+
=
Minggu lepas mengalami demam biasa tetapi membuatkan diri tidak selesa. Dari melepek atas katil gagahkan juga diri lawan rasa lemah. Tahan dulu daripada mengadu dekat mak^_^.Bagi support pada badan dan jangan nak bermanja-manja. Exam is just around the corner jadi kesihatan kena molek, nanti ibadah pun senang. insyaAllah.Dan Alhamdulillah hari ke 3 semakin baik. Terima kasih Allah. Terima kasih Madu Manuka. Terima kasih Green Tea.
Saya teringat sewaktu berada di Tahun Pertama di Kuantan. Kelas Sr. Wahida. Beliau sekarang sudah ada title Madam. Sewaktu kelas Epidemiology dahulu Madam ada mengingatkan kami agar tidak mengambil sebarang ubat sekiranya demam. Cuba sedaya upaya minum air banyak-banyak atau boleh makan apa-apa makanan tambahan.
Sejak berada di Kampus Kuantan dan dapat bermacam-macam ilmu termasuklah side effects cause by synthetic drugs dan yang sewaktu dengannya. Jadi saya mula membaca tetapi hanya melalui artikel-artikel di internet dan Google Books. Dan ditambah pula dengan perancangan Yahudi dan bermacam-macam lagi yang memeningkan kepala. Dan sejak itulah saya mula semaikan perkara yang sama pada keluarga.
Pernah suatu ketika adik demam tetapi saya menghalangnya ke klinik pada waktu itu. Saya meminta adik untuk ambil Vitamin C dan madu. Walau apa pun caranya, sekiranya terdesak dan memerlukan modern medication just go for it. Saya juga jika terdesak pasti akan berjumpa doktor untuk segera baik dari masalah pernafasan.
Allah yang memberi sakit. Bukankah sakit itu kifarah dosa. Sewaktu sakit la banyak pujuk diri supaya sabar. Allah nak kurangkan sikit dosa. Allah nak uji. Sungguh saya ini tidak mampu menandingi sahabat-sahabat Nabi yang berdarah seluruh badan tetap mara berjuang. Allahu Allah.
Ibrah untuk diri sendiri:
1. Kalau sakit mengadu pada Allah bukan pada manusia. Utamakan Allah baru manusia
2. Pujuk diri supaya banyakkan sabar jika diuji dengan kesakitan. Pasti banyak pahalanya!
3. Sihat untuk ibadah
4. Jagalah kesihatan hebat macam mana pun, kalau dah takdir Allah nak bagi sakit, pasti akan sakit juga
5. Apa-apa niatkan lillahita'ala
"And when I am ill, it is He who cures me"
(Ash-Syu'ara: 80)
No comments:
Post a Comment