Sunday, March 25, 2012

Al-Fatihah

Aunty Ana duduk barisan hadapan, kiri sekali, bersama anaknya

Sedang leka membaca journal gara-gara mahu menyiapkan assignment Drug Delivery System yang perlu dihantar minggu hadapan, saya menerima panggilan dari mak. Innalillah..saya menerima berita pemergian Aunty Ana, sepupu mak. Arwah merupakan seorang doktor perubatan. Dr. Alhana Ahmad. (1979-2012). Al-Fatihah buat keluarga Tok Cu dan Wan Cu atas pemergian anak tercinta. Perjalanan menuju Tuhan, itu suatu yang pasti.

Selama satu tahun 3 bulan arwah berjuang dengan Kanser Darah dan telah menjalani sebanyak 10 kali kemoterapi dalam usaha membunuh kanser-kanser sel. Ujian Allah. Sungguh benar-benar ujian. Suami setia menemani di saat beliau menghembuskan nafas terakhir. Disangka arwah sudah sihat rupa-rupanya tidak. Lihat sahaja wajah ceria beliau di walimah adiknya baru-baru ini, Mak Cik Adyani. Mak Cik Adyani sebaya abang saya yang sulung tetapi beliau pangkat mak cik jadi kena panggil mak cik.

Saya teringat tahun lepas sewaktu pergi menziarahi Tok Cu dan Wan Cu di Melaka. Kelihatannya anak Aunty Ana bermain berseorangan sambil Tok Cu sedang menunaikan solat. Anak kecil itu tidak mengerti apa-apa. Ibunya berada di hospital saat itu. Sayu. Anak itu bakal membesar tanpa ibu di sisi. Andai suatu hari Allah kurniakan ibu untuknya. InsyaALlah. Barangkali itu yang terbaik.

Meninggalkan 2 orang anak lelaki dan seorang suami yang penyabar. Semoga Allah membalas kesabaran itu dengan sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah.

Tok Cu dan Wan Cu, moga tabah hadapi ujian ini. Allah lebih sayangkan arwah. Diuji dengan penyakit kanser bukan sesuatu yang mudah. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Allahuakbar!


Setiap kali saya menerima berita kematian sahabat-sahabat, ahli keluarga dan ahli keluarga orang lain, pasti soalan ini akan diajukan pada diri sendiri berulang kali.

"Sudahkah aku menjadi hamba Allah yang baik"?

Luas maknanya. Kalian tafsirlah sendiri. Mudah-mudahan berita seperti ini mampu menaikkan iman kita yang disusuli dengan penjagaan akhlaq, amal dan sebagainya. Benar hidup di dunia ini hanya sementara. Namun berapa ramaikah di antara kita yang benar-benar menghayati bahawa hidup ini hanyalah sebuah persinggahan dalam perjalanan menuju Allah pada bila-bila masa.

Teman andai diri tersungkur ingatkanlah. Keluarga, andai diri jatuh bangunkanlah. Ya Allah, andai aku leka dengan dunia dan seisinya sedarkanlah dan pimpin aku ke jalan yang Engkau redhai. Allahumma amin.

Allahumma firglaha warhamha wa'afiha wa'fu'anha. Ameen Ya Rabbal Alamin.

Al-Fatihah.



3 comments:

Unknown said...

assalam..sy mengenali arwah ketika bekerja di jasin.arwah juga rajin berbisnes ditempat kerja. Masalahnya,sy masih lg berhutang pf arwah dan ingin melunaskan hutang sy tu tp malangnya sy tdk berkesempatan utk berjumpa dgn arwah.sy pernah bertanya pd seorang ustazah berkenaan hal ini dan beliau meminta sy menghubungi keluarga arwah,klu tdk dpt boleh membayar/menderma jumlah hutang dgn niat menbayar hutang pd arwah.

Walaubagaimanapun,sy ingin sekali menghubungi keluarga arwah utk membayar hutang namun sy tdk tahu dimana keluarga arwah berada...boleh bantu saya???
Terima kasih

Fatimah bintun Qamar said...

Allah..maaf baru baca comment ni..InshaALlah boleh call mak saya yang merupakan cousin kepada arwah, nanti dia akan bagitau no telefon mak arwah/keluarga arwah ye..

013-2226906

Fatimah bintun Qamar said...

Ini nombor mak kepada arwah 063355411