Anak
kecil yang tiada noda. Seronok kan? (Comel gak abang den, tapi time kecil
la.haha)
Ketika
mula menerima wahyu, Baginda resah gelisah. Masakan tidak, satu amanah besar
akan terbeban di bahunya. Di bahu yang cukup mulia. Bergembiralah para sahabat
yang dapat bersama-sama dengan Rasulullah, berjuang bersama Baginda, makan dan
tidur bersama-sama. Apalah ertinya kita sebagai seorang hamba, seorang sahabat
dan seorang khalifatullah. Apa yang sudah saya sumbangkan untuk agama mulia
ini? Tanya soalan itu pada diri kita. Layakkah syafaat Baginda buat diri
kita?Allahu Allah…
Kelegaan
sedikit menjengah kehidupan saat ini. Usai kertas terakhir semalam saya terus mengucap
panjang tatkala melangkah keluar daripada dewan. Astargfirullah.Bimbang, takut dan gembira bercampur menjadi satu. Apakah
ilmu selama ini benar-benar saya rasai dan apakah benar-benar ibrah dikutip.
Mudah-mudahan. Jika tidak sebanyak para ilmuwan Islam, paling kurang ada ilmu
yang sampai ke jiwa dan merasai kebesaran Allah sebagai Tuhan yang menciptakan
sekecil-kecil zarah sehingga ke sebesar-besar langit dan Bumi. Subhanallah.
Perbincangan
petang tadi bersama seorang sahabat sedikit sebanyak mengingatkan kembali diri
yang kadang-kadang alpa. Alpa dengan niat. Kerana niat itu tunjang dalam setiap
amalan. Sesuai dengan hadis pertama yang disusun oleh Imam Nawawi dalam hadis
40.
Detik
dan saat ini, terngiang-ngiang kata-kata Prof Razali Nawawi, antara sosok
seorang pejuang yang sangat saya kagumi kata-kata dan tindakannya.
“Transform
pemikiran kita, tindakan kita, pakaian kita, kata-kata kita, jadikan Allah
sebagai tempat rujukan dalam segala hal, selalu bertanya pada Allah,
isthikarah, adakah apa yang kita buat betul atau tidak”
Kata-kata
ini tersimpan rapi di dalam pemikiran saya. Bukan itu sahaja, gaya penyampaian
beliau juga masih saya ingat. Terima kasih Allah sebab selalu hadirkan
insan-insan yang punya pengalaman-pengalaman berharga. Pernah saya kongsikan
bersama sahabat-sahabat lain. Tetapi tidak pasti sejauh mana kata-kata yang
kita sampaikan ada sahabat-sahabat yang ingat dan buat tindakan. Semacam
perintah Allah kepada hamba-Nya, lalu hamba-Nya terus terpukul dengan teguran
lantas terus bertindak. Indahnya!
Sedikit
coretan pasca kertas akhir semester yang indah ini. Semester-semester yang
pasti akan dirindui. Ada buah tangan untuk sahabat-sahabat yang selalu melawat
blog ini. Nanti saya ‘bagi”. InsyaAllah.
Doakan
saya dapat bentangkan Projek Tahun Akhir dengan baik ya. Doa kalian sangat
dibutuhkan (tetiba Indon)^_^.
No comments:
Post a Comment