Thursday, June 16, 2011

Latihan penuh ujian


Hidup ini penuh dengan pilihan. Anda ada pilihan untuk baca atau tidak artikel ini. Anda ada pilihan untuk baca sehingga hujung atau berhenti di tengah. Anda ada pilihan untuk mempraktikkannya atau tidak. Anda ada pilihan memilih kesan daripada apa yang anda amalkan ?

Saya memahami hidup begini:

  • Banyak pilihan
  • Atas pilihan ada pilihan
  • Pilihan yang banyak menyebabkan ramai yang ketagih berbuat sesuatu
  • Pilihan yang banyak ini kekadang membuntukan
  • Banyak realiti kehidupan yang perlu difahami bagi membuat pilihan
  • Pilihan ini juga dikaitkan dengan kebebasan
  • Pilihan ini dikaitkan dengan qadha qadar
  • Ramai yang berjaya kerana membuat pilihan, ramai yang gagal juga kerana membuat pilihan
  • Pilihan diberi, pilihan diterima
  • Jika seseorang mampu untuk mengikuti latihan membuat pilihan, sudah tentu ia akan menguatkan jati diri seseorang.

Cuba bayangkan anda pergi ke suatu latihan. Anda diberi peluang apa sahaja dari awal sampai akhir untuk membuat pilihan. Anda boleh pilih untuk mengikut slot A atau B atau C. Selepas ikut slot A, anda bebas membuat pilihan mengikut A1, A2 atau A3. Selepas memilih A3, anda boleh memilih A31, A32 atau A33. Dipilih A32, anda diberi pilihan A321, A322 atau A33. Bagaimana pendapat anda? Sukakah anda mengikut latihan begini ?

Inilah kehidupan. Kehidupan adalah latihan penuh pilihan. Satu fakta yang pasti dalam sistem kehidupan ini: setiap pilihan ada kesan atau implikasi. Ini akan mengukuhkan keimanan seseorang pada Maha Pencipta dan Hari Pembalasan. Individu yang berjaya ke sana ada soalan sebegini:

  • Siapa perlu memberi atau menerima pilihan terlebih dahulu ?
  • Bagaimana saya boleh mengelakkan buntu dalam membuat pilihan?
  • Bagaimana saya ingin pastikan saya membuat pilihan terbaik ?
  • Bagaimana saya boleh membina sifat ketagih kepada kebaikan?
  • Apakah realiti atau potensi sebenar yang perlu saya fahami untuk membuat pilihan dengan baik ?
  • Apakah pilihan yang ada di hadapan sana?
  • Bagaimana saya bebas dalam pilihan terbaik , bukan bebas dalam pilihan teruk dan merosakkan kebahagiaan saya?
  • Adakah qadha qadar berkait dengan pilihan atau ia sudah ditetapkan ?
  • Bagaimana saya menjadi orang yang berjaya dengan membuat pilihan?
  • Bagaimana saya ingin mendapatkan kekuatan ketika berdepan dengan salah membuat pilihan ?
  • Adakah latihan yang ada untuk saya membuat pilihan dengan baik ?

Jika soalan-soalan ini dijawab dengan baik, ia sudah tentu membantu anda membuat pilihan yang baik untuk ke dunia seterusnya bertemu Yang Esa. Ya Allah, mudahkan kami menjawab soalan-soalan kehidupan ini ketika senang atau sukar.

Jazakumullahu khairon khatir kepada "Tuan Guru" saya untuk program CASIC yang lalu atas artikel yang membina jiwa ini!

No comments: