Perkampungan Menara Gading Negeri Sembilan 2012
13 - 15 April 2012
UITM Beting, Kuala Pilah
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Hanya Allah yang tahu betapa saya cukup bersyukur, terharu dan gembira kerana program ini telah berjaya dilaksanakan dengan tenaga kerja yang sedikit dan dugaan yang cukup banyak juga sebelum berlangsungnya program ini. Namun sahabat-sahabat sangat kuat dan itu juga menambahkan lagi kekuatan saya. Semoga adik-adik ini bakal mencorakkan kepimpinan negara pada masa akan datang.
Mungkin bukan pada zaman kita Islam kembali gemilang, mungkin pada zaman adik-adik ini atau anak-anak kita nanti insyaAllah. Saya juga mengharapkan agar kelak jika punya anak akan ada insan-insan yang membimbing anak-anak saya melalui program-program sebegini. InsyaAllah.
Contoh mudah kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh menakhluk kota Konstantinople. 800 tahun kemudian barulah hadis Nabi menjadi kenyataan. Jangan pernah putus asa. Semoga usaha kecil ini mendapat nilaian di sisi Allah s.w.t.
Terima kasih kepada Kak Atiqah dan Abang Fezal terutamanya. Dan tidak saya lupai barisan fasilitator, komiti dan kepada merek ayang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Hanya Allah jua yang mampu membalas kebaikan kalian. Barakallahulakum.
Semoga Allah tetapkan hati-hati kami di jalan ini. Kekalkan kemesraan hati-hati ini dan hidupsuburkan hati ini dengan cahaya iman yang tidak pernah kunjung malap. Ameen Ya Rabb!
Terima kasih Allah untuk sebuah anugerah.
Memetik kata-kata seorang tetamu jemputan,
" Bersyukurlah jika anda pandai dan mampu ke manara gading walaupun mak ayah kita tidak belajar tinggi, kerana otak kita ini adalah gabungan otak mak dan ayah kita yang melahirkan kita"
Allahu Allah. Benar sekali!
Terima kasih mak, terima kasih abah. Tanpa kasih sayang Allah tidak mungkin kita dapat mengecapi nikmat-nikmat yang tidak henti-henti. Lafazkan syukurmu.
No comments:
Post a Comment