Bismillahi walhamdulillah..
Syukur setinggi-tinggi syukur, Sabtu (8 Mei 2010) bersamaan dengan 24 Jamadil Awal 1431H, saya diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menghadiri program CASIC : Build Your Legacy, Formula in Al-Fatihah.Peserta didedahkan dengan teknik CASIC dalam Al-Fatihah untuk hidup dengan lebih berkesan. Mungkin ada di antara kita yang sudah sedia maklum mengenai maksud surah Al-Fatihah dan ada yang tidak, namun di dalam program ini diajar teknik yang dipanggil CASIC. Memahami juga di maksud di sebalik Surah Al-Fatihah.Boleh lawati laman web ini.
Sepatutnya saya menyertai program ini pada awal Januari yang lalu ( program pertama di Malaysia), namun atas sebab tertentu, harus saya batalkan. Perancangan Allah itu Maha Cantik. Sangat gembira andai program ini dapat dilaksanakan di UIAM Kuantan nanti. Biar anda semua turut merasa apa yang saya rasa. Sungguh!InsyaAllah.
Speaker : Saudara Fazrul Ismail
Ada sahaja mereka yang menghafal Al-Quran namun masih lagi tidak pass hubungannya dengan manusia, masih ada elemen-elemen negatif yang tidak seharusnya ada pada mereka yang menghafal quran, sejauh mana penghayatan? Apatah lagi saya yang tidak menghafal 30 juzuk ini, juga perlu berwaspada. Sahabat-sahabat Nabi ada sahaja yang tidak menghafal semua surah dalam Al-Quran, namun Masya-Allah hebat sungguh hubungannya dengan manusia apatah lagi Pencipta. Kadang-kadang jika anda sangat memahami Al-Fatihah itu sendiri sudah memadai, juga usaha untuk lain-lain surah di dalam Kitab Allah.Eloklah kalian merasainya kerana agak sukar untuk ditulis semuanya di sini.
Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, PIES, [P= Physical I=Intellectual E=Emotional S=Spiritual], itulah nikmat yang bakal ditanya di mahkamah Allah kelak, bersediakah kita untuk itu?Bagaimana dengan Physical kita dapat connect dengan manusia?Pencipta? Dan seterusnya. Dengan adanya connection, kita dapat membina legacy di atas muka Bumi ini. Cuba kalian fikirkan apakah legacy atau warisan yang bakal kalian tinggalkan apabila kalian sudah berada di Alam Barzakh nanti?Sebagai contoh, orang yang suka menderma akan membina sistem derma agar proses ini akan berterusan sehinggalah dia sudah tiada nanti. Tidakkah dia mendapat currency pahala di akhirat nanti?Mari membina syurga dengan pahala.InsyaAllah.
Erti kata membuka potensi-potensi, kita buka potensi kita untuk mendengar, melihat dan merasai. Boleh ambil contoh lagu Maher Zain, Open Your Eyes. Alam raya ini sudah jelas menunjukkan kebesaran Allah s.w.t bagi mereka yang mahu berfikir.Bukankah ini semua merupakan tanda-tanda daripada-Nya untuk meningkatkan ketaqwaan kita.
Memahami di sebalik maksud ayat-ayat di dalam Surah Al-Fatihah. Masya-Allah benar-benar memberi kesan pada diri, insyaAllah. Baik dalam solat mahupun di luar solat. InsyaAllah. Betapa pentingnya untuk kita bermanja dan beremosi dengan Allah sewaktu solat dalam erti kata kita menghayati makna-makna ayat yang dibaca sambil di dalam hati berdoa pada-Nya.Mahu program yang akan datang ini disertai oleh ahli keluarga yang lain. Hasrat yang satu ini sudah pun disampaikan kepada Abah.
Lihatlah skala 10 sebagai skala yang tertinggi.Dia sentiasa connect dengan manusia dengan kala 10. Kita tidak mampu capai tahap itu, sekadar 1 atau 2 mungkin. Andai kita punya hubungan baik dengan manusia lebih-lebih lagi sebagai seorang dai'e insyaAllah cerah masa hadapan dakwah kita. Mudah-mudahan. Kadang-kadang ada di antara kita yang marah dan geram apabila ditanya unadulterated questions (soalan kebudak-budakan), namun Allah itu tidak pernah mahu marah atau geram dengan hamba apabila doa yang diminta itu kadang-kadang begitu banyak dan bermacam-macam ragam dan gaya kita berdoa. Allah, bukankah itu menunjukkan rahmat dan kasih sayangNya.
Begitu banyak yang ingin dikongsi namun masih tidak kuat untuk menulis dengan panjang lebar. Jemput kalian untuk menyertainya ya untuk program yang akan datang. Anak adam itu apabila meninggalkan dunia hanya tida sahaja yang dibawa, Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh. Allahuakbar!Semoga perginya kita nanti meninggalkan sesuatu buat ummat dan orang sekeliling, paling kurang kita punya sumbangan pada Islam terutamanya.
Maaf atas perkongsian yang tidak seberapa. Lebih molek untuk saya sampaikan melalui lisan. Biar yang sedikit ini mampu membuat kalian terliur untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai program ini:)
Jazakumullahu khairan kathir buat Encik Fazrul Ismail, Kak Izan dan Ustaz Firdaus, tidak lupa juga buat adik saya yang turut sama menyertai program ini. Juga tidak lupa kepada peserta-peserta program, seramai 20 orang kesemuanya, sempat juga berkenalan dengan kalian melalui modul-modul yang menarik. Untuk pengetahuan kalian, peserta paling muda berumur 11 tahun, dan program ini menerima penyertaan daripada pelbagai latar belakang kerjaya dan juga umur. Jumpa di program seterusnya insyaAllah.
Selamat mempraktikkan ilmu. Ilmu tanpa amal tiada guna. Rasa macam sudah banyak ilmu yang tahu sejak baligh. Astargfirullah..Mari sahabat-sahabat, bersama dalam "perjuangan" ini...
4 comments:
siti pergi tak ajak... T_T
bagusnya program ni..
bile lak leh joinn nih..
ct dh ajak dh, ct bg kat FB, tak de yg nak poie..hehe, ad hikmahnya...inshaAllah
nanti ad lagi kak, yg ni surface je dia bg, ad lagi akn dtg..lagi mendalam insyaAllah.
ct ada cadangkan kat En.Fazrul untuk buat di UIAM Kuantan.sgt bagus!insyaAllah..
di UIA Kuantan boleh kita organize program sebegini tahun ini?
Post a Comment