Saturday, April 30, 2011

Sebai Di Mai?

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Subhanallah, banyak sungguh yang ingin saya ceritakan buat sahabat-sahabat pembaca laman ini sekalian. Alhamdulillah dalam jam lebih kurang 5.30 pagi, 30 April 2011, saya dan 6 orang lagi sahabat selamat pulang ke tanah air tercinta, tanah air yang punya nikmat keamanan kurniaan Ilahi. Seramai 4 orang sahabat saya masih di sana dan pulang pada 1 Mei atas urusan yang belum lagi selesai memandangkan kami punya urusan yang lebih utama. Allahu Allah, nikmat itu suatu ujian.

Kami seramai 11 orang bermusafir selama 5 hari 4 malam di Yala, Thailand. Menempuh lebih 20 sekatan jalan raya dan ada juga yang tidak kelihatan tenteranya. Bak kata Afif, mereka duduk jauh dari road block tersebut atas sebab-sebab tertentu.Perjalanan selama 2 jam dari sempadan Malaysia-Thailand membawa kami ke daerah Yala yang kaya dengan hasil bumi. Oh ye, sepanjang perjalanan, kiri dan kanan semuanya menghijau, sejuk mata memandang. Dan akhirnya kami sampai juga ke destinasi, Santitham School.

Alhamdulillah, dapat bersua muka sekali lagi bersama Kak Ni dan En.Ismael, antara orang kuat Yayasan Pembangunan Insan Yala. Sambutan dari adik-adik dengan senyuman melegakan dan menggembirakan. Kecek Kelate la kawe sepanjang di sana dan tidak lupa juga mempelajari serba sedikit bahasa Thai secara tidak langsung. Alhamdulillah.

Tujuan kami ke sana adalah atas dasar membantu anak-anak mangsa di sana dalam menjadikan pembelajaran Bahasa Inggeris itu sesuatu yang menyeronokkan dan mudah. Ada di antara sahabat-sahabat yang sudah menjejakkan kaki di bumi yang kaya dengan hasil tanaman ini dan mereka masih mengikuti misi pada kali ini.


Tidak lupa juga saya menekankan kepada mereka mengenai kepentingan bahasa-bahasa lain. Fokus lebih kepada basic English and communication. Ada juga aktiviti-aktiviti lain bersama Yayasan Pembangunan Insan Yala yang dipimpin oleh En.Ismael selaku Presiden badan yang banyak membantu masyarakat di sana. Fokus mereka lebih kepada pendidikan, zakat dan juga hak-hak kemanusiaan. Moga Allah membalas jasa dan sumbangan kalian buat umat ini. Tidak mampu untuk saya ceritakan kesemuanya di sini. Memori itu akan sentiasa tersemat di hati dan fikiran buat pedoman diri dan sahabat-sahabat jika saya mampu untuk berkongsi bersama kalian pada masa akan datang.

Bertemu dan sedikit diskusi bersama Gabenor Yala, peguam yang menyelesaikan isu dan krisis di Selatan Thailand,masuk ke kampung red zone dan bersama anak-anak di sana, perkongsian bersama ibu-ibu tunggal yakni mangsa krisis di Selatan Thailand dan juga bersama adik-adik yang terdiri daripada anak-anak yatim. Ada juga yang masih mempunyai ibu ayah.Sungguh, ini semua suatu peluang yang membuka mata i hatsaya dan sahabat-sahabat yang turut serta.InsyaAllah.

Di sana, saya berpeluang mengenali masyarakat yang sungguh peramah dan baik hati! Tahukah kalian bahawa anak-anak di sana sangat lembut hatinya mudah menerima kebaikan lantas terus bertindak dan berubah. Ingin sekali diceritakan satu persatu kenangan ini namun apakan daya saya sebagai hamba-Nya yang sungguh lemah. Moga Allah pimpin hati kami untuk sama-sama mengislah diri dan juga orang sekeliling.

Memandangkan tidak punya kerajinan yang tinggi, maka apa yang dapat disimpulkan adalah anak-anak dan keluarga-keluarga mangsa memerlukan sokongan dan motivasi, anak-anak di sana perlu didedahkan mengenai apakah sebenarnya keadaan yang berlaku di negara mereka agar mereka dapat bertindak dan berubah demi agama dan umat Islam di sana dan bukan sekadar bersuka-suka. Perlu berhati-hati dengan orang bukan Islam walaupun luarannya nampak mesra. Berbaik sangka itu sudah tentu, namun terdapat orang bukan Islam yang mahu menjatuhkan Islam, masakan mereka senang melihat Islam itu maju, pendek kata itu yang berlaku di sana. Bukan sahaja di sana, malah di Malaysia juga!Perlunya kita yang berada di Malaysia yang sangat berdekatan dengan Thailand faham dan cakna dengan isu dan krisis di Selatan Thailand yang boleh dikatan sebagai “Palestin Asia Tenggara”. Jika Palestin yang juah itu kita sudah abaikan bagaimana pula dengan yang stau ini?

Perkongsian bersama ibu-ibu tunggal dan Saudara Shukree yang pernah diseksa oleh tentera Thailand sangat menyedihkan dan membuat diri banyak berfikir.Allah, ujian mereka boleh dikatakan sama seperti apa yang berlaku di Palestin. Alhamdulillah, apa yang dihadapi Saudara Shukree tidak seteruk rakan-rakannya yang lain. Apakah mengajar agama di sekolah pondok itu dikatakan pengganas?Ya, itulah mentaliti orang akhir zaman ini. Memegang Islam di akhir zaman ini ibarat memegang bara api. Fikirkan sejenak.

Ada tugasan untuk kalian yang membaca. Cuba kalian selidiki dan perhalusi isu dan krisis di Selatan Thailand. Sebagai contoh peristiwa Tak Bai dan kesinambungannya hingga ke hari ini.Anak-anak di sana punya pendidikan Islam yang sangat baik. Alhamdulillah. Situasi ini sangat berbeza di Malaysia. Jelas kelihatan perkara ini melalui perkongsian dengan adik-adik kumpulan saya dan juga hasil pemerhatian anak-anak di kampung Lemuh (red zone). Kampung yang sempat saya dan sahabat-sahabat jejaki.

Kredit buat Adnan, Ruqoiyyah, dan Maryam yang sempat saya korek cerita dari mereka. Mereka bertiga adalah pelajar di Universiti Islam Yala yang juga di bawah sokongan OIC seperti UIAM tempat saya menuntut ilmu sekarang. Terima kasih juga atas semangat yang diberi kepada adik-adik. Moga terus berbakti.Oh ye, mereka adalah pelajar dalam jurusan Bahasa Inggeris.

Sekarang teringat-ingat pula En. Harong. Kalian yang pergi mesti faham kan mengapa saya teringat-ingat beliau. Tidak lupa adik-adik dari Mountain Group. Semoga Allah pimpin urusan adik-adik ini dan diberi kekuatan agar mereka qdapat membantu keluarga dan masyarakat Islam di sana. Orang di sana ghoyak ore Malay ni hok comey-comey belako. (baca slang Kelantan ya).

Nantikan entri seterusnya InsyaAllah. Moga Allah kuatkan untuk menulis. Selamat maju jaya di dunia dan akhirat.

p/s: Sebai Di Mai means Apa Khabar. Jawab “Sebai Di” yang bermaksud khabar baik. Jika khabarnya tidak baik khabarkan aja “Mai Sebai Di” jika tidak silap.Huhu..


Masjid Asy-Syarif, Gombak

3 comments:

NURILHAM said...

Sebai di...chan rak nong tukkon..hoho tibe2 teringat lak..

Alhamdulillah.. selamat kembali..mudah2an suatu hari nnt akan menjejakn kaki di sana juga..

jgn lupe kongsi gambo deh..

3p4h said...

=) Alhamdulillah cpt sungguh ct buat perkongsian yang ringkas untuk 5 hari. Bagus2.

Siti Fatimah Kamaruddin said...

nur: InsyaAllah ad rezki nnt, kita nak sgt jumpa adik2 AYATA..rindu sgt2..huhu, ko pun kan:))

a.epah: smangat tulis, tkt semangat hilang, cepat2 tulis, huhu alhamdulillah kekuatan dari Allah jua..