Saturday, September 25, 2010

Jika

Jika Nabi Muhammad s.a.w masih hidup

pasti tidak henti dakwahnya

pasti meriah di sana sini dengan majlis-majlis ilmu

pasti ummat ini tidak rosak seperti hari ini

pasti ummat sentiasa mahu berdamping dengannya


Jika hidup rasa bertuhan

pasti kita mahu menjauhkan diri daripada segala perbuatan maksiat

pasti kita sentiasa mahu mempertingkatkan amalan

pasti kita mahu membantu saudara seislam

pasti kita mahu menyahut seruan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran

pasti kita tidak akan melewatkan solat

pasti kita tidak akan mengumpat saudara sendiri

pasti kita lebih mencintai Allah dan Rasul lebih daripada segala-galanya


Jika kita tahu Al-Quran itu penawar

Jika kita tahu Al-Quran itu kalam Agung Ilahi

pasti kita sentiasa membacanya usai solat fardhu

pasti kita selalu mentaddaburinya

pasti kita selalu menjadikannya sebagai panduan hidup

pasti kita sentiasa rindu untuk membacanya

pasti kita sentiasa mahu membawanya

Jika kita tahu amalkanlah

Ilmu tanpa amal tiada guna

Amal tanpa ikhlas akan binasa

Maku ayuh lakukan momentum perubahan

Momentum yang membawa ke arah redhanya Allah pada kita

Momentum yang bakal merubah ummat

Momentum taqwa yang pasti idaman setiap insan yang punya hati dan rasa

No comments: