"Esprit de Corps" ialah satu kumpulan yang dapat bekerja bersama dan akhirnya menghasilkan sesuatu. Lebih kurang begitu maksudnya. A team that can make work together. Lepas Nur pulang dari UTP, dia mengusulkan untuk membuat pizza, maka saya, adik, abah dan mak pergi shopping bahan-bahan untuk buat pizza. Here we go. Terima kasih kepada adik-adikku yang membantu.
Nabilah tekun menyapu talam-talam dengan buttercup. Memandangkan marjerin tiada, buttercup pun ok. Adik-beradik marjerin juga tue..huhu
Wais tidak sabar menanti pizza untuk siap dimakan, dia merupakan seorang pemerhati yang baik:)
Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk buat pizza..sangat simple, kalian boleh letak apa sahaja yang kalian suka, tapi bahan-bahan yang digunakan nie dah cukup. Alhamdulillah...Yang pertama bawang besar yang dihiris...
Tomato dan lada benggala yang dipotong dadu
Buttercup atau boleh guna marjerin/planta..disapu di atas permukaan doh sebelum bahan-bahan lain diletakkan di atas doh pizza
Ni paling penting, kalau tidak tak" kaw" pizza tu nanti...huhu...mozzarella cheese..
Oregano, ditabur paling akhir sekali selepas cheese
Nenas siap dipotong dadu, beli yang dah siap dalam tin, senang..
Nur potong sosej bentuk nie, ikutlah nak potong bentuk mana, bentuk bulat-bulat pun ok..
Tomato puree, pun beli yang dah siap dalam tin..huhu, tetapi kemudian dimasak atas api, dicampur garam dan gula secukup rasa..
Ayam kisar yang dimasak bersama cili boh dan cendawan butang. Tak jumpa cendawan butang kat supermarket jadi guna cendawan yang saya dah lupa namanya..huhu, dipotong kecil-kecil..Nak guna daging kisar pun boleh..Masak sehingga kering..
Doh ni dah kembang. Tapi sebelum tue diuli bersama yis dan sedikit minyak, kemudiannya dibiar dalam bekas sampai kembang doh tersebut..
Tomato puree disapu atas doh dan kemudian sebatian daging dan cendawan tadi diletak atas tomato puree
Tadaaa...
Berapa round entah buat pizza nie, tenghari tu tak masak nasi pun, semua makan pizza..hehe
Adam makan dengan penuh selera..tapi dia tepikan semua inti-inti di atas pizza kemudian baru dia makan....Alhamdulillah sedap lazat enak dimakan bersama keluarga:)
Terima kasih Cik Nur atas cadangan anda untuk buat pizza. Semua memang seronok dan tertunggu-tunggu pizza masak. Alhamdulillah, lain kali bila kami semua dah balik bolehlah Nabilah buat pizza untuk adik-adik yang lain ye. Mak dan Abah boleh gayang kaki:)
1 comment:
Buttercup jauh lebih baik dr margerin.. sbb dia huh~ kena tgk note toxico balik k, hahaha..
Best dapat buat ramai2 macam tu semua org take part, so semua org rasa air tangan masing, insyaALlah mengeratkn lg ukhuwah sedia ada ^__^
Post a Comment