Sunday, June 26, 2011
Berjalan tanpa henti
Thursday, June 16, 2011
Latihan penuh ujian
Saya memahami hidup begini:
- Banyak pilihan
- Atas pilihan ada pilihan
- Pilihan yang banyak menyebabkan ramai yang ketagih berbuat sesuatu
- Pilihan yang banyak ini kekadang membuntukan
- Banyak realiti kehidupan yang perlu difahami bagi membuat pilihan
- Pilihan ini juga dikaitkan dengan kebebasan
- Pilihan ini dikaitkan dengan qadha qadar
- Ramai yang berjaya kerana membuat pilihan, ramai yang gagal juga kerana membuat pilihan
- Pilihan diberi, pilihan diterima
- Jika seseorang mampu untuk mengikuti latihan membuat pilihan, sudah tentu ia akan menguatkan jati diri seseorang.
Cuba bayangkan anda pergi ke suatu latihan. Anda diberi peluang apa sahaja dari awal sampai akhir untuk membuat pilihan. Anda boleh pilih untuk mengikut slot A atau B atau C. Selepas ikut slot A, anda bebas membuat pilihan mengikut A1, A2 atau A3. Selepas memilih A3, anda boleh memilih A31, A32 atau A33. Dipilih A32, anda diberi pilihan A321, A322 atau A33. Bagaimana pendapat anda? Sukakah anda mengikut latihan begini ?
Inilah kehidupan. Kehidupan adalah latihan penuh pilihan. Satu fakta yang pasti dalam sistem kehidupan ini: setiap pilihan ada kesan atau implikasi. Ini akan mengukuhkan keimanan seseorang pada Maha Pencipta dan Hari Pembalasan. Individu yang berjaya ke sana ada soalan sebegini:
- Siapa perlu memberi atau menerima pilihan terlebih dahulu ?
- Bagaimana saya boleh mengelakkan buntu dalam membuat pilihan?
- Bagaimana saya ingin pastikan saya membuat pilihan terbaik ?
- Bagaimana saya boleh membina sifat ketagih kepada kebaikan?
- Apakah realiti atau potensi sebenar yang perlu saya fahami untuk membuat pilihan dengan baik ?
- Apakah pilihan yang ada di hadapan sana?
- Bagaimana saya bebas dalam pilihan terbaik , bukan bebas dalam pilihan teruk dan merosakkan kebahagiaan saya?
- Adakah qadha qadar berkait dengan pilihan atau ia sudah ditetapkan ?
- Bagaimana saya menjadi orang yang berjaya dengan membuat pilihan?
- Bagaimana saya ingin mendapatkan kekuatan ketika berdepan dengan salah membuat pilihan ?
- Adakah latihan yang ada untuk saya membuat pilihan dengan baik ?
Jika soalan-soalan ini dijawab dengan baik, ia sudah tentu membantu anda membuat pilihan yang baik untuk ke dunia seterusnya bertemu Yang Esa. Ya Allah, mudahkan kami menjawab soalan-soalan kehidupan ini ketika senang atau sukar.
Jazakumullahu khairon khatir kepada "Tuan Guru" saya untuk program CASIC yang lalu atas artikel yang membina jiwa ini!Thursday, June 9, 2011
Abang sayang akk?
Tuesday, June 7, 2011
Ayah Ibu
Sunday, June 5, 2011
Hati-hati fitnah ini
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah) Allahu Allah, semoga saya dan sahabat-sahabat jauh dari membawa insan bernama lelaki ke lembah hina. Pada dasar nampak soleh tetapi sebenarnya apa yang dilakukan tidak disukai Allah. Peringatan buat saya, kamu, dia dan mereka. Andai sudah yakin dia jodoh kamu atas segala usaha yang dilakukan, serah pada ketentuan Ilahi. Insan di sekeliling banyak memberi makna. Belajar dari alam. Pengalaman orang. Kuatkan iman di dada insyaAllah masalah-masalah yang berkaitan soal hati ini dapat kita hadapi dengan baik. Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut. Fitnah ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu sebelum kedua jenis ini berkahwin dan ketika atau selepas lelaki dan wanita ini bernikah. Sebelum bernikah, Islam menentukan adanya mahram dan yang bukan mahram. Antara lain, adalah untuk memudahkan manusia mengetahui orang yang dibolehkan mereka berhubung atau bergaul secara bebas dan yang tidak boleh berbuat demikian. Perlanggaran pada ketentuan ini akan mengakibatkan perkara mungkar yang berlaku. Kebiasaannya manusia melakukan sesuatu yang tidak baik secara berperingkat-peringkat sesuai dengan bentuk kemungkaran itu. Penegasan Islam tentang keadaan wanita dan potensi mereka untuk samada membangunkan atau meruntuhkan umat adalah suatu kenyataan yang perlu catitan semua pihak. Mereka perlukan bimbingan dan pimpinan yang baik. Kepada yang berkenaan, jaga hati, jaga amal, berhubung atas dasar perkara-perkara yang penting. Perkara ini harus sentiasa diingatkan. Sungguh, kita semua tidak sempurna. Jika semua berperanan saling mengingati insyaAllah perkara yang tidak baik dapat dielakkan. Terima kasih kepada beberapa sumber! |
|