Alhamdulillah pada 2-4 Mac 2012 yang lalu berkesempatan ikut supervisor ke Pulau Pangkor. Semua pelajar di bawah supervision Prof Ridzwan ikut kecuali seorang. Setelah mesyuarat kami sepakat untuk tetap ke Pangkor walaupun pada awalnya agak ragu-ragu sebab baru terjadi kes Cikukunya berdekatan dengan tempat yang ingin kami tuju atau lebih tepat tempat penginapan kami, Teluk Nipah.
Kami bertolak lebih kurang 8.15 pagi pada hari Jumaat dan kemudiannya sampai di Lumut jam 5 lebih. Menaiki feri ke Pangkor Island dan lebih kurang setengah jam kami tiba di destinasi yang ingin kami tujui. ALhamdulillah. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini (Rasanya).
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof Ridzwan dan pembantu peribadinya, Kak Su. Dari penginapan sehingga makanan Prof tanggung. Ingatkan ke sini untuk sampling tetapi rupanya memang bercuti sakan. Dapat kenal Prof lebih dalam dan Prof sangat comel orangnya. Kami terasa sepert seorang ayah yang melayan kerenah anak-anaknya. Alhamdulillah hanya keluar duit untuk membeli belah sahaja.Huhu. Itu pun tidak tahu apa yang ingin dibeli. Tidak tahu mahu beli apa untuk keluarga dan sahabat-sahabat sampai tanya mak minta cadangan. Pangkor hanya terkenal dengan pulaunya yang indah dan aktiviti sukan air dan beberapa tempat bersejarah. Berjalan, Melihat dan Mentafsir. Alam ini suatu anugerah. Semua yang ada di dunia ini adalah alam termasuklah diri kita kecuali Allah Azza wa Jalla.
Berapa kali agaknya kita betul-betul menghayati alam ciptaan ALlah? Betul-betul memikirkan kebesaran dia. Tidak perlu lihat jauh, diri kita sendiri adalah ciptaan yang sungguh hebat!
Biar gambar yang berbicara tapi den juga yang kena cerita. Huhu.
Alhamdulillah selamat sampai, masing-masing bergaya dengan topi masing-masing. Harga topi di sana dari serendah RM 10- RM 20. Topi saya hilang sewaktu balik, Dodi pakai dan hilangkan!Huhu.
Kami pelajar di bawah kelolaan Prof Ridzwan Hashim. 8 orang pelajar degree, seorang pelajar Master dan seorang pelajar Phd.
Prof sabar tunggu makan malam. Di sana malam-malam tiada pula masakan panas, kena makan makanan laut. Semua orang kebulur nasi. Orang kedai kesian masakkan nasi goreng kampung. Saya pula pilih Tomyam! Bro Osama kelihatan sungguh lapar sekali. Beliau pendiam, tetapi seronok berbual-bual mengenai kehidupan belajarnya di Jordan sehinggalah UIA. He used to be Veterinary right after his degree in Jordan. 4 years of Phd life in IIUM Kuantan (lamanya). Beliau pernah jadi Lab Demonstrator kami sewaktu kami di Tahun Pertama. Dan sekarang beliau sudah selesai menghantar thesis. Tahniah!
Dekat sini van dipanggil teksi. Jadi teksi ini yang setia membawa kami ke destinasi-destinasi yang ingin ditujui. RM 60 untuk pergi balik. Mahal!
Jalan-jalan di kawasan runtuhan Kota Belanda, jumpa pula pak cik yang jual kapsul dan minyak dhab. Tertarik sebab kebetulan research mengenai ini. Bila tanya pak cik yang menjual katanya minyak dhab ini orang guna juga untuk santau. Allahu'alam. Katanya santau akan keluar bila minyak ini digunakan. Alhamdulillah syukur minggu lepas baru tamat kerja-kerja lab dek kerana tikus yang sampai lambat. Alhamdulillah syukur. Semoga Allah bantu urusan thesis dan analyzing the results.
Mula-mula bergambar dekat Batu Bersurat Pangkor saja-saja. Semalam baru kawan cakap ada gambar harimau. Sejujurnya memang tidak perasan langsung. Cuba kalian tengok kat atas kepada kami, ada gambar harimau, tidak jelas. Gambar harimau tangkap seorang budak. Bila google sejarah Batu Bersurat ini tidak banyak penceritaan mengenainya.
Prof bawa kami melawat Mak Ngah, sekarang suaminya sudah pergi menghadap Ilahi. Prof cerita bahawa Mak Ngah dan arwah suaminya dikenali sewaktu zaman dulu-dulu Prof buat kajian gamat. Keluarga ini banyak membantu Prof dalam kajiannya. Sekarang Mak Ngah tidak jelas jika bercakap. Ada masalah pada tonsilnya dan beliau baru selepas operation. Prof Ridzwan dan gamat sangat sinonim:)
Bersedia menaiki bot nelayan. Hampir RM 400 lebih sewa bot ini. Prof usahakan juga agar kami dapat mengelilingi Pulau. Alhamdulillah suatu pengalaman berharga. Kami naik bot yang di belakang tu.
Get set go..
Comel ikan buntal ini. Dikeluarkan isinya, dikeringkan dan dibuat perhiasan. Orang yang ada dekat tepi buat muka pelik apabila saya capture gambar ikan buntal ini.
Chalet yang berdekatan
Minta maaf saya lupa nama pak cik yang bawa kami mengelilingi Pulau Pangkor. Semua pulau yang kami jelajahi diceritakan sejarahnya. Katanya Pulau Pangkor ini pernah dijadikan penempatan orang sakit kusta dan beliau ada menunjukkan tempat mayat-mayat dikuburkan. Seram. Huhu. Kami berhenti seketika memancing. Kerapu masuk umpan!Alhamdulillah.
"Pak cik ni apa"?...Tanya saya. "Haa..kalau kamu nak buang, buang je kat situ"..."Eh mana pula bahan buangan tu pergi?"..."Kami tak de nak simpan2, buang terus kat bawah tu"...Oh tidak! Kesian dekat ikan-ikan, mahu pengsan agaknya dengan bahan kumuh manusia. Pencemaran!
Pak cik ni yang setia gilir-gilir pandu bas. Prof bawa mereka sekali. Seronok dengan cerita pak cik berdua ini mengenai kehidupan askar mereka. Tidak sangka mereka bekas askar. Masakan mereka sangat sedap. Hasil tangkapan hari itu dijadikan makan malam kami. Alhamdulillah. Fresh dari laut dan bertambah seronok bila dapat makan hasil tangkapan sendiri.
Hasil tangkapan hari itu. Ikan Amir Fatihi paling besar. Rezeki orang yang dah nak nikah. Alhamdulillah dah selamat jadi suami orang. Tanggungjawab pun semakin besar.
Amir seronok bukan kepalang!
Prof telefon isteri agaknya
Semua muka tidak sabar nak pergi snorkelling
Alhamdulillah. Allah bagi rasa hayati keindahan alam dan pengalaman atas bot nak menuju ke tempat snorkelling sangat best. Sebab abang yang bawa bot ni bawa sangat laju sampai rasa nak terbang jadinya.
Kami berhenti sebentar di kawasan yang banyak sangat Gamat. Yang ini jenis Holothuria. Nampak kan stick fluid warna putih. Masa kami ambil tiada rembesan putih tapi selepas pegang-pegang gamat ini keluarkan cecair ini. Sebab gamat ini under stress.
Tadaa...sewaktu tengah snorkelling terjumpa gamat. Tetapi gamat yang Prof guna gamat Emas berwarna kuning. Merasa juga pegang gamat, mula-mula agak geli tetapi rasa seronok bila memerhatikan struktur gamat ini dan paling seronok Brother Osama terangkan mengenai spesies gamat ini. Dapat ilmu baru!
Kak Shu yang setia melayan adik-adik. Master student. Terima kasih juga Kak Shu banyak tolong kami dalam FYP.
Tiba masa pulang. Prof menanti sample gamat beliau. Kami tidak berpeluang sampling gamat sebab tidak dapat bot, akhir sekali Prof upah kenalannya yang ada di Pangkor untuk ambilkan. Jadi selama kami di sana hanya bercuti. Memang betul-betul bercuti walaupun pada hakikatnya banyak kerja yang menanti. Paling seronok keesokannya ada kuiz Clinical research 3 Chapter:)
Alhamdulillah, Prof gembira gamat beliau sudah tiba
Selamat tinggal Pangkor. Till we met again.
"Alhamdulillah Terima Kasih Allah. Alam ciptaanMu sungguh hebat. Mengenangkan kebesaranMu sewaktu mengelilingi Pulau Pangkor. Betapa diri ini sungguh kerdil . Jarang sekali kami bersyukur. Hasil tangkapan nelayan, titik peluh mereka tidak terbalas oleh kami. Betapa kami sungguh selesa menikmati segala nikmatMu ini, jauhkan kami dari lalai dari mengingatiMu Ya Allah. Bantu kami memperbaiki amal kami, bantu kami mengingati-Mu dan mensyukuri nikmat-Mu Ya Allah"
1 comment:
untunglaaa....
Post a Comment