Saturday, April 9, 2011

It's just for a while

Salamun'alaik.

Indah bukan jika menerima ucapan salam itu dari malaikat penjaga syurga. Subhanallah. Sudah tentu menjadi idaman semua, namun berapa ramai di antara kita yang yakin dengan kewujudannya dan beramal ke arahnya?

Ayat ke 2 dan 3 dari Surah As-Saff sudah cukup membuatkan diri gentar dengan amarannya. Mudah-mudahan ia menjadi stimulator untuk terus melaksanakan segala apa yang telah diperkatakan. Oh Allah, give me the strength.

Masa kian berlalu dengan pantas. Pejam celik pejam celik sudah berada di akhir semester dua tahun ketiga dan kini hanya menunggu untuk dua kertas yang berbaki yang bakal diduduki pada 12 dan 15 haribulan ini. Terasa takut juga untuk menempuh hari-hari mendatang. Doa tidak pernah berhenti agar Allah kuatkan iman di akhir zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran yang datang dari segenap penjuru kehidupan.

Barangkali sesuatu yang baik itu tidak semestinya baik untuk kita. Hakikatnya hanya Allah yang tahu. What's the best for us and what is not. Yang penting jangan berhenti berusaha dan bertawakal yang diiringi doa. Sesungguhnya Allah rindu mendengar rintihan hamba.

Nilai diri dan koreksi peribadi.

Ungkapan itu luas maknanya. Melihat dunia yang kian bermacam-macam. Hamburan fitnah kian berleluasa, manusia yang rakus membuat kerosakan di sana sini, sifat tamak dan haloba, mengejar dunia akhirat berciciran, pembunuhan, maksiat dan sebagainya. Allahu Allah. Acap kali diri duduk termenung sendirian sambil memikirkan semua perkara ini. Apakah yang sudah berlaku dengan ummat ini?

Hakikatnya Allah yang mahukannya begitu. Namun apakah usaha kita? Mahukah kita ditapis Allah sebagai orang yang berjuang di jalan-Nya atau sebaliknya. Sebesar manan pun peranan, jika mampu laksanakan lillahita'ala. Pasti kita tidak mahu di akhirat nanti semua saling mempersalahkan. Pasti kita tidak mahu melihat tubuh ahli keluarga dan ahabat kita dijilat api neraka, ataupun tubuh kita sendiri. Mohon doa pada Allah Rabbul 'Alamin.

Maafkan hamba andai terlanjur tutur kata, maafkan hamba andai leka dan alpa dengan dunia. Sungguh kehidupan dunia ini hanya permainan dan penuh dengan tipu daya. Sudah jelas dalam Al-Quran. Kembali pada Al-Quran, kembali pada Islam. Itu jalan penyelesaian untuk masalah ummat.

Siapa yang mahu mengembalikannya? Sudah tentu kita yang merupakan rantai-rantai perjuangan para Nabi. Bukan hanya tugas para alim ulama'. Jika kita punya ilmu yang sedikit kurniaan Allah ini, sebarkanlah. Semoga ada hati dan jiwa yang mendengar, merenung dan berubah. InsyaAllah.

Sematkan ikhlas di hati, moga peroleh kasih Ilahi.


Salam imtihan fid dunya wal ahiroh.

3 comments:

Shidiq-Aimi said...

entry yg baik ukhti.. moga Perjalanan dan perjungan hidup anda sentiasa di bimbing ALLAH... moga istiqamah.. Ameen....

Shidiq-Aimi said...

teruskan menulis.. moga usaha ukhti Walaupun pun seperti setitik zarah air didalam gelas yg jernih.. akan di pandang Allah InsyaAllah

Fatimah bintun Qamar said...

Allahu Allah, segala yg ditulis bertujuan utk diri sendiri dan juga utk shabat2 yg dtg menjenguk, teruskan menegur salah dan silap, hakikat sy hany ahamba lemah, bnyak dosa, dan sgt dhaif.Syukran!