Di kala itu dia usai menghadiri diskusi mengenai harapan orang tua kepada orang muda. Walau sebentar cuma, namun sudah cukup membuka mata. Sudah cukup memberi rasa. Kita tidak ada masa yang banyak. Hatta 24 jam itu dirasakan begitu pantas berlalu. Masih ramai orang Islam yang begitu asyik dengan maksiat. Anak-anak luar nikah yang setiap hari pasti akan lahir. Ya Allah, apakah ini ujian-Mu untuk kami yang ditakdirkan berada di medan tarbiyah ini?
Jawapannya sudah tentu.
Maka apa yang kalian dan saya lakukan?
Duduk terperap di dalam bilik, hanya memikirkan soal diri?
Duduk terperap di dalam bilik melayan masalah hati?
Duduk terperap hanya bertemankan buku-buku akademik?
Duduk terperap di dalam bilik melayan laman-laman web yang melalaikan dan melekakan?
Duduk terperap dengan dunia sendiri?
Buanglah segala masalah hati, ayuh kembali berbakti. Ummat kian parah!
Oh kawan, ayuh keluar dari kepompong keselesaan. Mari menabur bakti buat ummat ini. Biar sedikit namun nilaiannya di sisi Ilahi siapa yang tahu?
Teringat pesan junior yang kini sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang pejuang. Ilmu itu didatangi bukan mendatangi, ilmu itu diziarahi bukan menziarahi. Mari sama-sama pupuk belajar kerana mahu belajar dan bukan kerana peperiksaan semata-mata. Mari sama-sama semai dan tuai perasaan seronok dalam menuntut ilmu.
Semuanya kerana-Nya. Kerana Islam. Mahu membantu ke arah kegemilangan Islam walaupun tidaklah sehebat dulu? Jika mahu keluar dari zon selesa. Manfaatkan masa kita untuk sesuatu yang bermanfaat. InsyaAllah. Kita sama-sama usaha.
No comments:
Post a Comment