Wednesday, September 1, 2010

18 Ramadhan 1431H



Atikah menyarung stokin, takut digigit pacat buat kali kedua:)

Alhamdulillah, 18 Ramadhan yang lalu bersamaan dengan hari Sabtu, 27 Ogos 2010 yang lepas, saya berkesempatan ke dusun bersama keluarga angkat. Kami bertujuh semuanya. Menurut ayah angkat, Haji Sani, dusun yang berdekatan dengan Sungai Lembing ini luasnya 4 ekar. Duku, durian, rambutan, manggis, rambutan semestinya, cempedak, rambai, langsat dan pulasan merupakan antara pokok-pokok buah yang terdapat dalam dusun tersebut.

Sempat bermalam, berbuka dan bersahur di rumah keluarga angkat yang terletak di Taman balok Timur. Si kecil Hakim yang berusia 5 bulan turut bersama kami. Keluarga angkat mengingatkan saya pada keluarga sendiri. Jarak umur Mak Cik Ayu dan Haji Sani lebih kurang 11 tahun, lebih kurang sama jarak umur mak dan abah iaitu sebanyak 10 tahun. Tidak jauh beza. Hakim nampak seperti cucu kepada Haji Sani, namun hakikatnya tidak. Samalah tafsiran orang terhadap abah yang mengatakan bahawa abah datuk kepada Adam.huhu.Sejak bila pula anak dia dah kahwin?:)


Lihat Hakim sangat baik.Tidak banyak meragam dan menangis. Hanya menangis apabila perut berbunyi. Moga jadi anak soleh ye Luqmanul Hakim. Boleh dikatakan sepanjang masa saya bermain dengan Hakim. Mengubat rindu pada Adam!Atikah, yang baru berusia 9 tahun merupakan anak ke-6 daripada 7 orang adik beradik. Dia sangat rapat dengan adik kecilnya. Pantang berjumpa dengan adiknya, pasti akan membuatkan Hakim ketawa.


Uda sedang memerhati ayahnya memetik rambutan

Sampai sahaja di dusun, ayah angkat bagi amaran bahawa di situ banyak nyamuk, tapi Alhamdulillah tiada pula. Barangkali mereka dapat membau kehadiran orang baru.Huhu.Bersiap sedia memasang galah, memakai stokin tebal, but dan juga sarung tangan. Hari itu sangat seronok, sebab dapat kutip pulasan satu guni, rambutan 3 guni, cempedak ayah angkat yang kutip.Hehe.Permintaan sahabat-sahabat tidak dapat saya tunaikan gara-gara manggis sudah habis dikutip pada minggu sebelumnya.


Uda atau namanya Qamariah, anak ke-3 dalam keluarga (kita sama la Uda!) sedang berehat. Kepenatan. Mana tidaknya Uda yang paling bersemangat berbanding saya. Memanjat ke atas bukit memetik rambutan dan juga menolong ayahnya mengutip durian. Saya bawah bukit je.Hee...Maklumlah orang semput...



Alhamdulillah, dapat pulasan satu guni, bawa balik suku guni.

Rambutan kuning, wan kat kampung cakap rambutan gading. Apa pun, suka rambutan yang satu ini. Isi gemuk-gemuk:)

2 minggu lemas mak angkat masak cempedak goreng dan bagi bekalan bawa balik. Kali ini dapat cempedak lagi tapi tak bergoreng. Bawa balik 2 biji. Satu biji makan dengan kawan-kawan di T5, satu biji lagi pass dekat T4:)

Yang ini sangat membantu tuan punya badan. Kalau tak pakai sarung tangan kutip buah confirm luka tangan. Dusun Haji Sani "berbukit-bukau", mamakai but sangatlah dituntut ditambah dengan pacat yang banyak dan keadaan tanah yang agak licin. Alhamdulillah 'ala kulli hal.



“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya).”
(An-Nahl:53)

4 comments:

NURILHAM said...

byknyerrrr buah2an..
sodapnyo~~~

Fatimah bintun Qamar said...

sedap!!!!

Petiais said...

sayang betul a.angkat ko kat ko,
bagi pakej tu sarung tangan, boot.

kalau opah aku, tunjuk arah je(dengan adventurenya,kutip durian pakai selipar. sarung tangan? x de maknenye~)

Fatimah bintun Qamar said...

haha lawak la yana ni, tersengih kite baca komen ko:P

ye la bahaya if tak pakai boot tu, sarung tgn tu penting gak...kutip2 buah..adventure tuh pakai selipar, dun try this at home:)ngeheee..