Wednesday, May 5, 2010

Andai terpejam

Andai terpejam
Diri serah segala
Doa tidak pernah putus
Agar husnul khotimah dimiliki
Doa tidak pernah putus
Agar kita bersama seiring
melangkah Jannah milik-Nya

Andai terpejam
Biar ummat itu bersatu
Biar ummat itu kuat
Biar ummat itu penuh iman di dada
Biar ummat itu
tidak pernah lekang bibir
mengucap kalimah mulia

Andai terpejam
Doakan bahagia
Usah berduka kerana itu takdir-Nya
Amal bekalan abadi
Anggota berbicara
Titik noktah segala

Andai terpejam
dalam lena atau tidur panjang
Sematkan iman sebelumnya
Penuhi segala taubat
Tangisi segala dosa
Maafkan segala

*Andai terpejam merupakan luahan hati, sekadar bait kata-kata ringkas di kala sedih melihat ummat akhir zaman ini. Sedih di kala melihat saudara seakidah ditindas. Sedih apabila golongan ulama' diperlekeh. Sedih tatkala hanya mampu berada dalam keadaan selemah-lemah iman. Namun sedih ini tidak dapat menandingi sedihnya Rasul junjungan mulia...Allahu Allah..

2 comments:

NURILHAM said...

ct..pandai berpuisi..
best puisi ni..
leh wat lagu..hehe

Fatimah bintun Qamar said...

ceh bukan puisi la, tapi malas nak tulis pnjang2, ringkaskan, sedih bila baca peper mcm2 jd, termasuk ulama' yg kita sayangi dihina!