Sunday, February 5, 2012

Waiting for the call


Ini lebih kurang macam lagu Irfan Makki. Memang pun. Bukan saya seorang sahaja yang berangan-angan mahu menjadi tetamu Allah di Masjidil Haram. Semua orang sudah pasti! Bezanya ada yang bercita-cita ingin ke sana pada usia muda dan ada pula sebaliknya. Solat di hadapan Kaabah, merasai apa yang mereka rasa, perasaan gembira, sayu dan bermacam-macam perasaan yang dikongsikan oleh tetamu-tetamu Allah yang berpeluang ke sana. Ya, Makkah Al-Mukarramah.

Abah, kalau abah baca entri ct yang terbaru ini ketahuilah abah ct nak sangat pergi. Abah ada cakap nak bawa wan sekali. Bila abah??Huhu. Perkara yang sama yang selalu orang cakap ialah sekali pergi pasti mahu pergi lagi. Terasa rindu dan seperti Kaabah melambai-lambai. Dan sebelum mengerjakan haji kita digalakkan untuk berkenal-kenalan dulu dengan ibadah yang satu ini dengan mengerjakan umrah terlebih dahulu.

InsyaAllah perbanyakkan doa agar kita dijemput Allah ke sana suatu hari nanti. Lahawlawala quwwata illabillah.



Jauh beza kan suasana dahulu dengan sekarang. Kemudahan sudah banyak. Boleh memuatkan beribu-ribu jemaah haji pada satu-satu masa. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Tidak kurang juga ada yang mati dek kena pijak. Tambah-tambah bila tawaf, orang-orang Arab badannya kalian pun tahu kan;) Meninggal di Tanah Suci Mekah dalam keadaan niat yang bersih menghadap Ilahi pastinya suatu yang manis, moga syurga buat mereka yang menghembuskan nafas terakhir di sana.



Mana tak cemburunya, cuba tengok Mike Tyson pun dah pergi. Huhu. Alhamdulillah hidayah milik ALlah, cepat atau lambat sahaja. Orang yang baru masuk Islam lagi hebat imannya dari orang yang sudah memang Islam turun temurun. Termasuk tuan punya badan yang menulis. Oh Ya Allah I am trying my best to be the best servant and caliph with Your Guidance. InsyaALlah.



Yang ini lagi la cemburu abang dah berkesempatan ke sana. Apa pun saya selalu berangan Allah memberi saya mimpi neraka. Kelakar? Ini realiti. Semoga dengan hadiah mimpi neraka saya akan punya azam yang lebih kuat untuk berusaha memperbaiki diri dan amal. Dan tidak lupa usaha memperbaiki keadaan sekeliling dengan kudrat yang ada. Doakan saya ye sahabat2. Saya teringat pesan ustaz Zaharuddin.

Ustaz cakap kalau hari ini kita berjaya dan dapat apa-apa sahaja dalam hidup kita jangan lupa barangkali itu adalah disebabkan doa sahabat-sahabat, ibu bapa, guru-guru dan orang-orang yang kita pernah tolong. MasyaAllah itu sangat benar. Terima kasih buat sahabat-sahabat, mak abah dan sesiapa sahaja yang mendoakan saya. Hanya Allah yang hanya mampu membalasnya.

Abu Faiz cakap doa orang yang betul-betul ikhlas mendoakan kita di kala tanpa pengetahuan kita insyaAllah makbul!:)

Jom doa banyak-banyak Allah bagi kita peluang menjejakkan kaki di Tanah Haram. Ongkosnya pun kena ada!^_^ InsyaALlah. Hayati kulluha lillah!

No comments: