kepada Allah s.w.t bukan?InsyaAllah, doalah Allah bagi kekuatan pada kita. Kita hanya ummat akhir zaman yang sentiasa cuba memperbaiki diri.



Kelmarin pula, saya berpeluang berada dalam majlis yang dihadiri tokoh ulama Syria yang disegani, Sheikh Wahbah Zuhaily. Selama ini hanya berpeluang menatapnya di dalam internet sahaja, tidak sangka Allah beri peluang sekali lagi bertemu dengan orang yang dekat dengan Allah ini. Sheikh Wahbah banyak memberi kata-kata amanat khas buat mereka yang mengaku pejuang Islam. Allah sangdat sedikit apa yang saya lakukan. Beliau sangat bersemangat pada usia seperti ini. Ini adalah pengakuan beliau sendiri. Jauh beza jika ingin dibandingkan dengan usianya yang dahulu. Ditambah dengan melihat anak-anak muda yang penuh semangat, beliau bertambah-tambah semangat. Alhamdulillah.

Antara pesanan yang paling saya ingat dan tersimpan rapi dalam ingatan adalah pesanan beliau mengenai kejayaan Islam. Tiga syarat penting untuk memastikan kejatuhan kejayaan di tangan Islam. Pengorbanan, ikhlas dan sanggup menyumbang tenaga, wang dan masa demi Islam. Ya, demi Islam. Ramai di antara kita yang kadang-kadang berkira-kira. Nah, itu kan untuk Islam. Mengapa perlu berfikir panjang. Ayat ini selalu muncul dalam kotak fikiran setiap kali syaitan datang menganggu. Kata-kata semangat untuk diri!

Banyak sungguh ujian ummat ini. Ummat yang sangat dibimbangkan kekasih Allah. Sahabat-sahabat, leraikan segala persengketaan, mari bersatu di atas dasar akidah yang satu. Semoga Allah redha dengan segala usaha kerana-Nya. Semoga tulisan ini menjadi bukti di akhirat nanti. Ampunkan aku Ya Allah!

Mahu sangat-sangat jumpa Habib Ali dan gurunya Habib Umar. Semoga Allah makbulkan! InsyaAllah..



Wednesday, May 11, 2011

Situ sana sini

Rindu pada "Mountain"


Ini bukan lagu mengenai Siti Situ Sana Sini. Huhu.

Ini mengenai situasi-situasi yang berlaku dalam kehidupan The_Caliph. Pedoman buat diri dan semua. Zikir fikir. InsyaAllah.


Situasi 1

A: "Jom kita jemaah sama nak"?

B: "Ermm ok (muka lain macam)...eh tak pelah, sebab saya nak cepat nie nak gi beli makanan".

A: Owh ok..(Pasrah)


Situasi 2

A: "Student jangan solat sini"

B: Senyap, membisu, pelik.


Situasi 3

Suasana yang bergembira sambil mempermainkan soal mati, hilai tawa sepanjang masa. Oh, sabdaan Rasulullah jelas menyatakan bahawa andai kita tahu apa yang Baginda tahu pasti sedikit sekali kita ketawa. Muhasabah. Bergurau berpada-pada. Dalam gurau-gurau pun tidak boleh menipu juga, dulu waktu kecil-kecil cili padi banyak kali buat macam ini. Bila dah dewasa, sudah maklum, tidak berani pula nak menegur orang. Once again, cakap dalam hati sahaja. Iman ini memang lemah, ada naik ada turun.


Situasi 4

Menakut-nakutkan budak kecil dengan HANTU. Oh, I feel so sad. Anak itu harus diajar takutkan Allah, cintakan Allah dan Rasul. Cukup sekadar menyatakan ada banyak benda-benda jahat daripada hantu.


Situasi 5

Berkopiah, menghafal Quran dan Hadis tetapi masih mencaci sesama umat Islam. Oh Ya Allah, apakah ini semua? Mohon jauh daripada semua ini.


Situasi 6

Banyak unsur-unsur negatif di luar. Mohon peliharaan Allah dan moga semua diberi hidayah. Bila dah terhantuk baru terngadah.


Situasi 7

Harap Si Pencinta Kucing dan Nasi Arab faham. Cintakan Allah cinta paling utama. Sekadar mengingati sesama Muslim. Moga bertemu wanita yang terbaik buat kamu ya. InsyaAllah, yakin pada-Nya!


Situasi 8

Gembira berpraktikal. Semakin tahu dan tahu dan semakin rasa kerdil diri ini. Menghabiskan sisa-sisa menuntut ilmu di Urine and Stool section sebelum proceed ke bahagian lain. Terima Kasih Ya Ilahi Rabbi!


Situasi 9

Terima kasih abah dan emak yang sentiasa ambil berat akan anakmu. Hari-hari tanya progress praktikal. Alhamdulillah semua baik-baik aja. Syukran kathir abi wa ummi!:)

Situasi 10

Terima kasih sahabat-sahabat semua. Semoga kita semua thabat dalam perjuangan yang sungguh kecil ini. Teruskan istiqamah di jalan-Nya. Jaga kesihatan baik-baik, nanti boleh berbakti lebih dan lebih insyaAllah.

Tuesday, May 10, 2011

Mana akhlak kita?

Antara Politik Demokrasi Dan Politik Islam Mana Akhlak Kita?


Sebelum saya meneruskan tulisan ini terlebih dahulu saya ingin menjelaskan bahawa saya bukan orang terlibat di dalam politik kepartian. Apa yang boleh saya sebutkan ialah saya hanya menyokong parti Islam sahaja. Oleh itu apabila saya menulis saya tidak akan menyebelahi mana-mana pihak kerana saya tidak berparti.

Melihat kepada suasana politik masa kini, akhlak Islam sudah tidak diambil berat oleh ahli-ahli politik sama ada daripada kalangan kerajaan mahupun daripada pembankang. Ahli-ahli politik menghalalkan cara untuk mencapai matlamat. Walaupun cara tersebut bercanggah dengan syariat Islam akan tetapi demi mengikut hawa nafsu yang haram tadi boleh menjadi halal. Sedangkan di dalam Islam haram tetap haram dan halal tetap halal tidak akan berubah sesutu hukum tersebut kecuali mempunyai nas yang kukuh untuk mengubahnya.

Amat memalukan apabila seseorang pemimpin tersebut melakukan tindakan yang agak kasar, mencerca pihak lawan hanya kerana berdendam politik. Sedangkan pada waktu yang sama pemimpin tersebut membaca al-Quran dan hadis nabi SAW, tiba-tiba selepas membaca kalam Allah SWT dan Rasulullah perkataan hina terkeluar daripada mulutnya. Adakah ini contoh ajaran Islam dan adakah ini boleh dicontohi oleh orang kafir? Politk Islam itu mendidik manusia untuk bertaqwa kepada Allah SWT, mencintai agama Allah SWT, dan bukannya mendidik manusia mencerca dan sebagainya. Akan tetapi apa yang kita lihat pada hari ini politik Islam yang dicanang kotor dan tidak menepati politik Rasulullah.

Kembali kepada sirah perjuangan Rasulullah dan para sahabat tidak ada manusia zaman kini yang menerima ujian seberat mereka. Akan tetapi seberat manapun ujian yang diterima Rasulullah dan para sahabat tidak pernah merncerca pihak lawan kerana menolak ajakan untuk memeluk agama Islam. Nabi Musa a.s tidak pernah mencerca Firaun yang menentangnya walaupun mampu untuk berbuat demikian.

Ketika mana Rasulullah SAW pergi ke Thaif untuk berdakwah menyampaikan Islam, penduduk Thaif bukan setakat tidak beriman akan tetapi turut melontarkan batu kepada Rasulullah sehinga badannya berdarah. Ketika itu turun malaikat memohon kepada Rasulullah untuk membinasakan penduduk Thaif akan tetapi Rasulullah berkata jangan, mungkin selepas ini anak cucu mereka akan beriman dan pada masa kita nampak kebenaran kata-kata Rasulullah.

Kembali kepada politik semasa malaysia, amat kotor dan memalukan. Ramai yang mengaku sebagai pejuang Islam memakai serban, kopiah putih dan membaca ayat-ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah selepas itu memaki hamun, mencerca dan sebagainya. Bukan setakat menghina Islam akan tetapi turut mengundang negetif orang bukan Islam kepada agama Islam. Adakah golongan ini layak dipanggil pejuang dan layak memimpin umat sekiranya dirinya sendiri bersikap seperti ini. Umat Islam terpecah kepada beberapa puak yang mengaku pejuang Islam, yang pertama puak Melayu UMNO, yang kedua Melayu PAS, yang ketiga Melayu Tabligh, yang keempat, Melayu Arqam, yang kelima Melayu Salafi. Kenapa perkara ini boleh terjadi di dalam agama kita. Masalahnya disini ialah antara kumpulan ini mereka saling menyalahkan orang lain tidak betul.

Diharapkan agar tokoh ulama dan pemimpin politik dapat bertemu untuk berbincang tentang masalah yang sedang dihadapi oleh umat Islam masa kini. Aapalah salahnya atas nama Islam ketepikan dahulu fahaman politik yang berbeza untuk kebaikan umat Islam. Amat menghairankan satu bangsa satu agama akan tetapi mereka tidak boleh bersatu atas nama Islam. Sedangkan orang kafir yang bergama Kristian akan tetapi daripada pelbagai bangsa dan keturunan boleh bersatu atas nama agama mereka.

Seruan kepada ulama-ulama, sampaikan dan bercakap benarlah dengan perkara yang hak. Tidak perlulah mengampu kepada sesiapa pun kerana semua ini tidak bermakna. Mungkin di dunia kita akan mendapat habuan akan tetapi ingatlah kita semua akan mati dan akan ditanya oleh Allah SWT akan peranan kita di dalam memecahbelahkan umat Islam.

Akhir kalam, diharapkan agar biarlah kita berpolitik kerana dakwah dan bukan berdakwah kerana politik. Jagalah imej kita sebagai umat yang terbaik dan jangan cemarkan dengan perkara-perkara yang tidak diajarkan oleh Islam. Inilah sebenarnya bida'ah yang manusia menyelubungi manusia termasuk para ulama dan pemerintah.

Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah

Saturday, May 7, 2011

Korek dan isi


Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

Debu-debu dosa by Hijjaz

Koreksi diri. Nilai peribadi. Moga peroleh rahmat dan maghfirah dari Ilahi. InsyaAllah!:)

Wednesday, May 4, 2011

Antara dua



Adammmmm...jangan pakai tu, tanggal cepat!!1Tiba-tiba kedengaran suara si kakak menjerit. Huhu. Balik dari "kerja" terus meletakkan sock hand di atas katil untuk dibasuh. Keluar bilik sebentar, apabila masuk semula Mr. Adam sedang berusaha memakai sock hand tersebut. Ui, bertuah Encik Adam. Maklumlah, untuk 3 minggu pertama ini saya ditempatkan di Makmal Mikrobiologi di Jabatan Patologi. Banyak bermain dengan bakteria dan bimbang terbawa-bawa segala microbes balik. Huhu. Balik sahaja rumah perlu segera membersihkan diri demi keselamatan semua terutamanya si kecil. Precaution steps dalam makmal mungkin dapat membantu mengurangkan risiko, insyaAllah. Lahaulawala quwwata illa billah..

Sudah 2 hari mengendalikan mesin BACTEC 2940. Banyak sample darah sampai di makmal, sampai kadang-kadang kaki jadi sakit sebab berdiri lama. Dari kick in data, streaking the bacteria, incubation, sensitivity test, staining and viewing under microscope sampai ke test yang lain. Semuanya memberi kepuasan bila kita faham dan tahu mengapa sesuatu itu sepatutnya seperti itu dan seperti ini. Alhamdulillah. Jika di makmal universiti tidak banyak yang dapat dilakukan dan dipraktikkan, tambah-tambah sesi makmal dahulu tidak banyak perkara yang kami lakukan. Di sini, alhamdulillah, pelbagai teknik dan ilmu baru dapat belajar. Bertambah seronok bila bekerja dalam makmal. Banyak bermain dengan bakteria jadi kena berhati-hati. Mak dah pesan awal-awal.

Selesai blood section untuk 2 hari, esok saya akan beralih ke pus section dan seterusnya ke urine/stool, and the last one sputum section pula. Dan kemudian akan ditempatkan di makmal lain pula. Ada seorang rakan di dalam lab sungguh happening. Saya pula agak pendiam, layankan sahaja sambil khusuk membuat kerja-kerja lab. Ice belum break lagi agaknya. Hehe. Kawan-kawan dari KLMU, UKM dan UNISEL juga turut sama berpraktikal. Mereka semua sangat peramah. Alhamdulillah, dapat ketua seksyen yang tak jemu memberi tunjuk ajar. Yang penting jangan takut buat silap. Sekali buat silap kita akan lebih peka dan berhati-hati.

Subhanallah, semuanya berkaitan dengan kehidupan kita. Jika kita yakin adanya pertemuan dengan Tuhan Yang Esa, sudah pasti sense of taqwa selalu tersemat di hati. Sentiasa berhati-hati memelihara diri dari dosa-dosa tanpa mengira sama ada ianya dosa kecil atau besar. Segala perkara yang berlaku dalam kehidupan Allah jadikan untuk kita berfikir dan bertindak mengikut kewarasan akal dan meletakkan iman di tempat teratas. Allahu Allah. Mohon pimpinan dari-Nya selalu.


Terima kasih kepada Allah kerana mencampakkan rasa seronok dalam bekerja, walau tanpa habuan berbentuk material saya dapat ilmu dan keikhlasan yang membawa keseronokan itu, insyaAllah. Keep on asking, dengan bertanya akan mencetus tahu dan faham. Mudah-mudahan.


Selamat berpraktikal sahabat-sahabat. Ingat dunia sekarang diancam bahaya, agama kita memerlukan pejuang-pejuang untuk ditegakkan, umat Islam yang lain menagih simpati dan doa. Dalam sibuk dengan urusan dunia, nun jauh di sana ada insan yang mendamba pertolongan, ada air mata yang bergenang, ada tangan yang menghulur, ada hati penuh dendam, ada jiwa penuh harapan. Oh Allah, guide them, guide us, guide all Muslimin wa Muslimat, Mukminin wa Mukminat to the right path, Your Path and His Messenger. Allahumma Ameen.