Tuesday, May 25, 2010

Haluan perjuangan

Bismillahi walhamdulillah...

Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia dan seluruh kaum kerabat Baginda. Mudah-mudahan alunan selawat ini terus mekar menguntum di bibir umat ini, insyaAllah. Sungguh, sosok perjuangan Baginda dan para sahabat tiada tolok bandingnya dan itulah yang memungkinkan ummat untuk meneruskan perjuangan yang satu ini. Hanya kepada Allah kami memohon agar ditetapkan hati.


Alhamdulillah dapat merasai nikmat perjuangan yang sedikit ini. Menurut Yusuf Al-Qardhawi, gerakan Islam di Malaysia masih lagi bersifat manja dan itu bukan persoalan utama untuk saya keutarakan. Persoalannya apakah sumbangan kita untuk ad-deen tercinta?Meraih syurga Allah itu bukan suatu yang mudah, memerlukan usaha dan doa yang bersungguh-sungguh. Harta benda Allah itu sangat tinggi nilainya, kerana ia dianugerahkan dengan al-jadd, kerana usaha kita. Mudah-mudahan rahmat Allah mengiringi jua.

Alhamdulillah, untaian kesyukuran ini hanya diratibkan kepada Rabbul Izzati. Entah ke berapa kalinya Dia berterusan memberi nikmat lantaran sifat Pengasih-Nya buat seluruh umat manusia. Dua minggu lepas hari minggu terisi dengan pengisian program yang terkesan di jiwa, mungkin juga sahabat-sahabat yang hadir merasainya kan?Alhamdulillah, di situ fikrah yang dibawa lebih difahami, di situ hati-hati berkumpul dengan satu visi utama dan bersama. Subhanallah, jazakallahu khairan khatir buat Saudara Noryzal atas pengisian yang begitu bermanfaat untuk dipraktikkan dan tidak lupa pengalamannya yang begitu menarik sebagai seorang yang bergelar dai'e.

Biarpun dunia politik kini disaluti dengan permainan kotor sehingga sukar mengenal baik dan buruk, namun masih ada yang tegar memperjuangkan kebenaran walaupun pahit menahan tomahan dan cercaan. Yang selayaknya menilai dan menghukum hanya Allah s.w.t. Ingat, kita bukan penghukum.

Bak kata Presiden Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD), Tn. Haji Mohd Azam, adalah tidak mustahil untuk Malaysia menghadapi kehancuran di masa akan datang andai tiada hikmah-hikmah kebenaran yang kuat, andai tiada pejuang kebenaran, andai juga tiada doa-doa daripada orang-orang soleh dan doa dari kita yang bersungguh-sungguh.

Mengembalikan kegemilangan khilafah Islamiyyah itu bukan suatu yang mustahil andai ummat ini bersatu menggembleng tenaga manjalankan misi "merawat" umat yang kian parah ini.Gelombang dakwah kedua?Adakah kita bersedia menyahut cabaran ini dalam merubah masyarakat hari ini. Itu terpulang pada diri kita. Biar pun urusan merubah hati manusia ini urusan Yang Maha Esa, namun perjalanan seorang manusia lain mendapat hidayah dengan bantuan manusia lain adalah lebih mulia, insyaAllah.

Benar dunia Arab itu berpecah-pecah, semuanya dek penangan polisi British yang dipanggil Creative Destructionn of Muslim World, namun adakah kita mahu membiarkan unsur-unsur Barat itu berterusan meresap di kalangan masyarakat hari ini, atau yang lebih dekat dalam keluarga kita?Semuanya bermula dengan pembinaan akhlaq Islamiyyah dan yang terakhir sekali pembinaan khilafah Islamiyyah. Subhanallah, besar sungguh haluan perjuangan yang terbeban di bahu seluruh ummat yang mengucap kalimah tauhid.

Biarpun ada sekumpulan yang merasakan diri mereka adalah yang terbaik, biarlah tersemat di jiwa dan sanubari bahawa induknya adalah Allah dan Rasul. Biar kita punya hikmah dalam tutur kata, gerunlah kita dengan segala persoalan yang bakal dijawab di mahkamah Allah nanti.Astargfirullah...

Mendoakan semangat yang ada terus terpasak kemas di dalam hati dan sanubari. Jika diri mengaku pejuang, pastikan gaya hidup kita seperti seorang pejuang, tidurnya yang kurang, yang tidak kisah merasa susah, yang tidak kesah berpanas, yang tidak segan menyatakan yang haq, subhanallah, moga diri tergolong dalam golongan ini. Akhirul kalam, kita tidak terlepas daripada diuji, maka setiap kali diuji ingatlah itu semua tarbiyyah dari Ilahi yang mahukan terbaik buat diri kita. InsyaAllah. Salam satu ummat (Quote daripada ayat senior). Lebih baik daripada Salam satu Malaysia:)

"Wahai orang-orang yang beriman, Jika kamu menolong agama Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"

(Surah Muhammad: 7)



Allahu'alam


1 comment:

Tautan Hati said...

terima kasih atas peringatan.