Thursday, June 9, 2011

Abang sayang akk?



"Abang sayang akk tak"? Tanya saya pada Adam.

"Ayang". Jawabnya sambil membelek-belek lukisan yang dilukis abangnya.

Saya cuba bertanya lagi soalan lazim padanya. Huhu.

"Abang sayang mak?", "Abang sayang abah"?

"Ayangggggg..."Jawab Adam dengan harakat yang panjang.

"Abang sayang Allah tak"?

"Ayang...Allah kat ane?" tanya Adam mahukan kepastian.

Allah kat atas langit. "Tak nampak pun", Adam memprotes...Memang la abang tak nampak, tapi Allah nampak abang tau. Sebab tu lah abang tak boleh buat jahat. Saya memberikan jawapan dengan harapan tiada lagi soalan yang akan dilontarkan.

Dengan selamba Adam menjawab.."Emm, Yelah". Huhu. Sudah beberapa kali Adam tanya di mana Allah? Saya cuba sedaya upaya menerangkan dengan memberi beberapa analogi. Mungkin ada yang dia tidak faham. Tetapi soalan sebegini insyaAllah akan mengingatkannya kelak.

Pasti kita semua mahu membina keluarga Islamiyyah. Jika kita berasa sukar mahu menerapkan dalam keluarga sedia ada, kita harus cuba dan cuba, ditambah dengan doa yang tidak pernah putus. Harapan sepenuhnya hanya pada Allah s.w.t.

InsyaAllah, jika itu yang kita mahukan, try to implement it once you get married and when you have your own children. Teringat pula kata-kata seorang abang senior, semuanya bermula dengan saat kamu berkenalan dengan bakal teman hidup kamu dunia akhirat. Bagaimana? Find it!


2 comments:

petiais said...

dia skolah dah ke?

Siti Fatimah Kamaruddin said...

haah..saje masukkan awl:)