Saturday, April 30, 2011

Sebai Di Mai?

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Subhanallah, banyak sungguh yang ingin saya ceritakan buat sahabat-sahabat pembaca laman ini sekalian. Alhamdulillah dalam jam lebih kurang 5.30 pagi, 30 April 2011, saya dan 6 orang lagi sahabat selamat pulang ke tanah air tercinta, tanah air yang punya nikmat keamanan kurniaan Ilahi. Seramai 4 orang sahabat saya masih di sana dan pulang pada 1 Mei atas urusan yang belum lagi selesai memandangkan kami punya urusan yang lebih utama. Allahu Allah, nikmat itu suatu ujian.

Kami seramai 11 orang bermusafir selama 5 hari 4 malam di Yala, Thailand. Menempuh lebih 20 sekatan jalan raya dan ada juga yang tidak kelihatan tenteranya. Bak kata Afif, mereka duduk jauh dari road block tersebut atas sebab-sebab tertentu.Perjalanan selama 2 jam dari sempadan Malaysia-Thailand membawa kami ke daerah Yala yang kaya dengan hasil bumi. Oh ye, sepanjang perjalanan, kiri dan kanan semuanya menghijau, sejuk mata memandang. Dan akhirnya kami sampai juga ke destinasi, Santitham School.

Alhamdulillah, dapat bersua muka sekali lagi bersama Kak Ni dan En.Ismael, antara orang kuat Yayasan Pembangunan Insan Yala. Sambutan dari adik-adik dengan senyuman melegakan dan menggembirakan. Kecek Kelate la kawe sepanjang di sana dan tidak lupa juga mempelajari serba sedikit bahasa Thai secara tidak langsung. Alhamdulillah.

Tujuan kami ke sana adalah atas dasar membantu anak-anak mangsa di sana dalam menjadikan pembelajaran Bahasa Inggeris itu sesuatu yang menyeronokkan dan mudah. Ada di antara sahabat-sahabat yang sudah menjejakkan kaki di bumi yang kaya dengan hasil tanaman ini dan mereka masih mengikuti misi pada kali ini.


Tidak lupa juga saya menekankan kepada mereka mengenai kepentingan bahasa-bahasa lain. Fokus lebih kepada basic English and communication. Ada juga aktiviti-aktiviti lain bersama Yayasan Pembangunan Insan Yala yang dipimpin oleh En.Ismael selaku Presiden badan yang banyak membantu masyarakat di sana. Fokus mereka lebih kepada pendidikan, zakat dan juga hak-hak kemanusiaan. Moga Allah membalas jasa dan sumbangan kalian buat umat ini. Tidak mampu untuk saya ceritakan kesemuanya di sini. Memori itu akan sentiasa tersemat di hati dan fikiran buat pedoman diri dan sahabat-sahabat jika saya mampu untuk berkongsi bersama kalian pada masa akan datang.

Bertemu dan sedikit diskusi bersama Gabenor Yala, peguam yang menyelesaikan isu dan krisis di Selatan Thailand,masuk ke kampung red zone dan bersama anak-anak di sana, perkongsian bersama ibu-ibu tunggal yakni mangsa krisis di Selatan Thailand dan juga bersama adik-adik yang terdiri daripada anak-anak yatim. Ada juga yang masih mempunyai ibu ayah.Sungguh, ini semua suatu peluang yang membuka mata i hatsaya dan sahabat-sahabat yang turut serta.InsyaAllah.

Di sana, saya berpeluang mengenali masyarakat yang sungguh peramah dan baik hati! Tahukah kalian bahawa anak-anak di sana sangat lembut hatinya mudah menerima kebaikan lantas terus bertindak dan berubah. Ingin sekali diceritakan satu persatu kenangan ini namun apakan daya saya sebagai hamba-Nya yang sungguh lemah. Moga Allah pimpin hati kami untuk sama-sama mengislah diri dan juga orang sekeliling.

Memandangkan tidak punya kerajinan yang tinggi, maka apa yang dapat disimpulkan adalah anak-anak dan keluarga-keluarga mangsa memerlukan sokongan dan motivasi, anak-anak di sana perlu didedahkan mengenai apakah sebenarnya keadaan yang berlaku di negara mereka agar mereka dapat bertindak dan berubah demi agama dan umat Islam di sana dan bukan sekadar bersuka-suka. Perlu berhati-hati dengan orang bukan Islam walaupun luarannya nampak mesra. Berbaik sangka itu sudah tentu, namun terdapat orang bukan Islam yang mahu menjatuhkan Islam, masakan mereka senang melihat Islam itu maju, pendek kata itu yang berlaku di sana. Bukan sahaja di sana, malah di Malaysia juga!Perlunya kita yang berada di Malaysia yang sangat berdekatan dengan Thailand faham dan cakna dengan isu dan krisis di Selatan Thailand yang boleh dikatan sebagai “Palestin Asia Tenggara”. Jika Palestin yang juah itu kita sudah abaikan bagaimana pula dengan yang stau ini?

Perkongsian bersama ibu-ibu tunggal dan Saudara Shukree yang pernah diseksa oleh tentera Thailand sangat menyedihkan dan membuat diri banyak berfikir.Allah, ujian mereka boleh dikatakan sama seperti apa yang berlaku di Palestin. Alhamdulillah, apa yang dihadapi Saudara Shukree tidak seteruk rakan-rakannya yang lain. Apakah mengajar agama di sekolah pondok itu dikatakan pengganas?Ya, itulah mentaliti orang akhir zaman ini. Memegang Islam di akhir zaman ini ibarat memegang bara api. Fikirkan sejenak.

Ada tugasan untuk kalian yang membaca. Cuba kalian selidiki dan perhalusi isu dan krisis di Selatan Thailand. Sebagai contoh peristiwa Tak Bai dan kesinambungannya hingga ke hari ini.Anak-anak di sana punya pendidikan Islam yang sangat baik. Alhamdulillah. Situasi ini sangat berbeza di Malaysia. Jelas kelihatan perkara ini melalui perkongsian dengan adik-adik kumpulan saya dan juga hasil pemerhatian anak-anak di kampung Lemuh (red zone). Kampung yang sempat saya dan sahabat-sahabat jejaki.

Kredit buat Adnan, Ruqoiyyah, dan Maryam yang sempat saya korek cerita dari mereka. Mereka bertiga adalah pelajar di Universiti Islam Yala yang juga di bawah sokongan OIC seperti UIAM tempat saya menuntut ilmu sekarang. Terima kasih juga atas semangat yang diberi kepada adik-adik. Moga terus berbakti.Oh ye, mereka adalah pelajar dalam jurusan Bahasa Inggeris.

Sekarang teringat-ingat pula En. Harong. Kalian yang pergi mesti faham kan mengapa saya teringat-ingat beliau. Tidak lupa adik-adik dari Mountain Group. Semoga Allah pimpin urusan adik-adik ini dan diberi kekuatan agar mereka qdapat membantu keluarga dan masyarakat Islam di sana. Orang di sana ghoyak ore Malay ni hok comey-comey belako. (baca slang Kelantan ya).

Nantikan entri seterusnya InsyaAllah. Moga Allah kuatkan untuk menulis. Selamat maju jaya di dunia dan akhirat.

p/s: Sebai Di Mai means Apa Khabar. Jawab “Sebai Di” yang bermaksud khabar baik. Jika khabarnya tidak baik khabarkan aja “Mai Sebai Di” jika tidak silap.Huhu..


Masjid Asy-Syarif, Gombak

Wednesday, April 20, 2011

Teruskan dan teruskan

‎"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.

Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.

Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

(Ust Rahmat Abdullah)

Tuesday, April 19, 2011

Adam kami

Rindu Adam yang kecil...Adam kecil balik boleh tak?:P


Baru berumur 3 tahun lebih. 23 Oktober ini genaplah umurnya 4 tahun. Tetapi bila bercakap gayanya seperti orang dewasa. Barangkali dikelilingi kakak-kakak dan abang-abangnya yang sudah besar panjang. Walaupun agak pelat namun gaya dia menuturkan kata-katanya tidak ubah seperti orang dewasa. Sampai cikgunya pun geli hati dan rajin melayan Si Kecil Adam.


Saya: "Abang hari ni gi sekolah tau"

Adam : "Anaklah, abang nak do, abang antuk ni" (Tak nak lah, abang nak tido, abang ngantuk nie)

Kadang-kadang geli hati dengar bahasa dia. Maklah insan yang paling faham bahasa pelatnya. Abah pun kurang faham. Hehe.

Ada sahaja alasannya tiap kali hendak ke sekolah. Walaupun baru berusia 3 tahun lebih tetapi mak dan kami sekeluarga mahu dia ke sekolah lebih awal, walaupun banyak kali dia ponteng sekolah, sekurang-kurangnya dia telah dididik dari awal lagi untuk ke sekolah. Katanya kawan-kawan di sana mengacaunya, maklumlah dia yang paling muda.

Baru sahaja pagi tadi memujuknya ke sekolah, alasannya kali ini demam, sambil terus merebahkan badannya di atas katil. Bijak benor la Adam oi.Huhu. Bahaya juga kecil-kecil dah banyak alasan nie. Sambil tersenyum melihat gayanya saya meminta Adam membaca buku. Diikutkan sahaja.

Melihat Adam saya teringat pula kisah Si Sandi, kisah dari seberang Indonesia. Usia 4 tahun sudah terjebak dengan rokok dan menjadi antara tempat rujukan pusta pelacuran di sana. Allahu Allah. Itu antara yang jelas kita tahu, bagaimana dengan kes lain yang lagi dasyat daripada ini. Kita tidak tahu. Hakikat anak kecil ini adalah pemimpin pada generasi akan datang.

Mak, abah, sama-sama ye kita didik Adam jadi anak yang soleh. Itu harta yang paling berharga daripada harta kekayaan dan wang ringgit. Jaminan di akhirat nanti. InsyaAllah.

Yang paling penting saya suka layan Adam sambil buat kerja rumah! You are the best listener lah Adam!:)

"Jemaah kami terbaik"

Dakwah Islamiyyah Antara Konsep dan Perlaksanaan

Masih ramai orang yang terlibat dalam bidang dakwah terutamanya dengan gaya baru (selepas dakwah sufiyyah) keliru dengan permasalahan dakwah islamiyyah dan amal jama'ie. Mereka menilai dakwah dengan neraca ukuran jemaah islam tertentu sehingga membataskan mafhumnya dan wasa'ilnya (wasilah-wasilahnya) yang lebih luas.

Dakwah pada asalnya adalah mengajak manusia kepada Allah s.w.t., bukan kepada wasilah-wasilahnya. Sedangkan, wasilah adalah jalan daripada jalan-jalan untuk melaksanakan urusan dakwah tersebut. Sudah tentulah dakwah itu ada yang bersifat fardhi (individual) dan ada yang bersifat jama'ie (berkelompok) tetapi konsep dakwah bersifat berkelompok (jama'ie) tidak boleh dijadikan suatu faktor yang membawa kepada ihtikar (monopoli) terhadap istilah tersebut terutamanya di lapangan dakwah yang dihuni oleh jamaah-jamaah dakwah yang pelbagai.

Oleh yang demikian, sejak seribu tahun, walaupun pada hakikatnya golongan sufi yang melakukan usaha dakwah berteraskan konsep amal jama'ie ini, namun tidak pernah mendakwa hanya diri mereka sahaja yang melakukan usaha dakwah walaupun dakwah mereka yang paling lama dalam sejarah Islam dan paling meluas.

Oleh sebab itulah juga, ketika pembentukan sesuatu jamaah, ianya seharusnya adalah suatu wasilah daripada wasilah-wasilah yang lain dan bukan membawa kepada ianya sebagai satu-satunya wasilah yang ada.


[baca seterusnya]

Thursday, April 14, 2011

Untukmu

Petang ini bakal menempuh kertas EOP. Sambil seronok buat latihan dan membaca beberapa contoh soalan dan jawapan di internet tiba-tiba rasa nak dedikasikan lagu ini buat mak yang selalu jenguk blog ct, untuk abah yang selalu datang juga nanti ct carikan satu lagu untuk abah pula ye. Jangan sedih-sedih.Hehe. Ok mom, this is for you. Mohon doa selalu pada Allah ye, insyaAllah. Syurga itu di bawah telapak kaki suami. Redha suami merupakan kunci syurga buatmu. Mudah-mudahan.


Inilah isteri yang cintakan Allah
yang rela bersabar hadapi kesusahan
yang minta ditegur jika ia bersalah
yang mampu tersenyum bila saja bertemu
yang masih malu menghias seri diri

Tak mengapa seorang isteri itu
Hanya mempunyai wajah yang sederhana
Asalkan akhlak dan juga budi
Jadi perhiasan dalam hidup

Kalau kita nak tahu isteri yang sejati
Bila dan berusia pun masih disayangi
Oleh anak dan juga suami

Biasanya isteri yang solehah itu
Ia terkendali
Ada kawalannya di hati
Ada tarikan semulajadi
Teguran berhias
Keras tidak terasa
Bukti keikhlasannya

Seri seorang isteri by Saffone

Sudah bijak?

Dunia memperlihatkan para ulama' pewaris Nabi dihina lantas diketepikan peranannya dalam kepimpinan negara kita. Apakah ini suatu petanda bahawa negara bakal musnah di tangan umat Islam sendiri?Allahu Allah, Nauzubillah min zalik. Sebagaimana disebutkan dalam hadis Nabi di setiap kurun akan ada pembaharu agama, moga kita tergolong dalam kumpulan itu.Suka untuk saya berkongsi satu artikel yang ditulis oleh Syed Kadir Al-Jofree. Saya mula berkenalan dengan sosok pendakwah ini di awal tahun 2010 sejurus selepas kepulangan abang dari Mesir. Moga mendapat manfaat. InsyaAllah.


"kempimpinan ulamak di sini, adalah ulamak yang memang mampu mentadbir dan memimpin serta memahami keperluan kepimpinan. Tidak dinafikan bukan semua ulamak mampu mantadbir. Adanya ulamak yang berjiwa bagai Sayidina Abu Dzar Radhiyallahu ‘Anh (yang cukup hebat tetapi tidak disarankan menjadi pemimpin) bukan menjadi kayu ukur kepimpinan ulamak yang dimaksudkan."


Baca dengan lebih lanjut.



Tuesday, April 12, 2011

Dedikasi buat antum & antunna


Alhamdulillah. Seinfiniti syukur. Usai kertas Toxicology. Dia memudahkan segala-galanya.


Terima kasih Allah. Jangan berhenti bersyukur. Sudah tentu bukan sekadar melafazkannya. Ibadah-ibadahmu juga satu bukti! Dengan syarat lillahita’ala. Itu satu kepastian.


Seorang pensyarah non-Muslim yang punya pakej lengkap dari segi karektornya yang seakan-akan karektor seorang Muslim yang baik. Sungguh. Teringat sewaktu consultation dengan Dr.Fiona. Beliau sangat mahukan pelajarnya buat yang terbaik dan sangat mahu membantu pelajarnya.Oh, sudah pasti semua pensyarah mahukan yang terbaik untuk para pelajarnya.


But for me, she’s totally different because she is non-Muslim and not all Muslim lecturers have the same character with her. As for me it is such a great chance for me to introduce her to Islam. At the first place of course by showing the good akhlaq. I was thinking to give her a book which is written by Yusuf Islam. His journey towards Islam.


When I met her a week before the final exam she said that “ If you don’t do the FYP under me it doesn’t mean that you cannot meet me”. I just smiled.

Buat Madam yati, your EOP class is the best and you are one of the best English teacher that I’d ever met, insyaAllah may you’ll be giving the chance by Allah s.w.t to influence more people towards their journey in this life which should be demonstrated with patience, determination and sincerity. That’s what you always told us in the class. Your life stories open our eyes. You want us to do the best in whatever good things that we do. You don’t want us to repeat the same mistakes that had been done by her and other people.


Madam, I still remember during the last class. You give comments to each and every one of us. I was surprised by your wonderful comments to me and it gives me the strength to improve myself. Thanks for the 3 stars madam!^_^. You are such a wonderful English teacher Madam.


Terima kasih yang tidak terkira dan terkata buat sahabat-sahabat yang membantu, menegur, mengkritik, memuji, bersama tatkala susah dan senang dan bekerjasama bersama-sama sepanjang semester ini. Kalian memang insan yang dihadirkan Allah buat diri. Belajar dari alam, ya, kitalah alam itu. Segala apa yang ada dalam Bumi ini adalah alam. Ambil yang jernih dan buang yang keruh. Terimalah mereka seadanya tanpa mengira siapa mereka. Pasti ada sesutau yang kita pelajari bukan?Pastinya semua perlu diniatkan kerana Allah semata-mata. Keindahan dan kemanisan itu pasti akan dirasai, InsyaAllah.

Buat sahabat-sahabat Tahun Ketiga, Kuliah Sains, Selamat mendengar sesi taklimat untuk latihan industri yang akan bermula pada 2 Mei 2011 ini. Jangan lupa ye siapakan proposal FYP anda cuti ini supaya tidak kelam kabut semasa naik semester baru nanti. Selamat berjuang semua. Maafkan salah silap dan halalkan semuanya ye. Moga bertemu di puncak jaya!(Huhu).


Saturday, April 9, 2011

Melangkah ke arah yang benar dengan tujuan yang benar

Imam Ibn ‘Atho’illah As-Sakandari berkata dalam Hikamnya:

“Bilamana Allah s.w.t. membuat makhluk liar terhadapmu (menyusahkan atau menyakitimu), maka ketahuilah Dia ingin membuka buatmu pintu berjinak-jinak hanya denganNya”.

Siapa yang mendakwa hidup ini sentiasa menggembirakannya setiap detik bererti telah dusta dalam dakwaannya. Tiada siapa yang tidak pernah merasa susah, sedih, kecewa dan derita khususnya dalam menghadapi makhluk di sekelilingnya.

Boleh jadi orang yang paling diharapkan di sisi kita itulah orang yang telah mengkhianati kita selama ini. Boleh jadi orang yang paling dikasihi itulah sebenarnya paling membenci. Boleh jadi orang yang paling dekat jasadnya dengan kita itulah orang yang paling jauh hatinya dari kita. Teman yang selama ini paling dipercaya, mungkin esok menjadi musuh yang paling merbahaya.

Rumah yang baru dibeli dengan jaminan keselamatan dan kekukuhan untuk tempoh yang lama boleh jadi retak atau roboh sejurus kita mendudukinya. Kereta yang baru dibeli dengan harga yang tinggi itu mungkin juga kereta yang dinaiki menuju musibah. Kawasan yang dijamin selamat dari gempa bumi namun mungkin dibinasakan oleh banjir yang besar. Beginilah makhluk.



Makhluk tidak menentu. Apa yang dari mereka tiada yang pasti. Apa yang dicari dari mereka akan pergi. Apa yang diingini dari mereka tidak pernah kekal abadi.

Ketika menyedari kenyataan “tidak menentu”nya makhluk. Kita hayati hakikat ini setiap kali berinteraksi dengan sekeliling, samada dari kalangan manusia atau alam. Sama sahaja. Semuanya digerakkan oleh Tuhan yang menentukan segalanya dengan kebijaksanaan. Namun, kita yang lalai. Kita rela dibelenggu “rutin” harian daripada melihat interaksi Allah s.w.t. di sebalik setiap pergerakan makhluk.

Oleh sebab itulah, Imam Ibn ‘Atho’illah As-Sakandari menyebutkan bahawa, bilamana Allah s.w.t. membuatkan alam dan makhluk ini serba merungsingkanmu, ianya sebenarnya adalah suatu panggilan agar kamu mencari ketenangan hanya pada kebersamaan denganNya. Bilamana Allah s.w.t. memberi musibah, Dia ingin kamu kembali kepadaNya dengan penuh pasrah dan berserah. Bilamana Allah s.w.t. memberimu ujian, Dia ingin kamu mencariNya untuk meminta bantuan. Bilamana Dia memberimu kesempitan, Dia ingin kamu kembali kepadaNya untuk mencari kelapangan.

Hanya kepada Dia, kamu perlu kembali. Hanya kerana Dia, kamu perlu kembali. Hanya kerana Dia, kamu perlu kembali kepadaNya. Bukan kerana selainNya. Ini kerana, seluruh selainNya adalah khayalan yang sentiasa menghimpit. Makin kamu renggangkan antara keduanya untuk mencari kelapangan dalam makhluk, makin kuat kamu akan dihimpit.

Kalau Allah s.w.t. menyayangi seseorang, Dia akan memahamkan hakikat “seruan kepulangan” ini dalam dirinya di sebalik setiap musibah melanda. Alam adalah interaksi Allah s.w.t. dengan para hambaNya. Namun, kebanyakan mereka lalai dari memahaminya kerana tidak pernah menghadirkan Allah s.w.t. dalam hati mereka.

Kamu perlu sedar hakikat ini. Allah s.w.t. tidak pernah menyusahkanmu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan. Allah s.w.t. sengaja menyempitkan makhluk agar kita mencari kelapangan pada kebersamaan denganNya. Hanya denganNya. Fahamilah isyarat ini duhai teman, lalu anda akan dapat melihat kebersamaan Tuhan.

Ramai Kembali KepadaNya Dengan Dusta

Memang benar. Setelah kesempitan kian menghimpit, setelah kesusahan makin menyusahkan dan setelah hidup semakin redup, ramai yang mengangkat tangan dan berdoa. Ramai yang memohon kepada Allah s.w.t..

Tetapi, kerana apa mereka kembali kepada Allah s.w.t.? Ramai yang kembali dalam keadaan dusta. Mereka kembali mencari Allah s.w.t. agar Allah memberi semua keinginan mereka terhadap makhluk-makhluk.

Tatkala mereka miskin, maka Allah s.w.t. kayakan mereka. Tatkala kaya, mereka lupakan Allah s.w.t.. Tatkala mereka ditimpa kemiskinan, maka mereka mengangkat tangan dan berdoa kepada Allah s.w.t., untuk mendapat kekayaan semula. Setelah mendapat kekayaan semula, Allah s.w.t. ditinggalkan semula. Biadapnya manusia. Allah s.w.t. memanggilnya untuk kembali kepadaNya semata-mata keranaNya, namun dia kembali kepada Allah s.w.t. kerana inginkan makhluk lalu setelah dapat makhluk yang diingini, Allah s.w.t. terus dilupai. Beginikan sifat hamba, wahai penderhaka?

Allah s.w.t. terus memberi kasih sayangNya kepada mereka yang terus lupa. Demi cintaNya pada para hambaNya, Allah s.w.t. terus memberi peluang kepada hamba-hambaNya. Namun, sampai bila wahai manusia? Allah s.w.t. sentiasa memanggilmu agar kembali mencintaiNya berbanding selainNya, dan kembali menujuNya berbanding tamakkan dunia yang sementara. Namun, hidup ini seolah-olah tidak mengajar sebarang erti, melainkan segumpal khayalan yang menipu diri.

Wahai hamba, jujurlah denganNya. Segala yang ditentukan kepada kita adalah kerana kita, namun segala yang kita lakukan dalam dunia adalah kerana kita. Dimanakah cinta? Atau sedang memperhambakan Tuhan? Sebaik-baik kebaikan dalam jalan cinta adalah menghargai cinta yang telah diberikan. Jujurlah dengan Tuhan, kelak akan temui jawapan bagi segala persoalan.

Janganlah terus lalai mencari makhluk yang sengaja dibuat sering menyusahkan agar kita mencari Allah s.w.t. yang Maha Menyenangkan. Kilauan cinta dunia dan makhluk adalah dari tipu daya nafsu dan hasutan syaitan. Andai anda melihat dengan kaca mata iman, melalui hati yang jernih, anda akan dapati hanya Allah s.w.t. sebaik-baik Pencinta yang mendamaikan.

Renungkanlah…

Dengan kelalaian inikah kita ingin pulang bertemu Ilahi setelah mati? Dengan kebiadaban inikah kita ingin berdiri di hadapanNya sewaktu hari Perhitungan? Alangkah tertipunya andai masih terus tertawa, sedang amalan masih belum terkumpul utuk dibawa. Alangkah malangnya andai masih terus terlena, sedang usia semakin sirna.

Kembalilah kepadaNya dengan ketaatan, sebelum kembali kepadaNya tanpa amalan. Kembalilah kepadaNya dengan kejujuran, sebelum kembali kepadaNya dengan penuh sesalan.

Al-Faqir Al-Haqir ila Lutf Rabbihi Al-Jalil

Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Azhari

‘AmalahuLlahu bi LutfiHi Al-Khafiy

It's just for a while

Salamun'alaik.

Indah bukan jika menerima ucapan salam itu dari malaikat penjaga syurga. Subhanallah. Sudah tentu menjadi idaman semua, namun berapa ramai di antara kita yang yakin dengan kewujudannya dan beramal ke arahnya?

Ayat ke 2 dan 3 dari Surah As-Saff sudah cukup membuatkan diri gentar dengan amarannya. Mudah-mudahan ia menjadi stimulator untuk terus melaksanakan segala apa yang telah diperkatakan. Oh Allah, give me the strength.

Masa kian berlalu dengan pantas. Pejam celik pejam celik sudah berada di akhir semester dua tahun ketiga dan kini hanya menunggu untuk dua kertas yang berbaki yang bakal diduduki pada 12 dan 15 haribulan ini. Terasa takut juga untuk menempuh hari-hari mendatang. Doa tidak pernah berhenti agar Allah kuatkan iman di akhir zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran yang datang dari segenap penjuru kehidupan.

Barangkali sesuatu yang baik itu tidak semestinya baik untuk kita. Hakikatnya hanya Allah yang tahu. What's the best for us and what is not. Yang penting jangan berhenti berusaha dan bertawakal yang diiringi doa. Sesungguhnya Allah rindu mendengar rintihan hamba.

Nilai diri dan koreksi peribadi.

Ungkapan itu luas maknanya. Melihat dunia yang kian bermacam-macam. Hamburan fitnah kian berleluasa, manusia yang rakus membuat kerosakan di sana sini, sifat tamak dan haloba, mengejar dunia akhirat berciciran, pembunuhan, maksiat dan sebagainya. Allahu Allah. Acap kali diri duduk termenung sendirian sambil memikirkan semua perkara ini. Apakah yang sudah berlaku dengan ummat ini?

Hakikatnya Allah yang mahukannya begitu. Namun apakah usaha kita? Mahukah kita ditapis Allah sebagai orang yang berjuang di jalan-Nya atau sebaliknya. Sebesar manan pun peranan, jika mampu laksanakan lillahita'ala. Pasti kita tidak mahu di akhirat nanti semua saling mempersalahkan. Pasti kita tidak mahu melihat tubuh ahli keluarga dan ahabat kita dijilat api neraka, ataupun tubuh kita sendiri. Mohon doa pada Allah Rabbul 'Alamin.

Maafkan hamba andai terlanjur tutur kata, maafkan hamba andai leka dan alpa dengan dunia. Sungguh kehidupan dunia ini hanya permainan dan penuh dengan tipu daya. Sudah jelas dalam Al-Quran. Kembali pada Al-Quran, kembali pada Islam. Itu jalan penyelesaian untuk masalah ummat.

Siapa yang mahu mengembalikannya? Sudah tentu kita yang merupakan rantai-rantai perjuangan para Nabi. Bukan hanya tugas para alim ulama'. Jika kita punya ilmu yang sedikit kurniaan Allah ini, sebarkanlah. Semoga ada hati dan jiwa yang mendengar, merenung dan berubah. InsyaAllah.

Sematkan ikhlas di hati, moga peroleh kasih Ilahi.


Salam imtihan fid dunya wal ahiroh.

Tuesday, April 5, 2011

Kau tidak seperti dulu

Salam perjuangan.

Lahirnya manusia ada perjuangannya. Perjuangan sebagai hamba dan khalifah. Mungkin kini sedang berjuang dengan pen dan kertas. Namun hakikatnya perjuangan yang utama itu seiring dengan setiap apa yang kita lakukan. Bukan mudah, namun doa itu adalah senjata, senjata yang perlu ada setiap masa. InsyaAllah.

Allah jugalah yang Maha Memudahkan segala-galanya. Lirik lagu ini khas buatmu (Sesiapa yang baca). Jika merasa diri sudah semakin pudar imannya, sudah semakin lupa pada batas pergaulan, sudah semakin lupa pada hubungan antara hamba dan Pencipta dan lupa pada segala yang baik. Ayuh kembalilah dirimu yang dulu. Sudah tentu ditujukan buat diri yang dhaif ini juga. Hayati liriknya.


KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

Friday, April 1, 2011

Manifestasi syukur



Saat ini semua sedang sibuk dengan peperiksaan akhir semester 2, Sesi 2011/2012.


Alhamdulillah. That's enough for me. Satu lafaz yang cukup bermakna.


"Adik-adik niatkan belajar tue kerana Allah ye, sebelum belajar tu sematkan di dada niat tue..insyaAllah Allah bantu adik-adik, diberi kemudahan, tak salah adik-adik nak dapat 5A, tapi bukan sekadar 5A tau"....



Antara butir bicara saya pada adik-adik SK Sungai Soi tempoh hari yang juga menjadi inspirasi buat diri.


Ya, kalian boleh belajar 24 jam, belajar sehingga lewat pagi, namun fikirkan keberkatan, fikirkan masamu dengan Allah, dengan Al-Quran.


Hilang berkat itu, hilanglah segala-galanya. Makna itu sudah pudar maka apa lagi yang tinggal?


Kekuatan belajar itu datangnya dari Allah, memegang pen atau pensil menulis bait-bait nota, semuanya dari Allah Rabbul 'Alamin. Mana syukurmu? Bagaimana kamu bersyukur? Tepuk dada tanya iman.


Semoga langkah kita sentiasa terpimpin. Mudah-mudahan. Jika mahu berkata-kata dengan Allah dirikanlah solat dan jika mahu Allah berkata-kata dengamu, bacalah AL-Quranul Karim.


Menulis memberi makna pada diri dan tetamu. Moga tidak menjadi golongan yang dibenci Allah!