Wednesday, May 21, 2014

MashaALlah! Anak sey dah lahir!

Khadijah Humaira binti Muhammad Mu'izzuddin diazankan dan ditahnik oleh ayahnya


-->
Bismillahi walhamdulillah.

Allah dah lama saya tidak mengemaskini laman blog yang saya sayang. Hanya menjenguk-jenguk sahaja. Banyak yang ingin dinukilkan tetapi semuanya hanya niat di dalam diri yang tidak diterjemahkan di sini. Rindunya, ingin cerita macam-macam akhirnya tinggal asam. Hehe.

Alhamdulillah, kini Khadijah Humaira hampir menginjak usia 5 bulan. Ya, cukup bulan Mei ini. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Allah atas setiap ujian, biar sedikit tetapi kadang-kadang diri ini begitu rapuh, lantas terus kembali mengadu dan mengingati Allah sebagai Tuhan yang menghadirkan ujian tidak mengira masa, tempat hatta darjat sekalipun! Aduh, diri ini harus ingat bahawa masakan kita inginkan syurga tanpa ujian?

Di saat ini, diri tidak mampu untuk fokus thesis writing yang berbaki dua bab. Bab kedua terakhir sedang di dalam proses. Mohon sahabat-sahabat mendoakan agar saya dapat menyiapkan dengan jayanya dan dipermudahkan Allah. Terima kasih! Semoga Allah mengembalikan semula doa tersebut kepada kalian.

Dahulu, diri tertanya-tanya bagaimanalah agaknya rasa mengandung. Bagaimana rasa bawa satu lagi nyawa. Bagaimana rasa morning sickness. Bagaimana rasa sakit melahirkan dan bagaimana rasanya menjadi seorang ibu. MashaAllah. Semuanya berlaku dengan sangat pantas dan alhamdulillah saya merasa kesemuanya sekali! Alhamdulillah alhamdulillah. No words can describe it except alhamdulillah.

Melahirkan khalifah kecil bernama Khadijah Humaira ini merupakan proses yang mudah. Malu juga ada yang bertanya apakah amalan saya dengan kelahiran yang mudah ini. Allahu..Sehingga ke saat ini masih tidak percaya diri ini memiliki seorang cahaya mata yang comel dan mudah-mudahan menjadi anak solehah penyejuk mata ayah dan ummi. Benar, harta dan anak-anak itu perhiasan dunia dan jika ditakdirkan salah seorang dari kami akan dijemput Allah terlebih dahulu, salah seorang harus redha dan terus mendoakan kesejahteraan. Sentiasa pasakkan dalam diri bahawa yang ada di dunia ini bukan hak milik kita, semuanya milik Ilahi Rabbi yang dipinjamkan seketika buat ujian di dunia yang sekejap cuma. Ingat tu wahai diri!

Dengan segala perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini, menunjukkan bahawa kita semakin dengan hari pembalasan. Masa berlalu begitu pantas, pemimpin semakin menggila, khianat bermaharajalela dan ummat ini kian rosak dan rosak kembali semula kepada zaman jahiliyyah. Teruskan usaha memanusiakan manusia dan mendidik diri, keluarga dan ummat. Semoga usaha ini dipandang Allah dan semoga kita mati dengan pengakhiran yang baik. Khusnul khatimah idaman semua.

Buat suami, teruskan mendidik diri, isteri dan anak. Semoga Allah memudahkan urusanmu di dunia jua di akhirat. Mohon ampun atas segala khilaf yang tidak diri ini sedari mahupun yang sedar kerana diri ini hamba yang banyak khilafnya.

Last but not least, am happy to write here. Terima kasih sudi baca.

No comments: