Tuesday, December 29, 2009

Dinner with the loved one..

Alhamdulillah wa syukrillah..

Cuti semester lepas saya berpeluang makan malam bersama keluarga di suatu tempat rahsia:)

Sudah tentu idea ini datang daripada emak sendiri yang telah menempah tempat dan menu awal-awal, kami menuju ke destinasi usai sahaja solat Maghrib.

Alhamdulillah semua dapat berkumpul sebelum masing-masing meneruskan perjuangan di tempat belajar masing-masing. Terima kasih Ya Allah for the great family. Semoga kami semua dapat bertemu di syurga Allah kelak. Berusaha ke arah itu. InsyaAllah.

Tuesday, December 22, 2009

Sungguh bermakna!

Pencarian demi pencarian, akhirnya menemukan si faqir kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala itu kepada sebuah cahaya ilmu. Mudah-mudahan kekal hatinya dalam mengejar cahaya ilmu. Teringat akan pesan As-Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Maliki An-Nadwi sewaktu Al-Faqir menghantar dan menjemput beliau ke majlis ilmu anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia[ABIM] sekitar tahun 1429 Hijriah.


Pesanan ini Al-Faqir sematkan dihati buat sekian lamanya, lalu digerakkan naluri hamba ALLAH yang hina ini oleh ALLAH Subhanahu Wa Taala untuk dijadikan tatapan umum sebagai punca makanan ruhani.


Firman ALLAH Subhanahu Wa Taala;

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.”

[Al-Baqarah : 42]



[baca seterusnya]


Thursday, December 10, 2009

Kerana apa semua ini?

How you evaluate the toughness of your subject?
What are the criteria?
Well these are my subject for this second semester and i'm on my way to finish my second year in this islamic university, insyaAllah!
Well, here it is..

Parasitology and Entomology
My junior said that "Why the name is kinda weird"?..I just smiled to her, new subjects and feels very excited, hopefully it will last longer..

Medical Microbiology
Prof Othman will teach us once again this semester, I love to see his face because it looks like my abah's face:)Abah, ct sangat rindukan abah! He said that who got below B for this subject should not take this subject for this semester, alhamdulillah i'm not among them, he's getting more serious and he do this just for the sake of his student, study for the sake of Allah and for the sake of knowledge!

Quality assurance
First thing came in my mind when i heard about this subject was.."nie mesti macam epidemiology"..no, it was not, it's all about quality, just like ISO:)

Clinical Biochemistry
Erm, just like Biochemistry 1 and Biochemistry II,but more advanced than that...perhaps.

Philosophy of Science
To be honest I like the way Dr.Ibrahim Shogar delivered his messages during class hour, not depending to the slides but just talk as mush as he can with so much input given, and sometimes students do not response to his question..huhu, ending with he himself answer the question:)

Parenting
Can't wait for this class, i just love presentations:)
No matter what we do, make sure our intention is to good purely because of Allah's sake, insyaAllah He will facilitates our works.

Doa+continuous effort+tawakal = good/bad result = Allah's right = never lose hope in Allah and keep on trying + husnuzon with Allah
Allahu'alam

Saturday, December 5, 2009

Cintakan ilmu dan berpeluang?

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) akan menganjurkan Seminar Sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada 13 Disember 2009 iaitu pada hari Ahad bermula pukul 8.30 pagi di Institut Integriti Malaysia (IIM), Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Antara objektif seminar ini diadakan adalah untuk menekankan keutamaan pandangan alam Islam dalam kerangka berfikir masyarakat Islam serta memantapkan kefahaman masyarakat, khasnya generasi muda, tentang Pandangan Alam Islam yang sebenar.

Wednesday, December 2, 2009

Dengarkanlah...

A story about our prophet Muhammad s.a.w, at last i found this qasidah. It's better if this song is delivered without using any instrument, but i do love it so much, happy listening:)

Saturday, November 28, 2009

Coretan 11 Zulhijjah

Bismillah...

Sudah agak lama tidak menulis apa-apa di sini, sekadar beberapa perkongsian daripada senior. Istiqamah memang sukar, semuanya memerlukan mujahadah, dan perasan atau pun tidak, jika kita istiqamah dengan amalan-amalan tertentu, sekali tertinggal atas sebab-sebab tertentu pasti jiwa resah, gelisah, tidak keruan, alhamdulillah syukur dikurniakan perasaan sebegitu. Dia yang menimbulkan perasaan sebegitu terhadap hamba-hambanya. Alhamdulillah Ramadhan yang berlalu mengajar banyak perkara kepada diri yang dhoif, dan kini dipertemukan dengan hari bersejerah di mana suatu ketika dahulu seorang ayah ya'ni, Nabi Ibrahim a.s berkorban demi Sang Pencipta yang tercinta. Semuanya kerana Dia. Ayah mana yang menjadi tidak keruan jika meninggalkan si isteri dan anak yang tercinta di suatu tempat yang sangat jauh tanpa makanan,minuman dan tempat tinggal yang selesa?


Tuesday, November 24, 2009

Ibadah korban & hukum-hukum yang berkaitan

Firman Allah Ta’ala bermaksud:

‘Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah”
(Al-Kautsar: 2)

“Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”
(Surah Al-Hajj: 36)

1. SEJARAH KORBAN


Sejarah Korban anak-anak Nabi Adam a.s - Habil dan Qabil

Firman Allah Ta’ala bermaksud:
Bacakanlah (Yaa Muhammad) kepada mereka akan cerita yang sebenarnya tentang dua orang anak Nabi Adam (yang bernama Habil dan Qabil) iaitu ketika keduanya mempersembahkan korban (kepada Allah0, maka yang seorang dari keduanya (Habil) diterima korbannya sedang yang lain (Qabil) tidak diterima korbannya - sebab itulah Qabil marah kepada Habil seraya berkata: “Nescaya kubunuh engkau!”

Sejarah Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s


Friday, November 13, 2009

Masalah Dajal di Israel

Walaupun Dajjal adalah Raja Konspirasi Dunia tetapi setiap perencanaannya tetap menghadapi masalah terutamanya di negaranya sendiri iaitu Israel. Masalah ini berkaitan sikap sesetengah kelompok Yahudi sendiri yang masih berdegil tidak mahu bersatu seperti 3000 ribu tahun dahulu.Salah satu faktor untuk menyebabkan kejayaan penubuhan negara Israel ialah perlunya setiap orang Yahudi dari seluruh dunia menjalin hubungan sefahaman antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit. Persefahaman ini cuba diwujudkan melalui program Aliyah.Program Aliyah ialah suatu usaha sistematik Israel untuk mengajak seluruh umat Yahudi dari serata dunia berpindah dan menetap di Israel. Perpindahan besar-besaran ini akan membuatkan negara Yahudi semakin kukuh dan menghimpit rakyat Palestin.

[baca seterusnya]

Monday, October 26, 2009

Apabila manusia terlampau “pandai”

Tulisan ini barangkali ditujukan buat golongan yang sememangnya “pandai” dalam mempersoalkan hukuman Allah dan tidak kurang juga berani memperlekeh-lekehkan agama Islam tanpa ada rasa malu pada Sang Pencipta yang merupakan pemilik alam ini, bahkan malunya hanya pada manusia yag berharta dan berkuasa. Inilah yang dikatakan Islam hanya pada nama…Na’uzubillah min zalik.Allah…ampunilah dosa-dosa kami, tunjukilah kami jalan yang lurus yang engkau redhai…kesimpulannya tulisan ini untuk kita semua yang bergelar dai’e ilallah…

Firman Allah, (49:10)

“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. Kerana itu, damaikanlah antara kedua-dua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat”

Semalam,25 Oktober 2009 (Ahad), saya dan dua orang lagi sahabat diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk hadir ke Seminar Pelaksanaan Undang-undang Syariah : Isu & Cabaran. Seminar diadakan di Dewan JAIP, Kuantan bersebelahan dengan masjid.Alhamdulillah, dan satu perkara lagi saya terpaksa ponteng kelas Human Genetic semata-mata mahu ke sini.

Sunday, October 18, 2009

La Khauf - Satu hati

Words of inspiration and motivation..Allahuakbar!!!

BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN KAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM KAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

MARILAH BERSAMABERSATU BERJIHAD
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH
PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG

JANGAN TAKUT
BERJUANG UNTUK KEAMANAN

BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN KAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM KAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

Sunday, October 11, 2009

Kita satu hati


Akhirnya program yang terpaksa ditangguh atas sebab-sebab tertentu terlaksana jua pada 10 haribulan Oktober baru-baru ini di Hotel Citiview, Kuantan.Alhamdulillah, saya dan lima orang lagi sahabat diberi kesempatan oleh Saudara Hasanin untuk turut serta dalam program yang saya kira sememangnya menuntut kita untuk sentiasa cakna dengan isu semasa dan lebih-lebih lagi isu yang berkait rapat dengan Islam yang sering kali berlegar-legar di ruangan masyarakat yang kadang-kadang tidak semua daripada kita mahu tahu dan ambil tahu. Apa yang paling utama ialah kesempatan ini diberikan oleh Yang Esa untuk dimanfaatkan sebaik mungkin. InsyaAllah.

Isu-isu Islam dan Demokrasi dibincangkan bersama dalam kumpulan-kumpulan kecil seramai 12-13 orang untuk satu kumpulan dan dikendalikan oleh seorang moderator yang akan bertanyakan beberapa soalan kepada setiap peserta. Perbincangan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Empat perkara utama yang dibincangkan iaitu mengenai hak-hak wanita (women’s right), hak kaum minoriti, toleransi agama (religious tolerance) dan yang terakhir urus tadbir yang baik (good governance).

[baca seterusnya]

Pesanan terakhir


Dia menerima hukuman itu dengan tenang. Sedikit pun dia tidak takut atau terkejut bila mahkamah Khas Tentera Mesir menjatuhkan hukuman gantung hingga mati. Sememangnya para pejuang Islam di zaman nabi dan zaman-zaman selepasnya merupakan perangsang atau stimulator dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah yang saya kira tidak seberat dan sesusah zaman Nabi. Buku Petunjuk Sepanjang Jalan karya Syed Qutb tidak habis saya baca, sedikit demi sedikit helaiannya cuba saya hayati, kadang-kadang lama juga untuk saya hayati dan fahami setiap baris kata yang ditulis dan kini tersadai di rak buku, dibaca sehelai-demi sehelai tatkala mata beberapa minit lagi ingin terlelap.

Pesanan terakhir Syed Qutb sebelum mati di tali gantung sangat menyentuh jiwa-jiwa yang menginfakkan diri dan harta ke jalan Allah."Mati syahid", katanya perlahan dan sempat pula mengulum senyuman kepada mereka yang bertanya tentang hukuman yang akan diterimanya. Dia meyakini dengan apa yang telah dilakukannya dan tiada rasa gusar di hati kerana yakin dia akan berbahagia di alam yang kekal abadi.Subhanallah...

Mahu sekali berkongsi dengan sahabat-sahabat yang singgah ke laman ini mengenai pesanan terakhir Syed Qutb yang saya kira memberi inspirasi untuk kita terus bergiat aktif dalam melakukan kerja-kerja dakwah terutamanya kepada orang bukan Islam, dan pengislahan sesama kita itu perlu..setiap masa...Sama-sama hayati, moga menjadi iktibar.InsyaAllah..Andai kau mahu berfikir...


Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku dan kau siram pusaraku dengan air matamu maka diatas tulangku yang hancur luluh nyalakanlah obor buat umat mulia ini dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalann mendapatkan KEKASIH yang sedang merindu taman-taman di syurga TUHAN-ku bangga menerimaku burung-burungnya berkicau riang menyambutku bahagialah hidupku dialam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur dan alam ini akan disinar fajar lagi biarlah rohku terbang mendapatkan rindu-NYA janganlah gentar berkelana di alam abadi nun di sana fajar sedang memancar

*pesanan akhir ini ditulis oleh beliau beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid pada hari Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966


Friday, October 2, 2009

Malam itu

Malam itu

Malam-malam sebelumnya

Dan andai ada malam-malam yang seterusnya

Merenung kembali hakikat diri

Bertanya sumbangan diri pada Ad-deen tercinta

Dosa yang tidak diketahui timbangannya

Izrail menjelma tiada siapa yang tahu

Antara sedar atau tidak

Mengharap petunjuk dari Yang Satu

Semoga Ilahi menuntuni langkah

Demi merandai hidup penuh dugaan

Jiwa yang meronta

Hati yang sering berbolak-balik

Diri yang hina dan dina

Semoga bertemu dengan kekasih Muhammad!

“Dan barangsiapa mengerjakan amal kebajikan, baik laki-laki mahupun perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dizalimi sedikit pun”

(An-nisa : 124)

The_Caliph

Talhah 5

IIUM Kuantan

Friday, September 25, 2009

Retorikkah?

Alhamdulillah, nikmat rasanya solat berjemaah bersama keluarga sebentar tadi. Bertambah gembira melihat perubahan adik-adik kecil yang kian menjaga solatnya. Segala puji bagi Allah, Maha Pemberi nikmat yang tiada pernah henti kepada keluarga kami. Doa setiap hari yang dipanjatkan pada Ilahi akhirnya terkabul jua, segala apa yang diminta sejak akhir-akhir ini sudah termakbul, semuanya dapat saya lihat pada Ramadhan yang lalu.Hanya Dia yang tahu betapa diri ini sangat berterima kasih padaNya.

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang datang ke rumah.Sewaktu kedatangan mereka, abah dan abang tiada di rumah kerana ada bacaan yassin di surau, mungkin lain hari kalian boleh bertemu dengan mereka.Dua tiga hari ini mak tidak henti-henti duduk di dapur dan sekarang masanya untuk dia berehat.Bila pulang ke kampung saudara mara ada yang bercakap bahawa betapa bertuahnya mak mempunyai anak yang ramai, boleh disuruh itu dan ini, setiap seorang pasti ada tugasnya. Sedih melihat rancangan di TV3, seorang ibu yang mempunyai anak seramai 13 orang dan kematian suami sewaktu anak-anak telah besar.

Anak-anak kesemuanya dihantar untuk belajar agama. Kagum dengan ketabahannya,dia sangat mementingkan agama dalam mendidik anak. Ya, sememangnya itu yang diperlukan dalam sebuah keluarga Muslim.Mungkin tidak terasa sangat kesusahan kerana anak-anak semua sudah besar-besar. Semuanya dihantar belajar di Mesir dalam bidang agama. Lebih baik sekiranya seorang anak itu pakar dalam semua bidang dan pada yang sama menjadi seorang yang arif dalam ilmu agama dan boleh bercakap mengenai Islam.Teringat pula kata-kata abang sewaktu di kampung, ingin melihat sama ada anak itu adalah bala atau tidak kepada ibu bapanya, lihatlah dia yang sekarang. Allahu’alam.

Buat insan yang membaca entri ini, kita ini hamba yang jarang mensyukuri nikmatNya, lihatlah dan nilai setiap perbuatan kalian adakah menunjukkan kalian bersyukur padaNya, jika ya Alhamdulillah, jika tidak banyakkan istighfar.Setiap kata-kata menuntut diri untuk melaksanakannya, bukan sekadar kata-kata retorik di laman ini,lebih-lebih lagi yang mengaku dirinya dai'e ilallah...Allah lebih Mengetahui siapa diri kita dan Dia yang berhak ke atas setiap hamba-hambaNya.

Allahu’alam


Thursday, September 24, 2009

Kita hamba

Salam'alaik, semoga madrasah Ramadhan yang lalu benar2 menjadi medan muhasabah diri dan sama2 kita teruskan amalan yang kita lakukan, semuanya demi menggapai redhaNya, kitalah insan yang hakikatnya hamba.Sesungguhnya rindu pada Ramadhan tidak akan pernah pudar, diri merasakan Ramadhan yang telah berlalu sangat bermakna berbanding Ramadhan yang sebelumnya. Alhamdulillah.

Alhamdulillah bangun untuk solat subuh pagi tadi, sesak nafas malam tadi sudah tiada, mungkin disebabkan bam yang digunakan malam tadi dan tanpa izinNya bam tersebut tidak akan dapat membantu. Begitu jugalah pergantungan kita, kadang2 hidup kita terlampau bergantung pada sesuatu benda sehingga lupa menyandarkan segalanya pada Yang Esa.Astargfirullahalazim..

Tertarik dengan lirik "Kita Hamba" dendangan kumpulan nasyid yang diminati sejak dari kecil lagi, Raihan...Apabila direnung kembali, sememangnya kita ini hamba yang sering sahaja leka dan lalai,bila susah mencari Tuhan , bila senang lupakan Tuhan, jadilah kita hamba yang mengingatiNya dalam keadaan susah dan senang...


Kita adalah hamba yang
dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan yang
hakikatnya adalah hamba
Tapi mengapa sering kita
tangguhkan perintah waktu
untuk menyembahnya
Tapi mengapa kita selalu leka
dengan kewajipan sebagai hamba
Sedangkan Tuhan tak pernah
lupa untuk mencurahkan segala nikmatnya
Bahkan Tuhan Maha
pengampun di atas segala dosa
yang dilakukan
Bagi mereka yang insaf dan
mahu bertaubat
Bangunlah di tengah malam
Untuk bermunajat merintih kepadaNya
Pohonlah kasih sayangNya
agar selamat dunia dan akhirat
Bagi mereka yang insaf dan
mahu bertaubat.

Saturday, September 19, 2009

Eid Mubarak



Esok raya?
Benarkah?
Ya?
InsyaAllah...

Salam kemenangan
Semoga amal ibadat kita diterima Allah s.w.t dan dosa-dosa yang lalu dihapuskanNya, teruskan istiqamah dalam amal ibadat dan apa jua perkara baik yang kita lakukan!

Dalam kita menyambut Aidilfitri, ingatlah insan-insan yang kurang berkemampuan, yang tiada ayah dan ibu di sisi dan tidak lupa saudara seakidah yang sedang menderita di ketika dan saat ini!

Al-Fatihah buat mereka semua....


Di kesempatan ini, saya Siti Fatimah binti Kamaruddin dan seluruh kaum keluarga mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua pengunjung teratak The_Caliph, tidak mengira sama ada anda adalah silent reader, pengunjung setia atau sesiapa jua. Maafkan segala kekhilafan diri ya.

Semoga Aidilfitri ini menyedarkan kita bahawa betapa Dia sangat sayangkan kita dan panjatkanlah rasa syukur kepada Ilahi kerana dia yang selayaknya menerima segala pujian dari kita hamba2Nya...

Alhamdulillah wa syukurillah:)

Life is a journey not a destination!

Sunday, September 13, 2009

Anugerah teristimewa

Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hakikatnya tiada sesiapa yang mengetahui bilakah malam lailatul qadr itu, hatta Nabi Muhammad s.a.w sendiri tidak mengetahuinya. Disebabkan umur umat Nabi Muhammad tidak panjang, iaitu hanya dalam lingkungan 60 ke 70 tahun, maka anugerah teristimewa dari Ilahi buat umat Nabi Muhammad s.a.w, yakni malam lailatul qadr, malam yang penuh dengan barakah dan ibadat pada malam tersebut ibarat beribadat selama 1000 bulan. Subhanallah...

Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan(al-Qadr, ayat ketiga).

Kebaikan dan fadhilat-fadhilat yang terkandung di dalam bulan Ramadhan sangat banyak, tinggal lagi mahu memilikinya demi menggapai redha Ilahi atau tidak, jika masih bermalas-malasan hanya dengan berdoa lupakanlah sahaja.Andai yang berusia mampu bangun malam demi melahirkan rasa syukurnya pada Sang Pencipta, apatah lagi kita yang muda ini?Jika mampu study sehingga ke pagi, sembang kosong sehingga lewat mampu, apakah tidak mampu melakukan ibadat yang satu ini?

Koreksi diri nilailah peribadi kita, semoga tulisan ini dijadikan pedoman bersama agar kitalah hambaNya yang mensyukuri nikmatNya yang tidak terhitung. Fasa ketiga ini manfaatkan sepenuhnya dan semoga Allah menerima setiap amalan kita dan mengampunkan dosa kita yang banyak ini.

Ya Ramadhan, kau bakal meninggalkan kami, semoga Allah mempertemukan kami denganmu sekali lagi...Ameen ya Rabbal 'Alamin..

Ramadhan Kareem...

Allahu Akram...

Tuesday, September 1, 2009

Membina diri menjadi murabbi

Sungguh, menjadi murabbi yang sukses adalah impian setiap dai'e kerana seorang murabbi merupakan contoh dan tauladan kepada mutarabbi.

Maka, suka untuk saya kongsikan di laman ini apa yang dibaca bersama sahabat-sahabat..sama-sama kita berusaha menjadi murabbi yang baik untuk adik-adik/mutarabbi kita.InsyaAllah..

Here it is.

Menjadi orang yang shalih dan mushlih adalah buah yang kita harapkan dari proses pembinaan yang kita jalani. Shalih secara pribadi dan mengupayakan tumbuh kembangnya keshalihan pada orang lain merupakan teladan dari Rasulullah SAW dan para salafushshalih yang sepatutnya kita ikuti. Alhamdulillah, saat ini sangat banyak di antara kita yang mendapatkan kesempatan menjadi mentor atau murabbi baik di kampus maupun sekolah. Sesungguhnya yang kita inginkan bukanlah semata banyaknya jumlah adik mentor atau mutarabbi kita.

Wednesday, August 26, 2009

Berminat?

Assalamu'alaikum Wrmt. Wbth.dan Salam Sejahtera

Dengan segala hormatnya

menjemput

Y. Bhg. Dato’/ Datin/ Tuan/

Puan/ Saudara / Saudari ke:

FORUM PENGKAJI PEMIKIRAN & TAMADUN

SIRI KE- 21:


SENIBINA ISLAM : SATU

PEMIKIRAN SEMULA


Pembentang:

Dr. Nangkula Utaberta

Kumpulan Teknologi dan Kelestarian Peradaban Melayu

Jabatan Senibina

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia

Tarikh: 26 Ogos 2009 / 5 Ramadhan 1430H (Rabu)
Masa
: 10:00 pagi – 1:00 tengahari
Tempat: Bilik Syura, Kolej Dar al-Hikmah,

Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor


Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Akademi Kajian Ketamadunan/ Kolej Dar al-Hikmah (AKK-KDH)

03-8925 2392 /0132637009 (Saudari Zulaihan)

Sekretariat ABIM Pusat. Tel: 03-42568400 (Sdri. Noraliza)

~Penyertaan adalah PERCUMA~