Friday, June 4, 2010

Dengarlah sayang...

Alhamdulillah 'ala kulli hal wa fi kulli ni'mah...

Terpanggil berkongsi mengenai pesanan seorang hamba Allah kepada mereka yang bergelar wanita, beliau juga seorang insan yang amat saya kagumi. Saya kira banyak ilmunya. Alhamdulillah. Nikmat terindah dari Sang Khaliq. Seorang yang dahulunya bersekolah Kristian, namun di atas usaha sendiri dan hidayah dari Allah, kini dia adalah seorang yang cukup berilmu. InsyaAllah. Pesanannya sangat bermakna buat diri ini yang bernama wanita. InsyaAllah. Semoga mendapat manfaat dan seterusnya dikongsikan dengan sahabiah-sahabaiah yang lain. Mungkin dengan cara ini dapat membina legacy kita di dunia, biar kelak dapat membantu kita di mahkamah Allah s.w.t. Mudah-mudahan. Selamat membaca dengan penuh penghayatan.

Wahai Wanita Solehah, Ini Pesanku


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه




Kelihatan ramai yang bergembira apabila diri bakal bergelar isteri. Kerana mereka mensyukuri nikmat ALLAH Subhanahu Wa Taalla atas kurniaan insan yang bergelar suami. Daripada status sendiri kini jiwa telah dimiliki. Mereka berasa bertuahnya diri berbanding sahabiah lain yang masih mencari.




Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah Sallallahualaihi-Wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah wanita yang solehah.”




Dalam sebuah hadis daripada Rasulullah shallallahual aihi wasallam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)




Seorang Isteri yang solehah itu akan mengutamakan tanggungjawabnya sebagai isteri. Segala tindak tanduknya pasti disandarkan kepada keredhaan Allah. Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:




1. Mentaati suami yang soleh

Rumahtangga bahagia bukan ditunjangi oleh suami soleh, tetapi ia dipacu juga oleh isteri yang solehah. Perintah Allah dan Rasul akan menjadi autoriti disamping mencurahkan kesetiaan kepada suami yang soleh.




“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…”

[Surah An-Nisa’:34]




Isteri cerdik lagi solehah, di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, dia sentiasa menampakkan wajah manis dihadapan suami. Rahsia rumah tangga samada di dalam atau di luar rumah pasti dijaga rapi bagi menjaga aib suami.




Segala perintah suami pasti dituruti, asal sahaja baik arahannya. Segalanya dikerjakan dengan patuh kerana redha ALLAH Subhanahu Wa Taala. Bertambah kasih suami kepada si isteri, apabila isteri yang dinikahi baik budi.





Mulianya isteri diangkat juga dengan kelembutan bicaranya terhadap suami. Isteri tidak sesekali memberi perintah kepada suami, melainkan diucapkannya dengan nada mengharap suatu pertolongan sebagai simbol penghormatan. Manakala kepada suami, hak yang dimiliki bukan bererti memperhambakan isteri dalam urusan rumahtangga, tetapi ia dikongsi bersama.




Wanita yang bergelar isteri tidak pernah jatuh martabatnya dengan taat kepada suami. Ketaatan isteri solehah terhadap perintah suaminya hanya terletak kepada perkara yang tidak melanggar syarak. Isteri dibenarkan membantah arahan suami yang jelas melanggar syarak dan mendatangkan dosa.

[baca seterusnya]




No comments: