Sunday, June 26, 2011

Berjalan tanpa henti


“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalan-Nya dan Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
(Surah an-Nahl, ayat 125)


Hari demi hari berjalan tanpa henti , yakinku ada sinar yang menanti, bila dah bertemu arah, yakin penuh pasrah, Pada-Nya yang kuasa di kau berserah. Jika kau rebah, jika kau kalah, bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah.

Ayat al-quran di atas selalu sahaja dibacakan setiap kali ada program berkaitan dai'e atau slot-slot tazkirah yang berkait dengan dakwah. Dakwah bil hal, dakwah bil lisan. Apa-apa sahaja yang baik itu dakwah. Mengajak ke arah kebaikan, untuk tahap tertinggi kita mampu mencegah kemungkaran. Bait-bait lirik lagu "Berjalan Tanpa Henti" dendangan kumpulan Devotees juga mungkin dapat memberi sedikit semangat.

Selalu sahaja kita mahukan hasil yang cepat, sampai lupa semuanya kerja Allah. Saya selalu juga lupa, lupa bahawa itu semua datang dari Allah, terutama jika dalam keluarga. Subhanallah, doa yang dibaca setiap kali usai solat fardhu itulah yang ditunggu-tunggu untuk dimakbulkan. Usah gopoh. Alhamdulillah bila hasilnya di depan mata, air mata kegembiraan menemani.

Mana yang termampu kita usahakan. Nabi Muhammad s.a.w sendiri susah sekali mahu mengajak keluarga dan kaum kerabat terdekat kepada Islam. It takes time. As we have to hold on to this " Family is the first object of da'wah". Doakan saya supaya kuat dalam menempuh dugaan untuk orang-orang yang masih punya secebis iman di dada. Sudah tentu untuk kalian juga. Syurga itu seluas langit dan bumi. Rahmat Allah juga melangit luas. Subhanallah.

Entri akan datang akan menyentuh pengalaman berharga bersama golongan istimewa yang acap kali dikaitkan dengan lorong-lorong gelap dan hidup yang penuh dengan maksiat. Sekadar mahu memberi sesuatu di ruangan yang sudah lama tidak dikemaskini. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke penghujungnya.

No comments: