Saya suka membaca status-status yang dikongsikan oleh Ustaz Zaharuddin di Facebook. Sungguh tulus dan ikhlas. Hakikat saya tidak tahu keikhlasan seseorang tetapi statusnya cukup membuatkan saya berfikiran sebegitu. Semoga Allah merahmatimu Ustaz.
Medium Facebook sangat berguna untuk perkongsian ilmu-ilmu agama, nasihat, informasi terkini dan sebagainya. Ruang kebaikan itu banyak dan ruang keburukan itu juga banyak. Syaitan akan mencucuk anak Adam sehingga berjaya. Kita lah yang mengikut ajakan syaitan dan bukan syaitan yang salah. Sejauh mana kita berada di bawah pengaruhnya kerana itu sememangnya tugas syaitan dan kaum kerabatnya untuk menyesatkan anak Adam. Maka usah terlalu menyembang kosong. Selain bertanya khabar dan sebagainya manfaatkan ruangan ini untuk amar makruf dan nahi mungkar, insyaALlah. Malaikat sentiasa mencatit amalan kita seharian.
Dua hari lepas merupakan hari kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w walaupun ada ulama sufi yang berpendapat Nabi Muhammad s.a.w lahir pada 9 Rabiulawal. Apa pun bulan ini bulan di mana manusia agung dilahirkan dan membawa cahaya ke seluruh alam. Pastinya kita umat akhir zaman adalah umat yang begitu mendambakan anugerah syafaat dari Baginda di akhirat kelak.
Jika benar kita cinta akan Nabi Muhammad sudah pasti kita laksanakan sunnah-sunnahnya. Jika masih liat manifestasi cinta kita masih lagi samar. Mahabbah yang kita laung-laungkan masih palsu barangkali. Sesuai dengan status Ustaz Zaharuddin di laman Facebook beliau. Sungguh benar. Teringin kongsi di sini. Sama-sama hayati. Buat kita insan yang masih lemah yang cuba mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari segala apa yang ada di Bumi ini.
"Ramai yg berulang2 berkata "Jika Rasulullah bersama kita" seolah-olah semua akan menjadi mukmin/mukminah yang hebat jika Rasulullah masih ada. Namun sedarlah, ramai manusia termasuk orang Islam yang hidup sezaman dengan Baginda, yang rapat dan kerap belajar darin Baginda dipanggil SAHABAT dan mukmin tulen, manakala masih ramai yang hanya digelar muslim biasa dan sebahagiannya dipanggil A'rab atau orang Badwi, ramai pula yang munafik dan penentang Baginda, pembencinya. Justeru, kalau Baginda bersama kita; ilmu, iman dan minda kit ahari ini melayakkan kita masuk dalam kategori mana? Perhatikan majoriti hidup kit anescaya kita akan temui jawapannya. Kalau risalah Baginda pada keutamaan terbawah pada kehidupan, itulah watak munafik, penentang dan pembenci Nabi 1400 tahun dahulu"
Sampaikan walaupun satu ayat.
No comments:
Post a Comment