Sunday, October 11, 2009

Pesanan terakhir


Dia menerima hukuman itu dengan tenang. Sedikit pun dia tidak takut atau terkejut bila mahkamah Khas Tentera Mesir menjatuhkan hukuman gantung hingga mati. Sememangnya para pejuang Islam di zaman nabi dan zaman-zaman selepasnya merupakan perangsang atau stimulator dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah yang saya kira tidak seberat dan sesusah zaman Nabi. Buku Petunjuk Sepanjang Jalan karya Syed Qutb tidak habis saya baca, sedikit demi sedikit helaiannya cuba saya hayati, kadang-kadang lama juga untuk saya hayati dan fahami setiap baris kata yang ditulis dan kini tersadai di rak buku, dibaca sehelai-demi sehelai tatkala mata beberapa minit lagi ingin terlelap.

Pesanan terakhir Syed Qutb sebelum mati di tali gantung sangat menyentuh jiwa-jiwa yang menginfakkan diri dan harta ke jalan Allah."Mati syahid", katanya perlahan dan sempat pula mengulum senyuman kepada mereka yang bertanya tentang hukuman yang akan diterimanya. Dia meyakini dengan apa yang telah dilakukannya dan tiada rasa gusar di hati kerana yakin dia akan berbahagia di alam yang kekal abadi.Subhanallah...

Mahu sekali berkongsi dengan sahabat-sahabat yang singgah ke laman ini mengenai pesanan terakhir Syed Qutb yang saya kira memberi inspirasi untuk kita terus bergiat aktif dalam melakukan kerja-kerja dakwah terutamanya kepada orang bukan Islam, dan pengislahan sesama kita itu perlu..setiap masa...Sama-sama hayati, moga menjadi iktibar.InsyaAllah..Andai kau mahu berfikir...


Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku dan kau siram pusaraku dengan air matamu maka diatas tulangku yang hancur luluh nyalakanlah obor buat umat mulia ini dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalann mendapatkan KEKASIH yang sedang merindu taman-taman di syurga TUHAN-ku bangga menerimaku burung-burungnya berkicau riang menyambutku bahagialah hidupku dialam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur dan alam ini akan disinar fajar lagi biarlah rohku terbang mendapatkan rindu-NYA janganlah gentar berkelana di alam abadi nun di sana fajar sedang memancar

*pesanan akhir ini ditulis oleh beliau beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid pada hari Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966


No comments: