Thursday, January 6, 2011

Pantas berlalu


Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahuakbar. Kesemuanya adalah kalimah yang disukai Allah. Sentiasa ingat Dia pasti Dia senang dengan kita. Mudah-mudahan. Tengah malam semalam mendapat satu mesej daripada seorang junior.


"Untuk mendapat kejayaan pada waktu siang harus bermula pada waktu malam"


Syeikh Fahmi Zamzam


Mesej-mesej peringatan pemberian sahabat-sahabat tercinta menjadi pengubat dan penguat semangat. Bila Allah sayang, Dia bangunkan kita di sepertiga malam, lantas seruan Ya Aiyuhhal Muzammil disahut. Allahu Allah, tanpa kekuatan dari Ilahi mana mungkin kita dapat melakukan segala amal ibadat dengan kudrat yang ada. Jika gunung sanggup didaki dan diredah apatah lagi membongkokkan badan kepada Tuhan yang satu? Rahmatnya yang 1/100 yang diturunkan di muka Bumi ini sungguh bernilai, 99 lagi ditahannya untuk kegunaan akhirat nanti. Subhanallah. Sifat Ar-Rahman Ar-Rahiim-Mu mengatasi segala-galanya.



Sahabat-sahabat, sedarkah kita sangat pantas masa berlalu kini. Lebih pantas dari tahun yang lalu-lalu. Rugilah mereka yang membazir masa begitu sahaja, ibarat air yang mengalir tanpa henti. Malaikat pencatat sedia mencatat segala amalan. Andai kesedaran itu lahir dari lubuk hati hamba yang mendambakan redha-Nya, pasti ditinggalkan segala perkara yang membuang masa. Solusinya biar bertepatan dengan kehendak Allah bukan kehendak kita! Oh lupa, bukankah Allah tidak memerlukan kita, bahkan kitalah yang membutuhkannya!


Bermula dengan Induction MC Faciteam di Hospital Pakar Al-Islam, Kem Gen-Y bersama adik-adik, siri-siri usrah bersama sahabat-sahabat muslimat, pertemuan dan perbincangan bersama sahabat-sahabat semuanya punya makna buat diri. Terima kasih kepada Allah. Pasti ada sesuatu yang kau ingin diri ini lakukan. Segala input yang bertalu-talu masuk perlu ada tindakan dan bukan hanya berada di atas awang-awangan. Ya Allah, kuatkan daku hamba-Mu yang lemah ini. Dan petang ini bakal ke Kajang untuk menghadiri suatu pertemuan dan juga inilah rahmat Allah yang seharusnya saya dan sahabat-sahabat rebut. Tidak perlu teragak-agak untuk melangkah setapak ke jalan Allah. Nanti dirimu akan rugi.


Ingat, belajar tetap menjadi keutamaan kita. Tiada alasan. Surah Al-Asr sudah cukup untuk dijadikan pegangan kita. Doalah kita diberi kekuatan, kadang-kadang kita lemah dan kadang-kadang kita punya kekuatan. Doa dan terus berdoa kerana segala-galanya datang dari Dia.


Terima kasih buat mak dan abah yang terus menyokong ct, adik-adik tersayang, abang-abang, dan sahabat-sahabat. Sungguh kalian penyeri hidup.


Menulis untuk memberi peringatan kepada diri dan semua.

No comments: