Friday, September 17, 2010

Eidul Fitri 2010


"Mak, maafkan segala salah dan silap ct selama ini, halalkan makan minum, doakan kan ct ye mak"... lalu mak menjawab..."Sentiasa didoakan...Mak dah maafkan in advance"^_^


Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah.

Ucapan kesyukuran hanya diratibkan kepada Rabbul 'Izzah yang berterusan mengurniakan nikmat kepada kami sekeluarga. Susah senang pasti ada. Namun banyak kesenangan daripada kesusahan. Apa pun jua, semua itu adalah nikmat dari Sang Khaliq yang mahu menguji hamba-hamba-Nya. Semoga kita semua dapat melepasi ujian-ujian yang diberi. Eidul Fitri yang lalu disambut dengan penuh kesyukuran. Semua ahli keluarga dapat berkumpul. Syukur atas nikmat-Mu Ya Allah. Mak dan abah masih di sisi bersama kami. Alhamdulillah.


"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa,"

(Al-Furqan: 74)



Sempat menyertai Konvoi Raya PPINS pada hari raya kelima. Tidak lupa membuat sedikit doa selamat bagi setiap keluarga sahabat-sahabat yang kami ziarahi. Bacaan doa diketuai oleh Saudara Razak. Terima kasih buat Saudara Abu yang "menghadiahkan" abah buku ucapan dasar Ijtima' Harakiy yang lalu. Sangat seronok sahabat-sahabat datang rumah dan bersembang dengan abah dan emak mengenai jemaah dan zaman abah dulu dalam ABIM. Semasa Dr. Siddiq Fadzil memegang jawatan Presiden.

Dahulu abah tidaklah aktif namun pernah juga mereka berusrah dan buat jamuan kecil-kecilan sewaktu saya kecil. Patutlah ada kawan-kawan abah datang rumah dulu. Nampak gaya seperti berbincang. Tahun pertama dan kedua perkahwinan, abah aktif dengan jemaah tabligh. Dan abah mengikut jemaah ke Pakistan selama 4o hari. Kasihan mak tinggal berseorangan di rumah. Huhu...Teringat pula zaman kami sekolah rendah selalu sahaja orang berserban dan berjubah putih bertandang ke rumah kami dan ingin berjumpa dengan abah. Semasa itu kami tidak faham apa-apa, sekadar memahami mereka adalah kawan-kawan abah.


Tidak lupa juga saya titipkan doa buat seluruh kaum Muslimin yang kini sedang menderita. Al-Fatihah buat semua kamu Muslimin dan Muslimat seluruh dunia.mAidilfitri mereka mungkin penuh kekurangan berbanding kita. Taqwa yang dibina mereka sedikit sebanyak membantu mereka menghadapi Syawal dalam keadaan yang kurang serba serbi. Subhanallah...mereka sungguh kuat. Diuji sejak mereka dilahirkan. Ya Rabb, kau campakkan kekuatan luar biasa di dalam jiwa mereka agar mereka bisa menempuh setiap dugaan yang mendatang....


Salam Eidul Fitr. Maaf Zahir Batin.

No comments: