Monday, September 23, 2013

She’s 26 weeks old!



Biz bir ummatiz! (Salam satu ummat).

Heh, rindu pula dengan adik-adik Thailand, belajar perkaatan ini semasa berprogram dengan adik-adik anak yatim Tak Bai di Klang beberapa tahun yang lalu. Tidak ingat pula tahun berapa. Semoga adik-adik membesar jadi anak yang berjaya dunia akhirat. Amminn ya Rabb!

Memenuhi beberapa permintaan, saya ingin bercerita serba sedikit pengalaman sepanjang mengandung (Oh, masih tak percaya diri ini mengandung!). Kata seorang sahabat, biar apa yang saya tulis dijadikan panduan buat bakal-bakal ibu di luar sana. Che wah, macam tidak percaya pula saya tulis mengenai perkara ini, sebelum ini hanya membaca di blog-blog ibu muda dan tua. Haha. Sempoi sahaja entri kali ini ya.


Apabila disahkan hamil oleh saya sendiri (huhu) dengan UPT positive, ucapan syukur, dan perasaan gembira menyelubungi diri. Dua kali saya melakukan UPT (Urine pregnancy test) kerana sewaktu cukup teruja saya mengujinya pada waktu tengahari. Namun, garisan pudar muncul dan untuk kali kedua dengan penuh yakin bahawa saya mengandung pada saat itu saya melalukannya buat kali kedua sewaktu bangun tidur sebelum Subuh.


Alhamdulillah, garisan berwarna ungu agak pekat dari yang sebelum ini. Langkah berjaga-jaga diambil supaya saya tidak terlampau lasak dek kerana usia kandungan yang masih muda. Dapat dirasakan 5 minggu pertama badan sangat letih, asal pulang dari lab pasti akan tumbang. Kadang-kadang selepas Isyak dan seawal jam 8 malam. Akhirnya, Isyak jam 12 malam. Huhu. Untuk bakal ibu, perkara ini memang akan dirasai, badan cepat letih dan pasti akan berasa sangat mengantuk.




Masuk sahaja minggu ke-6, saya sudah mula rasa loya, mual dan pening. Satu pakej yang cukup lengkap! Sememangnya menduga diri juga kerana duduk di office lab, berdepan dengan komputer ditambah dengan rasa tidak selesa. Akhirnya, destinasi saya adalah kolej, balik untuk melelapkan mata di pembaringan. Huhu. Minta maaf doktor, sungguh saya tidak berdaya.

Minggu ke 7 dan seterusnya hingga kandungan masuk 4 bulan lebih adalah waktu “terbaik”!. Alahan mengandung yang dikenali sebagai morning sickness menjengah kehidupan saya. Pekerjaan saya hanya terbaring di atas katil dan jika bertenaga hanya sebentar dan kembali semula kepada asal. 3 bulan pertama yang agak mencabar. Hanya Allah yang tahu. Buat suami yang menjaga dan juga keluarga, syukran kathir di atas perhatian kalian. Sungguh benar-benar membuatkan saya lebih menghargai insan bernama mak. Doktor memaklumkan bahawa alahan sebegini adalah sangat baik bagi ibu mengandung. Ini menandakan badan kita memberi respon terhadap hormon yang dirembeskan bayi dan ini menunjukkan bahawa bayi berkembang dengan baik di dalam rahim kita. Subhanallah wa Alhamdulillah!!

Semua makanan yang ditelan akan keluar kembali sehingga sampai suatu saat, darah akan bercampur dengan muntah dan akhir sekali darah sahaja yang keluar. Saya tidak terkejut kerana maklum dek kerana kerap muntah, tekak sudah luka. Dan telah bertanya kepada seorang sahabat yang 3 bulan hanya terbaring di katil dan muntah darah. Itu suatu tempoh yang lama. Baiknya Allah, wanita mengandung ditambah-tambah pahalanya. Subhanallah!
Apabila kandungan mencecah usia 4 bulan, barulah saya dan suami ke klinik untuk pregnancy check-up. Saya memilih Klinik An-Nur bangi di atas sebab-sebab tertentu dan sebab paling utama adalah kewajipan bagi seorang suami adalah untuk mencarikan bidan wanita untuk si isteri! Tiada kompromi.

Alhamdulillah, check-up menunjukkan bayi berkembang dengan baik dan sihat, keputusan darah di bulan seterusnya juga menunjukkan Hemoglobin saya di paras yang baik iaitu 13. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Walaupun muntah teruk dan kuantiti makanan yang masuk sangat sedikit dek kerana kerap muntah sehingga suatu tahap muntah darah, namun little caliph tetap sihat di dalam, hebatnya Allah!!

Bagi ibu-ibu yang muntah, jangan lupa untuk minum air walaupun akan muntah juga. Cuba ambil air lain jika tidak mampu  menelan air kosong seperti saya. Sahabat menyarankan minum air sunquick yang dibancuh very dilute dan letak sedikit glucose. Alhamdulillah it works walaupun saya akan muntah juga selepas itu. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan rasa loya. Lagi satu perkara penting, dalam tempoh morning sickness, cuba cari makanan yang serasi dengan kita. Lain orang lain, ada yang hanya mampu makan kentang goreng sahaja.

Saya paling suka nasihat Syira supaya saya enjoy dengan pregnancy saya. Pesanan itu ditujukan sewaktu tempoh morning sickness. Saya hanya berdoa agar semuanya berlalu dengan segera. Apabila Ramadhan menjelang, saya cuba minuman Performance Drink atas nasihat seorang sahabat yang juga sedang megandung. Hal ini adalah untuk mengekalkan elektrolit dalam badan walaupun muntah, Alhamdulillah saya diberi izin oleh Allah untuk berpuasa penuh. Muntah-muntah semakin hilang di pertengahan Ramadhan. Syukru lillah!

Alhamdulillah sekarang sudah mencecah 26 minggu kehamilan, lagi beberapa minggu untuk ditempuhi. Dan alahan mengandung yang saya ada sehingga sekarang saya terima seadanya, think positive dan ia akan hilang usai sahaja bersalin nanti. Rabbi yassir walatu’assir rabbi tammim bil khair..Amiin Ya Allah! Tempoh berpantang mungkin dapat membantu saya kembali kepada keadaan asal inshaAllah!

Sekarang juga perlu selesaikan kerja-kerja di lab sebelum bulan 12, kerana diri sudah merancang untuk writing di rumah selepas bersalin dan tidak perlu kembali ke Johor. Niat untuk dekat dengan anak dan breastfeed anak 2 years and above amiiin! Exsclusively! InshaAllah!

Buat anak ummi yang kerap menendang ummi, terima kasih sebab sudi duduk dalam rahim ummi. Terima kasih kepada yang menciptakan dan memeliharamu sepanjang kehamilan ini. Betapa ummi dan ayah gembira dan bersyukur dengan kehadiranmu. 3 months to go to meet you my little caliph.

InshaAllah usaha jadi ummi terbaik, dan ayah juga sama perlu usaha ok!:)


No comments: