Monday, June 21, 2010

Apa kabar imanmu?


Lafaz syukur yang tidak pernah henti yang dimanifestikan melalui ibadah-ibadah seharian. Syukur sentiasa diberi peluang oleh Ilahi Rabbi, namun hamba jua yang sering kali alpa dan leka dengan arus duniawi, seringkali melakukan dosa, seringkali itu juga taubat dan kembali melakukan dosa. Oh Allah, sungguh sayangnya Engkau pada kami. Malunya diri ini Ya Allah.Agak-agaknya apa kabar imanmu wahai sahabat-sahabat di kala cuti panjang ini?

Rindu pada usrah dan majlis-majlis ilmu yang dianggap seperti taman-taman syurga yang dinaungi para malaikat. Ya, malaikat yang berterusan mendoakan selagi kita berada di dalam majlis ilmu tersebut. Sungguh, saya merindui usrah bersama sahabat-sahabat, naqibah dan anak-anak usrah. Hanya mesej-mesej peringatan yang mampu saya berikan pada mereka semua. Semoga kita sentiasa saling mendoakan antara satu sama lain.Saya mendoakan kalian terus thabat di jalan yang kalian pilih. Akhir zaman ini semakin jelas perpecahan umat, hatta yang punya fikrah juga bertelagah sesama sendiri apatah lagi yang tidak punya fikrah?

Kewafatan Rasulullah s.a.w dilihat sebagai suatu musibah buat umat Islam, apa yang dirisaukan Baginda telah pun terjadi. Hati-hati yang mati dan lalai dalam mengingati-Nya. Dekatkah kita dengan kalam suci Allah?Berapa banyak masa diluangkan dengannya? Mentaddaburnya pula? Tanyakan seberapa banyak soalan. Moga hati-hati yang lalai terus tersedar daripada lamunan. Mengapa dikejar dunia sementara. Dunia hanya sebagai persinggahan, kutiplah bekalan sebanyaknya buat bekalan di negeri abadi. Ya, sudah ramai yang tahu hakikat ini, namun berapa ramai yang sedar?

Biarpun kerap kali bertahajjud, namun jika jauh dengan Al-Quran tiada gunanya. Jika dekat pula dengan Al-Quran dan tahajjudnya dijaga, namun sikap yang buruk apa gunanya? Allah...Realiti sebuah kehidupan yang dicipta Allah dengan bermacam-macam ujian. Andai lepas alhamdulillah..Andai jiwa dekat dengan Al-Quran insyaAllah tenang biarpun pelbagai kekusutan hidup melanda. Diuji sedikit sudah melenting, bisakah menghadapi sesuatu yang lebih besar?

Kadang-kadang kita mudah menempah dosa dan pahala. Mungkinkah di akhirat nanti kita terkejut dengan dosa dan pahala yang tidak dijangka-jangka. Bertimbun-timbun. Andai yang bertimbun itu pahala Alhamdulillah, bagaimana jika dosa? Nauzubillah...Hisablah diri kita sebanyak-banyaknya. Sentiasa perbaharui niat dan bertaubat walaupun merasa diri "bersih".Bersihkah?

Berpeluh-peluhlah melakukan kebajikan biar kelak kita bahagia di sana. Mudah-mudahan. Usah bertelagah sesama Islam jika kita sama-sama melakukan kerja memanusiakan manusia.Dalam erti kata membawa manusia ke jalan Allah s.w.t.Buat abah dan emak moga kalian menjadi ayah dan ibu yang solah dan solehah buat anak-anakmu seramai 11 orang. Kami senantiasa mendoakan kalian. Semoga dipanjangkan umur dengan amal kebajikan dan amal ibadat. Buat adik-beradik perbaiki amalan, jaga iman. Buat diri istiqamahlah walaupun kadang-kadang payah kerana syaitan itu tidak kenal erti penat, Kerana janjinya pada Allah itu adalah untuk menyesatkan kita.

Doa mohon jauh daripada fitnah neraka Jahanam, fitnah alam kubur, fitnah Al-Masih Ad-Dajjal, Fitnah kehidupan dan kematian jua moga jauh dari dosa-dosa dan hutang. Irhamna Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..

No comments: