Tuesday, February 7, 2012

Antara dirayah dan riwayah

Berpesan Ustaz Raja Mukhlis tentang Kepentingan Sanad dalam Sistem Pembelajaran Islami dan Periwayatan Warisan Islam (Turath Islami) :

"TRADISI Ilmu Islam sangat mementingkan sanad selain daripada kefahaman terhadap isi kandungan kitab kerana ilmu Islam bukan sahaja diwarisi secara dirayah (kefahaman) tetapi juga diwarisi secara riwayah iaitu secara bersanad bagi memastikan kitab-kitab yang diriwayatkan tersebut jelas nisbahnya KEPADA PENULIS ASALnya. seseorang penuntut ilmu agama perlulah mencari guru yang benar-benar mempunyai keahlian dalam ilmu agama, yang mana mereka mewarisi ilmu-ilmu Islam dan hadith-hadith Nabawi secara bersanad dan pernah melalui proses bertalaqqi sebelum itu.

Manhaj ini jika tidak dipelihara akan melahirkan generasi pewaris ilmu agama yang cacat kefahamannya tentang agama itu sendiri, akhirnya mewujudkan KESESATAN dalam masyarakat Islam itu sendiri.Benarlah kata sebahagian salafus-soleh bahawasanya, ilmu agama itu akan lenyap sekiranya budaya meriwayatkan ilmu secara bersanad dan bertalaqqi mula pupus. Fenomena yang BURUK akan wujud disebabkan generasi penutut ilmu tidak mengambil ilmu daripada sumber asalnya secara manhaj islami.

Mana mungkin urusan agama diserahkan kepada golongan yang mengambil ilmu agama daripada buku-buku semata-mata, bahkan ada yang sekadar mengambilnya daripada buku-buku versi terjemahan semata-mata. Ini suatu kepincangan dalam tradisi ilmuan Islam itu sendiri.

Seruan ke arah kembali kepada sistem talaqqi secara bersanad amat diperlukan kerana itulah budaya pembelajaran para salafus-soleh terdahulu. Institusi-institusi yang meneruskan tradisi ini harus dibela dalam rangka menyaingi suatu sistem pembelajaran versi sekular yang tidak lagi mementingkan sanad ilmu, tetapi sekadar mementingkan sijil semata-mata"


Yang kurang rajin atau tidak berkesempatan atau banyak alasan atau sebagainya, cubalah lapangkan masa. Kelapangan masa milik Allah s.w.t. Jika tidak sekarang bila lagi?Bandingkan masa anda untuk majlis-majlis ilmu dengan yang lain? Tidak rugi bukan, malah malaikat turut sama mendokan. InsyaALlah;)



No comments: