Thursday, February 23, 2012

Palestin Asia Tenggara

For abah with love



Semoga sama-sama dapat manfaatnya. Syukran kathir sebab kebanyakan buku yang abah beli kami yang rembat:). Sekarang, rasa nak bagi abah buku ini. Tidak sabar untuk pulang dan hadiahkan buku ini untuk abah!


Ya Allah, kau kuatkanlah abahku ini dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup di dunia dan akhirat, tambahkan iman di dalam dirinya, kuatkannya untuk terus beramal ibadat dan membuat kebajikan, dan jadikanlah dia seorang suami dan ayah yang soleh, redhai dan berkatilah dia Ya Allah.

Allahumaa ameen.

Wednesday, February 15, 2012

Diktator dan London


Revolusi kebangkitan rakyat era baru telah menyaksikan penumbangan rejim-rejim diktator seperti Husni Mubarak, Ben Ali dan Muammar Ghadafi. Wayamkuruna wayamkurullah, wallahu khairul makirin! Menantikan episod seterusnya dengan doa. Teruskan menyebar kebenaran demi Islam. Sebarkan video-video yang berkaitan agar dapat mencetus tahu.

Hari ini pula berita yang paling menarik minat saya mengenai Kota London yang dibanjiri dengan Jemaah yang solat Jumaat. Subhanallah. Sesak dengan Jemaah sehingga tidak cukup ruang di dalam masjid. Ada ulama yang menafsirkan tanda kiamat seperti terbitnya matahari di sebelah Barat menandakan Islam akan muncul di Barat. ALlahu'alam.

Kebangkitan Islam di akhir Zaman. Allahu Yuhibbul Muhsinin!


Allahu Ghaffur

Thursday, February 9, 2012

Satu rindu



Penuhi hati ini dengan satu rindu
Rindu untuk mendapatkan cintaMu
Penuhi jiwa ini dengan satu cinta
Cinta untuk mendapatkan rahmatMu


Tuesday, February 7, 2012

Law kana bainana?

Saya suka membaca status-status yang dikongsikan oleh Ustaz Zaharuddin di Facebook. Sungguh tulus dan ikhlas. Hakikat saya tidak tahu keikhlasan seseorang tetapi statusnya cukup membuatkan saya berfikiran sebegitu. Semoga Allah merahmatimu Ustaz.

Medium Facebook sangat berguna untuk perkongsian ilmu-ilmu agama, nasihat, informasi terkini dan sebagainya. Ruang kebaikan itu banyak dan ruang keburukan itu juga banyak. Syaitan akan mencucuk anak Adam sehingga berjaya. Kita lah yang mengikut ajakan syaitan dan bukan syaitan yang salah. Sejauh mana kita berada di bawah pengaruhnya kerana itu sememangnya tugas syaitan dan kaum kerabatnya untuk menyesatkan anak Adam. Maka usah terlalu menyembang kosong. Selain bertanya khabar dan sebagainya manfaatkan ruangan ini untuk amar makruf dan nahi mungkar, insyaALlah. Malaikat sentiasa mencatit amalan kita seharian.

Dua hari lepas merupakan hari kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w walaupun ada ulama sufi yang berpendapat Nabi Muhammad s.a.w lahir pada 9 Rabiulawal. Apa pun bulan ini bulan di mana manusia agung dilahirkan dan membawa cahaya ke seluruh alam. Pastinya kita umat akhir zaman adalah umat yang begitu mendambakan anugerah syafaat dari Baginda di akhirat kelak.

Jika benar kita cinta akan Nabi Muhammad sudah pasti kita laksanakan sunnah-sunnahnya. Jika masih liat manifestasi cinta kita masih lagi samar. Mahabbah yang kita laung-laungkan masih palsu barangkali. Sesuai dengan status Ustaz Zaharuddin di laman Facebook beliau. Sungguh benar. Teringin kongsi di sini. Sama-sama hayati. Buat kita insan yang masih lemah yang cuba mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari segala apa yang ada di Bumi ini.


"Ramai yg berulang2 berkata "Jika Rasulullah bersama kita" seolah-olah semua akan menjadi mukmin/mukminah yang hebat jika Rasulullah masih ada. Namun sedarlah, ramai manusia termasuk orang Islam yang hidup sezaman dengan Baginda, yang rapat dan kerap belajar darin Baginda dipanggil SAHABAT dan mukmin tulen, manakala masih ramai yang hanya digelar muslim biasa dan sebahagiannya dipanggil A'rab atau orang Badwi, ramai pula yang munafik dan penentang Baginda, pembencinya. Justeru, kalau Baginda bersama kita; ilmu, iman dan minda kit ahari ini melayakkan kita masuk dalam kategori mana? Perhatikan majoriti hidup kit anescaya kita akan temui jawapannya. Kalau risalah Baginda pada keutamaan terbawah pada kehidupan, itulah watak munafik, penentang dan pembenci Nabi 1400 tahun dahulu"


Sampaikan walaupun satu ayat.

Antara dirayah dan riwayah

Berpesan Ustaz Raja Mukhlis tentang Kepentingan Sanad dalam Sistem Pembelajaran Islami dan Periwayatan Warisan Islam (Turath Islami) :

"TRADISI Ilmu Islam sangat mementingkan sanad selain daripada kefahaman terhadap isi kandungan kitab kerana ilmu Islam bukan sahaja diwarisi secara dirayah (kefahaman) tetapi juga diwarisi secara riwayah iaitu secara bersanad bagi memastikan kitab-kitab yang diriwayatkan tersebut jelas nisbahnya KEPADA PENULIS ASALnya. seseorang penuntut ilmu agama perlulah mencari guru yang benar-benar mempunyai keahlian dalam ilmu agama, yang mana mereka mewarisi ilmu-ilmu Islam dan hadith-hadith Nabawi secara bersanad dan pernah melalui proses bertalaqqi sebelum itu.

Manhaj ini jika tidak dipelihara akan melahirkan generasi pewaris ilmu agama yang cacat kefahamannya tentang agama itu sendiri, akhirnya mewujudkan KESESATAN dalam masyarakat Islam itu sendiri.Benarlah kata sebahagian salafus-soleh bahawasanya, ilmu agama itu akan lenyap sekiranya budaya meriwayatkan ilmu secara bersanad dan bertalaqqi mula pupus. Fenomena yang BURUK akan wujud disebabkan generasi penutut ilmu tidak mengambil ilmu daripada sumber asalnya secara manhaj islami.

Mana mungkin urusan agama diserahkan kepada golongan yang mengambil ilmu agama daripada buku-buku semata-mata, bahkan ada yang sekadar mengambilnya daripada buku-buku versi terjemahan semata-mata. Ini suatu kepincangan dalam tradisi ilmuan Islam itu sendiri.

Seruan ke arah kembali kepada sistem talaqqi secara bersanad amat diperlukan kerana itulah budaya pembelajaran para salafus-soleh terdahulu. Institusi-institusi yang meneruskan tradisi ini harus dibela dalam rangka menyaingi suatu sistem pembelajaran versi sekular yang tidak lagi mementingkan sanad ilmu, tetapi sekadar mementingkan sijil semata-mata"


Yang kurang rajin atau tidak berkesempatan atau banyak alasan atau sebagainya, cubalah lapangkan masa. Kelapangan masa milik Allah s.w.t. Jika tidak sekarang bila lagi?Bandingkan masa anda untuk majlis-majlis ilmu dengan yang lain? Tidak rugi bukan, malah malaikat turut sama mendokan. InsyaALlah;)



Sunday, February 5, 2012

Waiting for the call


Ini lebih kurang macam lagu Irfan Makki. Memang pun. Bukan saya seorang sahaja yang berangan-angan mahu menjadi tetamu Allah di Masjidil Haram. Semua orang sudah pasti! Bezanya ada yang bercita-cita ingin ke sana pada usia muda dan ada pula sebaliknya. Solat di hadapan Kaabah, merasai apa yang mereka rasa, perasaan gembira, sayu dan bermacam-macam perasaan yang dikongsikan oleh tetamu-tetamu Allah yang berpeluang ke sana. Ya, Makkah Al-Mukarramah.

Abah, kalau abah baca entri ct yang terbaru ini ketahuilah abah ct nak sangat pergi. Abah ada cakap nak bawa wan sekali. Bila abah??Huhu. Perkara yang sama yang selalu orang cakap ialah sekali pergi pasti mahu pergi lagi. Terasa rindu dan seperti Kaabah melambai-lambai. Dan sebelum mengerjakan haji kita digalakkan untuk berkenal-kenalan dulu dengan ibadah yang satu ini dengan mengerjakan umrah terlebih dahulu.

InsyaAllah perbanyakkan doa agar kita dijemput Allah ke sana suatu hari nanti. Lahawlawala quwwata illabillah.



Jauh beza kan suasana dahulu dengan sekarang. Kemudahan sudah banyak. Boleh memuatkan beribu-ribu jemaah haji pada satu-satu masa. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Tidak kurang juga ada yang mati dek kena pijak. Tambah-tambah bila tawaf, orang-orang Arab badannya kalian pun tahu kan;) Meninggal di Tanah Suci Mekah dalam keadaan niat yang bersih menghadap Ilahi pastinya suatu yang manis, moga syurga buat mereka yang menghembuskan nafas terakhir di sana.



Mana tak cemburunya, cuba tengok Mike Tyson pun dah pergi. Huhu. Alhamdulillah hidayah milik ALlah, cepat atau lambat sahaja. Orang yang baru masuk Islam lagi hebat imannya dari orang yang sudah memang Islam turun temurun. Termasuk tuan punya badan yang menulis. Oh Ya Allah I am trying my best to be the best servant and caliph with Your Guidance. InsyaALlah.



Yang ini lagi la cemburu abang dah berkesempatan ke sana. Apa pun saya selalu berangan Allah memberi saya mimpi neraka. Kelakar? Ini realiti. Semoga dengan hadiah mimpi neraka saya akan punya azam yang lebih kuat untuk berusaha memperbaiki diri dan amal. Dan tidak lupa usaha memperbaiki keadaan sekeliling dengan kudrat yang ada. Doakan saya ye sahabat2. Saya teringat pesan ustaz Zaharuddin.

Ustaz cakap kalau hari ini kita berjaya dan dapat apa-apa sahaja dalam hidup kita jangan lupa barangkali itu adalah disebabkan doa sahabat-sahabat, ibu bapa, guru-guru dan orang-orang yang kita pernah tolong. MasyaAllah itu sangat benar. Terima kasih buat sahabat-sahabat, mak abah dan sesiapa sahaja yang mendoakan saya. Hanya Allah yang hanya mampu membalasnya.

Abu Faiz cakap doa orang yang betul-betul ikhlas mendoakan kita di kala tanpa pengetahuan kita insyaAllah makbul!:)

Jom doa banyak-banyak Allah bagi kita peluang menjejakkan kaki di Tanah Haram. Ongkosnya pun kena ada!^_^ InsyaALlah. Hayati kulluha lillah!

Friday, February 3, 2012

From Dr. Stephen Carr Leon

Yahudi lebih mengamalkan sunnah dari umat Islam sendiri. Iktibar buat kita. Dah banyak kali baca sebelum ini, tapi baru terdetik nak berkongsi di blog. Ada juga saya baca perkongsian wartawan TV 3, Saudara Razali Awang yang berkesempatan ke Gaza. Apa pun Yahudi suka mengada-adakan cerita. Saya teringat kisah seorang pendeta Yahudi pada zaman Rasulullah yang akhirnya memeluk Islam apabila hajatnya untuk melihat tanda-tanda bahawa Nabi Muhammad atas Nabi terakhir utusan ALlah kepada seluruh umat Islam tercapai. Pendeta tersebut memberitahu bahawa Yahudi adalah bangsa yang suka mengada-adakan cerita.

Jom baca perkongsian di bawah oleh Dr. Stephen Carr Leon. Sama-sama ambil iktibar. Demi Islam dan ummat Islam.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.


Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir 8 tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum - kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.

Thursday, February 2, 2012

One of my inspiration

Me : Salam prof. Ada di bilik tak lepas Zohor nie? Ada kawan nak jumpa.

Tiba-tiba prof telefon. Dalam hati, mesti prof nak menyembang (baca: cakap panjang lebar). Hehe.

Prof: Ni wan najihah ke?

Me: Tak la prof, ni Siti Fatimah.

Prof: Owh..boleh. Datanglah kat Kota Kinabalu.(Prof buat lawak)

Me: (Gelak). Prof dah ke Sabah ke, berapa lama di sana?

Prof: Setahun. Selamat bekerja. (sambil ketawa)

Me: Biar betul prof ni?Prof main-main ke?

Prof: Betullah, saya dah quit UIA berkhidmat kat UMS pula.

Me: Betul ke ni? Janganlah main-main prof. (Macam tak percaya sebab prof ketawa lepas cakap).

Prof: (Ketawa lagi). Nanti 7hb saya ada lah.

Me: Ok, prof ni main-main pula saya ingat betul tadi. Ok jumpa prof nanti ye.

Prof: Ok

Me: Thanks prof, Assalamu'alaikum

Prof: Wa'alaikumussalam

Prof Dr. Ridzwan merangkap supervisor saya untuk Projek Tahun Akhir. Sangat baik dan low profile. Itu yang saya dapat gambarkan. Kalau jumpa mesti dia akan bagi semangat, inspirasi dan saya paling suka ayat ini "I believe you can do it, prove to me". MasyaALlah saat itu bergenang air mata dan terus bersemangat. Pasakkan segala usaha kerana Allah dan yakin bantuan Allah senantiasa ada selagi ingatan masih pada-Nya.

Mendengar cerita rakan-rakan lain yang punya pahit manis dalam perjuangan menyiapkan projek tahun akhir, saya sambut dengan ratib syukur pada Allah s.w.t atas segala ketentuan-Nya pada saya. Allah knows what are the best for us! Jangan mudah putus asa, optimis dan doa banyak-banyak. InsyaALlah semua akan ok.

Thank Allah for this great supervisor and great team under supervision of Prof Ridzwan. Semoga kalian berjaya siapkan thesis masing-masing. Jangan lupa kita hamba jadi tugas hamba lakukan apa yang tuan suruh. Tuan bagi makan jadi hamba kena ikut suruhan tuan. Semoga kita juga berjuang menjadi hamba-Nya yang terbaik.

Serba sedikit mengenai Prof Dr. Hj Rizwan Hashim.


PERSONAL DETAILS
Post : Professor
Department : Biomedical Science

Education Background

Senior Cambridge and Malaysian Certificate of Examination (1969)
Diploma Agriculture Malaya (1972)
Bachelor of Science, LSU, USA (1974)
Master of Science, University of Arkansas, USA (1976)
PhD. University of Strathclyde, Scotland (1982)

Employment Background
Panel LESTARI IRPA UKM (1999- )
Chairman, International Conference of Advanced Science and Technology, Kulliyah of Science, IIUM August 5-7 2003
Committee Member (Academic) establishment of the Institute Oceonography, Pulau Tuba Langkawi Islands, IIUM ( 2003-)
Head, Department of Biotechnology, KoS, IIUM July 1st 2003 - 30th June 2004.
Deputy Dean (Academic Affairs), KoS, IIUM. July 1st 2004 - 2005
Dean, Kulliyyah of Science, IIUM. June 1st 2006- Present

Selected Publications
Ridzwan Hashim. Sumber Makanan Pesisiran Laut Sabah. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.1993.. 304p.(In Malay)
Istilah Perubatan (Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia) Section 1 (A-M) & II (n_Z). Sekretariat Istilah, Fakulti Perubatan, UKM (Permanent member) 1981. pp 1-447.
Ridzwan Hashim. Ginjal, Air dan Elektrolit. Completed (to be translated into English) 2001.
Ridzwan Hashim 2005. Gamat. Luxor Network P. Jaya, Selangor. P. 49
Ridzwan Hashim 2006. Sea Cucumber: The Malaysian Heritage (Editing-Submitted for publication) pp 1-240.

In Magezines & Newspapers
Ridzwan, H., I. Norhadi and G. Zahala. 1988. Sumber Rezeki Penduduk Pesisiran Pantai Sabah, Daily Express, June 1998. (Two series) (In Malay).
Hashim, R. B. and Y. Ismail. 1984. Mentimun laut Sabah, SENADA, Penerbit UKM Bangi.
Malaysia Book of Records. The first to rear sea cucumber in cages. New Milennium 2000.
Berita Minggu Perspektif November 5, 2000: Kota Gamat.
Ridzwan, B.H. 2003. Gamat: Tradisional dan Sains II (Part I – 15-12 August 2003). Mingguan Wanita 3-9 October 2003.
Utusan Melayu March 17, 2004: Gamat sumber baru akuakultur.
The Star August 9, 2004: Sea Cucumber over Harvested.
Utusan Malaysia November 22, 2004: Populasi gamat di Langkawi tinggal 30 Peratus.
Utusan Malaysia 2005: Fenomena Luar Biasa – Antara timun laut dan Gamat.
Harian Metro January 13, 2005: Dr. Ridzwan pakar gamat.
Mingguan Wanita April 2005: Gamat Stichopus hermanii: Sumber Laut menakjubkan.
Utusan Malaysia April 7, 2005: Pakar gagal kenal pasti punca ratusan timun laut mati.
Harian Metro May 10, 2007: Pelbagaikan produk gamat.
KOSMOS December 7, 2009: Profesor Ternak Gamat.