Yahudi lebih mengamalkan sunnah dari umat Islam sendiri. Iktibar buat kita. Dah banyak kali baca sebelum ini, tapi baru terdetik nak berkongsi di blog. Ada juga saya baca perkongsian wartawan TV 3, Saudara Razali Awang yang berkesempatan ke Gaza. Apa pun Yahudi suka mengada-adakan cerita. Saya teringat kisah seorang pendeta Yahudi pada zaman Rasulullah yang akhirnya memeluk Islam apabila hajatnya untuk melihat tanda-tanda bahawa Nabi Muhammad atas Nabi terakhir utusan ALlah kepada seluruh umat Islam tercapai. Pendeta tersebut memberitahu bahawa Yahudi adalah bangsa yang suka mengada-adakan cerita.
Jom baca perkongsian di bawah oleh Dr. Stephen Carr Leon. Sama-sama ambil iktibar. Demi Islam dan ummat Islam.
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.
Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir 8 tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum - kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.
2 comments:
salam
siti tak sabar nak tunggu next post pasal thesis dr stephen carr leon...
=) siti upload cepat yea...
Wslam. Damia syg cuba klik "baca seterusnya" kat bhagian bawah entri ct yg nie;)
Post a Comment