Seronok melihat tikus ini. Hidupnya hanya berzikir, beribadah. Mereka bahagia. Saya rindu mereka. Mereka telah tiada. Berbual-bual dengan tikus ada baiknya daripada berbual-bual dengan manusia yang kadang-kadang penuh dengan kata nista dan umpat keji. Allahu Allah. Mohon jauh daripada semua itu.
Alhamdulillah wa syukrillah. Usai membentangkan Projek Tahun Akhir. Terima kasih kepada Dr. Muhammad dan Dr. Munirah di atas komen-komen yang sangat memberangsangkan. Kadang-kadang manusia mudah menerima pujian tetapi lupa semua pujian itu pada akhirnya dikembalikan kepada Allah. Kerana Dia asbab segala-galanya. Sungguh kita ini manusia yang sungguh lemah di sisi-Nya.
Subhanallah, tatkala tafsir Quran dibuka mata terus melirik pada ayat ini;
"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran-Nya) adalah bahawa Dia mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira dan agar kamu rasakan sebahagian dari rahmat-Nya dan agar kapal dapat berlayar dengan perintah-Nya dan (juga) dan agar kamu dapat mencari sebahagian dari kurnianya agar kamu bersyukur.
(Ar-Rum : 46)
Tatkala saya sedang mengemaskini thesis yang telah diperiksa oleh pemeriksa thesis, fikiran ligat memikirkan keadaan di Myanmar dan Syria. Apalah agaknya yang mereka sedang lakukan dan hadapi saat ini. Lantas Al-Quran dicapai. Hati berbunga-bunga dengan petunjuk Allah yang satu ini. Yakin bahawa mereka yang terpilih untuk berjuang dengan rejim yang tidak berperikemanusiaan akan tumbang akhirnya. Mereka syahid di jalan Allah. Haruman syurga pasti akan dapat dicium. Apalah ertinya hidup tanpa iman dan kasih sayang Allah.
Hampir setiap hari ada sahaja umat Islam yang mati. Sudah beribu-ribu malah mungkin hampir mencecah puluhan ribu. Ya Allah. Engkau Yang Lebih Mengetahui. Kadang-kadang rasa seperti mahu berhenti buat semua perkara. Mahu ke sana. Bosan dengan politik jijik dan kotor tanah air. Bosan dengan pemimpin yang bermuka-muka dan bermewah-mewah.
Sahabat-sahabat, usah leka dengan dunia kita. Di sini kita menjamah makanan yang enak-enak, senyum dan bergelak ketawa, sibuk dengan dunia sementara, tetapi peruntukkan sedikit waktu untuk kita mendoakan mereka, peruntukkan waktu untuk munajat kepada-Nya, waktu untuk kita bermuhasabah.
Syria, Myanmar, Palestin, Selatan Thailand kami bersamamu bersatu di dalam doa. Tidak banyak yang mampu dilakukan. Teruskan berdoa dan sebarkan maklumat-maklumat yang berkaitan agar orang lain tahu dan cakna dengan isu besar yang melanda umat Islam saat ini.
Ihzimhum wansurna 'alaihim!
Peringatan yang paling dekat adalah buat diri yang menulis. Ini saksi di Padang Masyar kelak. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya dan kalian semua!
Peringatan yang paling dekat adalah buat diri yang menulis. Ini saksi di Padang Masyar kelak. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya dan kalian semua!
No comments:
Post a Comment