Monday, May 31, 2010

Jiwa-jiwa Islam


Terngiang-ngiang bait kata-kata penuh emosi oleh Dr. Mohsin Salleh sewaktu saya menghadiri Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis pada tahun lepas. Memori di konvensyen tersebut terus muncul tatkala mendapat berita kapal yang membawa para aktivis pro palestin diserang oleh Komando Israel. Allahu Allah..


"The existence of Israel depends on our backwardness and weaknessess, we should unite with iman and all our strength!"


Saat ini juga diri teringat akan Saudara Mustapha Mansor, salah seorang aktivis yang mengikuti Misi bantuan ke Gaza. Kali terakhir bertemu dengan beliau di rumah anak yatim, Baitul Husna di Kuantan. Dia merupakan salah seorang yang terlibat dalam usaha menjadikan Baitul Husna suatu kenyataan. Terkenang perjumpaan dengan beliau. Saudara Mustapha mengingatkan kami mengenai betapa pentingnya menjaga kebajikan anak-anak yatim, hatta Rasulullah s.a.w sendiri sangat kasih akan anak-anak ini.

Mendoakan mereka yang meninggal dunia sewaktu serangan ditempatkan di kalangan orang yang soleh, moga dicatat oleh malaikat sebagai syahid di jalan Allah, InsyaAllah. Allah Sebaik-baik Penolong, hanya kepada Dia kita memohon pertolongan agar saudara kita berada dalam keadaan selamat. Entah apa salah mereka yang tidak membawa sebarang senjata diserang sedemikian. Bertan-tan bantuan dibawa demi rakyat Palestin, tanpa sebarang senjata diserang melulu. Semoga Allah menghapuskan Yahudi Laknatullah 'alaih!


Lihatlah, di saat anak-anak Islam sibuk bermain permainan komputer ciptaan Yahudi, anak-anak Yahudi diajar menggunakan senjata. Yahudi mencetuskan "kemusnahan", namun umat Islam yang menggunakan idea mereka untuk memusnahkan diri dan keluarga sendiri. Anak-anak Yahudi ini dibentuk seawal usianya di dalam kandungan ibu. Amalan memakan ikan, kacang badam dan si ibunya mengamalkan membuat latihan matematik. Semua ini membantu perkembangan saraf-saraf. Percaya atau tidak, dari segi pemakanan mereka lebih mengamalkan sunnah daripada umat Islam sendiri! Ubahlah tabiat makan kita sekeluarga!

Jihad kita di Malaysia adalah melalui penulisan, memboikot sepenuhnya barangan Israel. Sebar-sebarkan krisis di sana kerana tiada semua yang prihatin dan ambil tahu. Sudah cukupkah hanya dengan berdoa?Merasa simpati atau empati? Bayangkan satu produk Israel yang kita beli ibarat satu peluru buat orang Islam di Palestin. Allahuakbar.


Jiwa muda mudi Islam sudah diragut sejak seawal usia. Oh, saat melihat gambar ini hati membayangkan mereka adalah adik-adik saya sendiri. Kejam bukan? Kasih sayang yang Allah turunkan di muka Bumi ini hanyalah satu bahagian, dan dengannya manusia dan haiwan berkasih sayang. Selebihnya Dia simpan buat kegunaan di akhirat sana. Allah, apakah Israel dan sekutunya tidak mendapat bahagian kasih sayang itu?

Ibu-ibu di Palestin terus melahirkan saat anak-anak yang lain gugur. Mereka berbangga andai anak-anak syahid di jalan Allah. Wahai jundullah, di sana nanti ganjaran yang besar buatmu! Apakah kita sudi ke sana andai diberi peluang berjuang di sana? Tiada lagi sekadar menulis di laman ini.T_T


(Mereka adalah) seperti orang-orang Yahudi yang belum lama sebelum mereka telah merasai akibat buruk dari perbuatan mereka, dan bagi mereka azab yang pedih. ( 59:15)





Sedih bukan melihat anak perempuan ini. Sudah banyak gambar-gambar yang memaparkan keadaan yang lebih kurang sama. Apakah mereka tidak punya hati dan perasaan? Mungkin ada yang menutup muka, geli barangkali, namun sedarkah dikau, anak ini barangkali geli dan jijik dengan mereka yang hanya tahu melihat. Doa para alim ulama yang bersungguh-sungguh dan tidak lupa doa kita sendiri sangat penting. Barangkali ada pemuda pemudi di sekeliling kita yang kurang prihatin dengan masalah umat Islam. Sejarah Palestin merupakan sejarah jihad demi mencapai keredhaan Allah. Yahudi tidak akan pernah berhenti selagi Islam terus mekar di muka Bumi ini. Itu janji mereka. Apa pula janji kita? Janji mahu bersenang lenang dan meneruskan rutin kehidupan hanya dengan ke kuliah, ke kafe, atau ke katil?

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. ( 2:120)

Tuesday, May 25, 2010

Haluan perjuangan

Bismillahi walhamdulillah...

Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia dan seluruh kaum kerabat Baginda. Mudah-mudahan alunan selawat ini terus mekar menguntum di bibir umat ini, insyaAllah. Sungguh, sosok perjuangan Baginda dan para sahabat tiada tolok bandingnya dan itulah yang memungkinkan ummat untuk meneruskan perjuangan yang satu ini. Hanya kepada Allah kami memohon agar ditetapkan hati.


Alhamdulillah dapat merasai nikmat perjuangan yang sedikit ini. Menurut Yusuf Al-Qardhawi, gerakan Islam di Malaysia masih lagi bersifat manja dan itu bukan persoalan utama untuk saya keutarakan. Persoalannya apakah sumbangan kita untuk ad-deen tercinta?Meraih syurga Allah itu bukan suatu yang mudah, memerlukan usaha dan doa yang bersungguh-sungguh. Harta benda Allah itu sangat tinggi nilainya, kerana ia dianugerahkan dengan al-jadd, kerana usaha kita. Mudah-mudahan rahmat Allah mengiringi jua.

Alhamdulillah, untaian kesyukuran ini hanya diratibkan kepada Rabbul Izzati. Entah ke berapa kalinya Dia berterusan memberi nikmat lantaran sifat Pengasih-Nya buat seluruh umat manusia. Dua minggu lepas hari minggu terisi dengan pengisian program yang terkesan di jiwa, mungkin juga sahabat-sahabat yang hadir merasainya kan?Alhamdulillah, di situ fikrah yang dibawa lebih difahami, di situ hati-hati berkumpul dengan satu visi utama dan bersama. Subhanallah, jazakallahu khairan khatir buat Saudara Noryzal atas pengisian yang begitu bermanfaat untuk dipraktikkan dan tidak lupa pengalamannya yang begitu menarik sebagai seorang yang bergelar dai'e.

Biarpun dunia politik kini disaluti dengan permainan kotor sehingga sukar mengenal baik dan buruk, namun masih ada yang tegar memperjuangkan kebenaran walaupun pahit menahan tomahan dan cercaan. Yang selayaknya menilai dan menghukum hanya Allah s.w.t. Ingat, kita bukan penghukum.

Bak kata Presiden Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD), Tn. Haji Mohd Azam, adalah tidak mustahil untuk Malaysia menghadapi kehancuran di masa akan datang andai tiada hikmah-hikmah kebenaran yang kuat, andai tiada pejuang kebenaran, andai juga tiada doa-doa daripada orang-orang soleh dan doa dari kita yang bersungguh-sungguh.

Mengembalikan kegemilangan khilafah Islamiyyah itu bukan suatu yang mustahil andai ummat ini bersatu menggembleng tenaga manjalankan misi "merawat" umat yang kian parah ini.Gelombang dakwah kedua?Adakah kita bersedia menyahut cabaran ini dalam merubah masyarakat hari ini. Itu terpulang pada diri kita. Biar pun urusan merubah hati manusia ini urusan Yang Maha Esa, namun perjalanan seorang manusia lain mendapat hidayah dengan bantuan manusia lain adalah lebih mulia, insyaAllah.

Benar dunia Arab itu berpecah-pecah, semuanya dek penangan polisi British yang dipanggil Creative Destructionn of Muslim World, namun adakah kita mahu membiarkan unsur-unsur Barat itu berterusan meresap di kalangan masyarakat hari ini, atau yang lebih dekat dalam keluarga kita?Semuanya bermula dengan pembinaan akhlaq Islamiyyah dan yang terakhir sekali pembinaan khilafah Islamiyyah. Subhanallah, besar sungguh haluan perjuangan yang terbeban di bahu seluruh ummat yang mengucap kalimah tauhid.

Biarpun ada sekumpulan yang merasakan diri mereka adalah yang terbaik, biarlah tersemat di jiwa dan sanubari bahawa induknya adalah Allah dan Rasul. Biar kita punya hikmah dalam tutur kata, gerunlah kita dengan segala persoalan yang bakal dijawab di mahkamah Allah nanti.Astargfirullah...

Mendoakan semangat yang ada terus terpasak kemas di dalam hati dan sanubari. Jika diri mengaku pejuang, pastikan gaya hidup kita seperti seorang pejuang, tidurnya yang kurang, yang tidak kisah merasa susah, yang tidak kesah berpanas, yang tidak segan menyatakan yang haq, subhanallah, moga diri tergolong dalam golongan ini. Akhirul kalam, kita tidak terlepas daripada diuji, maka setiap kali diuji ingatlah itu semua tarbiyyah dari Ilahi yang mahukan terbaik buat diri kita. InsyaAllah. Salam satu ummat (Quote daripada ayat senior). Lebih baik daripada Salam satu Malaysia:)

"Wahai orang-orang yang beriman, Jika kamu menolong agama Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"

(Surah Muhammad: 7)



Allahu'alam


Saturday, May 8, 2010

Al-kisah aturan Ilahi


Bismillahi walhamdulillah..

Syukur setinggi-tinggi syukur, Sabtu (8 Mei 2010) bersamaan dengan 24 Jamadil Awal 1431H, saya diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menghadiri program CASIC : Build Your Legacy, Formula in Al-Fatihah.Peserta didedahkan dengan teknik CASIC dalam Al-Fatihah untuk hidup dengan lebih berkesan. Mungkin ada di antara kita yang sudah sedia maklum mengenai maksud surah Al-Fatihah dan ada yang tidak, namun di dalam program ini diajar teknik yang dipanggil CASIC. Memahami juga di maksud di sebalik Surah Al-Fatihah.Boleh lawati laman web ini.

Sepatutnya saya menyertai program ini pada awal Januari yang lalu ( program pertama di Malaysia), namun atas sebab tertentu, harus saya batalkan. Perancangan Allah itu Maha Cantik. Sangat gembira andai program ini dapat dilaksanakan di UIAM Kuantan nanti. Biar anda semua turut merasa apa yang saya rasa. Sungguh!InsyaAllah.

Speaker : Saudara Fazrul Ismail

Ada sahaja mereka yang menghafal Al-Quran namun masih lagi tidak pass hubungannya dengan manusia, masih ada elemen-elemen negatif yang tidak seharusnya ada pada mereka yang menghafal quran, sejauh mana penghayatan? Apatah lagi saya yang tidak menghafal 30 juzuk ini, juga perlu berwaspada. Sahabat-sahabat Nabi ada sahaja yang tidak menghafal semua surah dalam Al-Quran, namun Masya-Allah hebat sungguh hubungannya dengan manusia apatah lagi Pencipta. Kadang-kadang jika anda sangat memahami Al-Fatihah itu sendiri sudah memadai, juga usaha untuk lain-lain surah di dalam Kitab Allah.Eloklah kalian merasainya kerana agak sukar untuk ditulis semuanya di sini.

Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, PIES, [P= Physical I=Intellectual E=Emotional S=Spiritual], itulah nikmat yang bakal ditanya di mahkamah Allah kelak, bersediakah kita untuk itu?Bagaimana dengan Physical kita dapat connect dengan manusia?Pencipta? Dan seterusnya. Dengan adanya connection, kita dapat membina legacy di atas muka Bumi ini. Cuba kalian fikirkan apakah legacy atau warisan yang bakal kalian tinggalkan apabila kalian sudah berada di Alam Barzakh nanti?Sebagai contoh, orang yang suka menderma akan membina sistem derma agar proses ini akan berterusan sehinggalah dia sudah tiada nanti. Tidakkah dia mendapat currency pahala di akhirat nanti?Mari membina syurga dengan pahala.InsyaAllah.

Erti kata membuka potensi-potensi, kita buka potensi kita untuk mendengar, melihat dan merasai. Boleh ambil contoh lagu Maher Zain, Open Your Eyes. Alam raya ini sudah jelas menunjukkan kebesaran Allah s.w.t bagi mereka yang mahu berfikir.Bukankah ini semua merupakan tanda-tanda daripada-Nya untuk meningkatkan ketaqwaan kita.

Memahami di sebalik maksud ayat-ayat di dalam Surah Al-Fatihah. Masya-Allah benar-benar memberi kesan pada diri, insyaAllah. Baik dalam solat mahupun di luar solat. InsyaAllah. Betapa pentingnya untuk kita bermanja dan beremosi dengan Allah sewaktu solat dalam erti kata kita menghayati makna-makna ayat yang dibaca sambil di dalam hati berdoa pada-Nya.Mahu program yang akan datang ini disertai oleh ahli keluarga yang lain. Hasrat yang satu ini sudah pun disampaikan kepada Abah.


Lihatlah skala 10 sebagai skala yang tertinggi.Dia sentiasa connect dengan manusia dengan kala 10. Kita tidak mampu capai tahap itu, sekadar 1 atau 2 mungkin. Andai kita punya hubungan baik dengan manusia lebih-lebih lagi sebagai seorang dai'e insyaAllah cerah masa hadapan dakwah kita. Mudah-mudahan. Kadang-kadang ada di antara kita yang marah dan geram apabila ditanya unadulterated questions (soalan kebudak-budakan), namun Allah itu tidak pernah mahu marah atau geram dengan hamba apabila doa yang diminta itu kadang-kadang begitu banyak dan bermacam-macam ragam dan gaya kita berdoa. Allah, bukankah itu menunjukkan rahmat dan kasih sayangNya.


Begitu banyak yang ingin dikongsi namun masih tidak kuat untuk menulis dengan panjang lebar. Jemput kalian untuk menyertainya ya untuk program yang akan datang. Anak adam itu apabila meninggalkan dunia hanya tida sahaja yang dibawa, Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh. Allahuakbar!Semoga perginya kita nanti meninggalkan sesuatu buat ummat dan orang sekeliling, paling kurang kita punya sumbangan pada Islam terutamanya.

Maaf atas perkongsian yang tidak seberapa. Lebih molek untuk saya sampaikan melalui lisan. Biar yang sedikit ini mampu membuat kalian terliur untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai program ini:)

Jazakumullahu khairan kathir buat Encik Fazrul Ismail, Kak Izan dan Ustaz Firdaus, tidak lupa juga buat adik saya yang turut sama menyertai program ini. Juga tidak lupa kepada peserta-peserta program, seramai 20 orang kesemuanya, sempat juga berkenalan dengan kalian melalui modul-modul yang menarik. Untuk pengetahuan kalian, peserta paling muda berumur 11 tahun, dan program ini menerima penyertaan daripada pelbagai latar belakang kerjaya dan juga umur. Jumpa di program seterusnya insyaAllah.


Selamat mempraktikkan ilmu. Ilmu tanpa amal tiada guna. Rasa macam sudah banyak ilmu yang tahu sejak baligh. Astargfirullah..Mari sahabat-sahabat, bersama dalam "perjuangan" ini...

Wednesday, May 5, 2010

Apa terjadi dalam kubur?


Apa perasan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari? Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat.

Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit ?

Sudah tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu walaupun hanya untuk 10 minit. Saya pasti kerana saya pernah mencubanya. Panas dan berhaba.

Setiap kali saya fikirkan semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di alam barzakh kelak..terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup, tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta kipas itu.

Andai terpejam

Andai terpejam
Diri serah segala
Doa tidak pernah putus
Agar husnul khotimah dimiliki
Doa tidak pernah putus
Agar kita bersama seiring
melangkah Jannah milik-Nya

Andai terpejam
Biar ummat itu bersatu
Biar ummat itu kuat
Biar ummat itu penuh iman di dada
Biar ummat itu
tidak pernah lekang bibir
mengucap kalimah mulia

Andai terpejam
Doakan bahagia
Usah berduka kerana itu takdir-Nya
Amal bekalan abadi
Anggota berbicara
Titik noktah segala

Andai terpejam
dalam lena atau tidur panjang
Sematkan iman sebelumnya
Penuhi segala taubat
Tangisi segala dosa
Maafkan segala

*Andai terpejam merupakan luahan hati, sekadar bait kata-kata ringkas di kala sedih melihat ummat akhir zaman ini. Sedih di kala melihat saudara seakidah ditindas. Sedih apabila golongan ulama' diperlekeh. Sedih tatkala hanya mampu berada dalam keadaan selemah-lemah iman. Namun sedih ini tidak dapat menandingi sedihnya Rasul junjungan mulia...Allahu Allah..